Brickfields

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 3°3′27.99″N 101°45′1.84″E / 3.0577750°N 101.7505111°E / 3.0577750; 101.7505111 Brickfields ialah sebuah perbandaran dan kawasan penempatan di pinggir pusat bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Ia adalah antara sebilangan kecil tempat di Kuala Lumpur yang masih lagi menggunakan nama Inggeris. Brickfields juga terkenal sebagai "Little India" oleh kerana kebanyakan penduduknya yang berbangsa India.Pada 17 Oktober 2009, Brickfields secara rasmi akan diisytiharkan sebagai Little India bermula awal tahun 2010.[1]

Antara lokasi penting di Brickfields adalah Tamil Methodist Church (Brickfields), Sekolah Jenis Kebangsaan SJK (T) Vivekananda, Palm Court Apartment, Jalan Chan Ah Thong (Park), Budhist Maha Vihara, Brickfields, Jalan Sultan Abdul Samad, Sekolah Jenis Kebangsaan Brickfields 1 & 2, , Jalan Syed Putra , Sekolah Jenis Kebangsaan St Theresa 1 & 2, Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle Brickfields, Jalan Berhala , Jalan Syed Putra , dan Sekolah Menengah Kebangsaan Vivekananda di Lorong Abdul Samad.

Sejarah, keistimewaan dan budaya[sunting | sunting sumber]

Nama "Brickfields" berasal dari perkataan Inggeris "brick" yang bermaksud "batu-bata", dan "fields" yang bermaksud "padang". Brickfields diasaskan Kapitan Yap Ah Loy.Pada awal 1881, kota Kuala Lumpur mengalami malapetaka pembakaran, Kapitan Yap Ah Loy telah membelikan hartanah besar di sini untuk dijadikan tempat penghasilan batu-bata untuk membina semula Kuala Lumpur. Batu-bata tersebut dikeringkan atas padang sebelum ia sedia untuk dijual.

Depoh Kereta api Tanah Melayu[sunting | sunting sumber]

Pada zaman kedatangan British, pihak pemerintah telah membina depoh asal Keretapi Tanah Melayu di sini. Orang India telah dibawa masuk dari India oleh pihak British untuk membantu bina rel kereta api dan bekerja di depoh ini. Mereka tinggal di kuarters di sekeliling Brickfields terutama di Jalan Rozario.Lokasi penting yang lain ialah Jalan Tun Sambanthan. Jalan ini asalnya bernama Jalan Brickfields. Kaum India tersebut terus menetap di sini setelah kerja-kerja telah siap dan memulakan hidup baru di negara asing. Mereka mula membina kuil-kuil dan kedai-kedai makanan India. Kini, depoh KTM telah ditukar menjadi KL Sentral .

Brickfields juga dikenali kerana mempunyai banyak tempat beribadat untuk pelbagai agama. Pada hari ini, terdapat beberapa kuil Hindu, kuil Buddha, kuil Cina, Masjid, dan juga gereja di sekitar Brickfields.

Memori Brickfields[sunting | sunting sumber]

Timbalan Ketua Pengarang Berita, The New Straits Times, Balan Moses telah menghasilkan buku "Brickfields: A Place, A Time, A Memory."Buku setebal 207 muka surat itu yang dihiasi lebih 100 gambar dan karikatur. Buku ini mengisahkan pengalaman membesar di Brickfield termasuk bermain badminton di jalan, bermain "kaunda kaundi" dan layang-layang di Brickfields.Bapanya bekerja sebagai pegawai kastam dan tinggal di di 79, Jalan Rozario, Brickfields, selama 15 tahun mulai 1955.[2]

Jenayah[sunting | sunting sumber]

Polis menyifatkan Brickfields mempunyai kadar jenayah jalan yang tinggi. Kawasan lain ialah Bukit Bintang, Jalan Pudu, Kuchai Park, Taman Midah, Taman Connaught, Taman Alam Damai, Bukit Anggerik, Bandar Sri Permaisuri, Jinjang Utara dan Danau Kota. Oleh itu Polis Kuala Lumpur melancarkan 'Operasi Utama Perdana' bagi menangangijenayah di 11 kawasan panas ini dari 5 Ogos hingga 15 November 2009.90 kamera litar tertutup (CCTV) lagi di 11 lokasi panas .[3]Jenayah seperti ragut, rompakan bersenjata, peras ugut, pergaduhan, pembunuhan, rogol dan samun jalanan dapat dikurangkan.

