Wangsa Maju

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Wangsa Maju
Perbandaran
Pandangan Wangsa Maju Dari Udara
Pandangan Wangsa Maju Dari Udara
Kedudukan Wangsa Maju jika dilihat dari Malaysia
Wangsa Maju
Wangsa Maju
Lokasi Di Malaysia
Koordinat: 3°12′2″N 101°44′23″E / 3.20056°N 101.73972°E / 3.20056; 101.73972
Negara Malaysia
Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kawasan Pilihan Raya Wangsa Maju
Tarikh rasmi pembukaan 26 Februari 1984
Pentadbiran
 • Kerajaan Tempatan di Malaysia Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
 • Datuk Bandar Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz
Zon waktu MST (UTC+8)
Poskod 53000-53300
Nombor telefon di Malaysia +603-402, +603-403, , +603-410, +603-413, +603-414, +603-416
Polis Wangsa Maju

Wangsa Maju ialah sebuah perbandaran utama yang terletak di utara timur Kuala Lumpur, Malaysia, dikelilingi oleh Setapak.Wangsa Maju terdiri dari Seksyen 1,2,4,5,6 dan 10.Ekonomi di Bandar Wangsa Maju ini kebanyakkannya perniagaan.Ini dapat dilihat dengan wujudnya pusat membeli-belah,gerai dan tapak pasar malam.Di Wangsa Maju terdapat beberapa buah stesen minyak ESSO ,SHELL, PETRONAS, satu bangunan 7 tingkat Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad, satu kompleks bangunan medan selera dan beberapa buah masjid dan surau iaitu Masjid Usamah Bin Zaid ,Masjid Al-Muttaqin, Surau An-Naim ,Surau Wangsa Melawati dan Surau Seksyen 4 .

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tapak yang ada di Wangsa Maju ini dahulunya ialah estet ladang getah Setapak dari tahun 1900-an hingga 1980-an. Perbandaran ini ditubuhkan pada 26 Februari 1984 oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, YAB Dato'Seri Dr.Mahathir Mohamad bersempena dengan ulang tahun penubuhan Wilayah Persekutuan ke-10."Wangsa Maju" iaitu singkatan kepada "Bandar Baru Titiwangsa Maju" adalah projek pembangunan bandar baru yang berbentuk usahasama yang pertama yang diusahakan dan dilaksanakan oleh DBKL dan Peremba Berhad. Penglibatan pihak swasta mencerminkan hasrat Kerajaan membangunankan negara menerusi konsep Persyarikatan Malaysia . Wangsa Maju telah menjadi salah satu perbandaran terbesar di Kuala Lumpur selepas Bandar Tun Razak dan Bandar Tasik Selatan di Cheras

LRT Sri Rampai

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Nombor Plat Pendaftaran[sunting | sunting sumber]

Nombor plat pendaftaran bagi bandar Wangsa Maju menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia adalah W dan V

Jalan Raya & Lebuh Raya[sunting | sunting sumber]

Kawasan Wangsa Maju telah dihubungkan dengan Jalan Persekutuan Utama iaitu Jalan Genting Klang Jkr-ft2.png yang menghubungkan Pusat Bandar Kuala Lumpur dengan Wangsa Maju dan Setapak. Manakala Jalan Gombak-Genting SempahJkr-ft68.png menghubungkan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dengan melalui Gombak hingga ke Genting Sempah,Selain itu juga, Rangkaian Lebuh Raya Asia juga terletak berhampiran dengan Wangsa Maju iaitu MRR2 Jkr-ft28.png dan Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Jln. Duta-Greenwood) (Greenwood-Gombak) (DUKE) Mes-e33.png .

Pengangkutan Awam[sunting | sunting sumber]

Transit aliran ringan

Terdapat 2 Stesen LRT RapidKL yang menjadi pengangkutan utama masyarakat Wangsa Maju ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur iaitu ,  KJ3  Wangsa Maju LRT Station and  KJ4  Sri Rampai LRT Station

LRT Wangsa Maju

Rapid Bus

Terdapat beberapa bas utama yang mengelilingi Wangsa Maju iaitu  T221  Sri Rampai LRT Station - Taman Melawati , T222  Chow kit - Taman Melawati , 251  Chow Kit - Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju dan  T251  Sri Rampai LRT Station - Wangsa Maju seksyen 10

Petempatan[sunting | sunting sumber]

Rumah kediaman di Wangsa Maju secara keseluruhannya terdiri dari unit-unit penginapan berbentuk flat,teres,pangsapuri dan kondominium;

  • Seksyen 4

Rumah di Seksyen 4 pula menempatkan rumah jenis flat dan rumah jenis ini kebanyakannya adalah kos rendah dan sederhana rendah.Rumah ini kebiasaannya disewa kepada orang lain. Flat ini mempunyai 5 tingkat yang terdiri daripada 3 blok iaitu Blok A, B dan juga C. Kawasan ini juga terdapat sebuah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan sebuah surau.