Program Gerakan Tumpuan (PGT) dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) bertujuan menjadikan daerah Brickfields selesa dan selamat untuk penduduk setempat. Kawasan ini berisiko tinggi jenayah di Lembah Klang terutamanya di Pantai Dalam, Taman Desa dan Taman Sentosa.Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyatakan PGT telah dilancarkan pada 4 Dis 2004. PGT turut dilaksanakan di kawasan perumahan Awam Jalan San Peng (2005), Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama (2006), Kampung Kerinchi, Pantai Dalam (2007), PPR Semarak, Parlimen Setiawangsa (2007) dan Chow Kit 2008.[4]

Jalan raya di Brickfield[sunting | sunting sumber]

Projek menaik taraf jalan raya dan penyuraian trafik di sekitar Brickfields dujalankan terutama di Jalan Sultan Abdul Samad. Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bernilai RM110 juta disediakan bagi mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan ini. [5] MRCB Land akan melaksanakan projek penyuraian trafik daripada dua hala kepada sehala.Jalan Sultan Abdul Samad misalnya terdapat 13 buah sekolah. Kontraktor akan melebarkan bahu jalan di Jalan Travers dan Jalan Bangsar iaitu sepanjang 400 meter bermula dari hadapan Muzium Negara ke Bangsar.[6]

Pada 10 September 2009, nama Jalan Berhala ditukar kepada Jalan K.Ramanathan Chettiar dan sebahagian lagi dinamakan Jalan M.G.Pandithan. K.Ramanathan Chettiar ialah Presiden MIC ke-3 . Tan Sri M.G Pandithan ialah bekas presiden IPF . Sebelum ini, Jalan Brickfield ditukar kepada Jalan Tun Sambanthan. Tun V.T Sambanthan ialah presiden MIC ke-5. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menamakan semula jalan itu selaras dengan usaha menjadikannya 'Little India'. [7]

NU Sentral[sunting | sunting sumber]

Paa 11 Ogos 2009,Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan gedung runcit Nu Sentral di Brickfield. Ia dijangka siap menjelang 2012.Nu Sentral terletak di kedudukan strategi di Lembah Klang menerusi sistem transit aliran ringan (LRT) dan sistem komuter serta lapangan terbang antarabangsa terbesar negara menerusi Express Rail Link (ERL).Nu Sentral dihubungkan ke KL Sentral menerusi jambatan berhawa dingin dari dan ke Stesen Monorel KL Sentral.

Nu Sentral berkeluasan 1.2 juta kaki persegi dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.4 bilion, yang mengandungi gedung membeli-belah tujuh tingkat dan menara pejabat 27 tingkat. Ia sebahagian daripada projek pembangunan bersepadu di KL Sentral meliputi kawasan seluas 2.6 juta kaki persegi yang membabitkan tiga menara pejabat dan sebuah hotel butik dengan GDV RM2.14 bilion. Ia akan dibangunkan oleh Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) dan Pelaburan Hartanah Bhd (PHB), anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera.

Setelah NU Sentral siap pada 2012, ia menjadi tiga kali ganda lebih besar daripada Mid Valley Megamall. Bandar Brickfields sama sekali akan berubah tetapi 'Little India' dikekalkan.Nu Sentral akan diurus oleh Nu Sentral Sdn Bhd, pembangunan usaha sama 51:49 oleh MRCB dan PHB.[8]

Kini,NU Sentral telah pun beroperasi dan menghubungkan laluan monorail KL Sentral ke stesen KL Sentral dan dijangka dengan pembukaan panggung wayang serta pusat hiburan di NU Sentral pada akhir tahun 2014 akan meningkatkan lagi pasaran bagi pusat membeli belah ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]