  • Seksyen 5
  • Seksyen 10

Rumah di seksyen 10 mempunyai beberapa jenis pangsapuri iaitu Pangsapuri kos sederhana rendah dan Pangsapuri mewah (kondominium). Pangsapauri kos sederhana rendah mempunyai 4 tingkat terdiri dari 3 kelompok iaitu masing-masing dikenali sebagai Blok A, B dan C sementara Pangsapuri mewah pula terdiri dari kondominium bertingkat-tingkat yang dikenali sebagai Sri Kinabalu,Sri Ledang, Sri Jelatek, Sri Lojing dan Desa Villa. Selain itu terdapat dua blok bangunan perniagaan 2 tingkat.

  • Taman Sri Rampai

Kawasan ini terdiri daripada beberapa jenis rumah iaitu teres,pangsapuri dan kondominium.Bagi kondominium terdapat 2 bangunan yang dikenali sebagai Villa Wangsamas dan Desa Puta.Tetapi terdapat beberapa kondominium mewah yang akan dibangunkan disekitar kawasan itu iaitu Wangsa 9, The Hamilton, Quartz, Lexa dan Infiniti 3. Seri Riana, Riana Green dan Wangsa 118 juga terletak berhampiran dengan Taman Sri Rampai. Manakala bagi pangsapuri terdapat Rampai Court.Kawasan ini juga lengkap dengan pengawal keselamatan bangunan, tempat meletak kereta, kedai, taman permainan, surau. Manakala terdapat kolam renang bagi kondominium sahaja.

  • Taman Wangsa Melawati

Kawasan ini padat dengan rumah jenis teres. Terdapat beberapa kelompok iaitu Wangsa Melawati, Wangsa Budi, Wangsa Murni, Wangsa Ceria dan Wangsa Setia.Kawasan ini lengkap dengan pengawal keselamatan bangunan, tempat, kedai , taman permainan dan surau.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Rendah Kebangsaan (SK)
  1. Sekolah Rendah Kebangsaan Wangsa Jaya (SKWJ)
  2. Sekolah Rendah Kebangsaan R10
  3. Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak
  4. Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 1
  5. Sekolah Rendah Kebangsaan Zon R1
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 (SMKS5) juga dikenali sebagai SVIAN
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 2
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati (SMKWM) juga dikenali sebagai WMIANS
  • International
  1. Fairview International School
  • Institusi
  1. Kolej Tunku Abdul Rahman, (Taman Bunga Raya)
  2. Universiti Tunku Abdul Rahman, (Taman Bunga Raya)
  3. Akademi Hadis & Tahfiz AlQuran Alhussin (Wangsa Melawati)

Tempat-tempat menarik[sunting | sunting sumber]

  • Wangsa Walk, Wangsa Maju
  • Giant Setapak
  • Setapak Central

Sebelum ini dikenali sebagai KL Festival City

  • ÆON BIG Wangsa Maju
  • Alpha Angle

Kompleks membeli-belah pertama di Wangsa Maju

  • Bangunan ZETRO

Dahulu pernah digunakan oleh TV3 dan dinamakan sebagai Akademi TV3.

  • Telepot Wangsa Maju
  • Cybercafe TBun I,II & III - Seksyen 2
  • Cybercafe Orange - Seksyen 2 & Seksyen 5
  • Burger Bakar - Seksyen 2,Berhadapan TBun II
  • NZ Curry House

Politik[sunting | sunting sumber]

           P118 Setiawangsa


      AHMAD FAUZI BIN ZAHARI (BN) -  26,809
      IBRAHIM BIN YAACOB (PKR) - 25,419
                                                                             

Terdapat sebuah surau Jumaat dan 2 buah dewan orang ramai di bawah naungan DBKL.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]