Metropolitan Lembah Klang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kuala Lumpur Raya

Greater Kuala Lumpur
Kawasan metropolitan
Kuala Lumpur, Malaysia ESA23795482.jpeg
Old Market Square, Kuala Lumpur.jpg
Atas: Imej satelit kawasan Kuala Lumpur Raya.
Bawah: Sebatang jalan di pusat bandar raya Kuala Lumpur.
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriKuala Lumpur Kuala Lumpur

Putrajaya Putrajaya Selangor Selangor Negeri Sembilan Negeri Sembilan Pahang Darul Makmur

Pahang
DaerahLembah Klang, Kuala Langat, Sepang, Seremban, Port Dickson, Bentong
Bandar utamaSeal of Kuala Lumpur.svg Kuala Lumpur
Luas
 • Jumlah5,194.72 km2 (2,005.69 batu persegi)
Penduduk
 (2018)[1]
 • Jumlah7,564,000
 • Kepadatan2,708/km2 (7,010/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Kod Kawasan03

Kuala Lumpur Raya (Inggeris: Greater Kuala Lumpur) adalah kawasan metropolitan yang meliputi keseluruhan kawasan Lembah Klang (Selangor dan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya), kawasan Lembah Wawasan Malaysia (MVV) di barat Negeri Sembilan dan Bentong di barat negeri Pahang.[2] [3][4][5][6] Juga dikenali sebagai Konurbasi Pertumbuhan Nasional, ia merupakan kawasan metropolis yang terbesar di Malaysia, dan antara yang paling pesat membangun di rantau Asia Tenggara. Kuala Lumpur Raya merupakan salah satu kawasan metropolitan yang utama di Semenanjung Malaysia, bersama-sama dengan Zon Metropolitan Georgetown, Kawasan Pertumbuhan Ekonomi Johor Selatan (SJER, atau dikenali sebagai Iskandar Malaysia), dan Lembah Kinta.

Am/Perihal[sunting | sunting sumber]

Greater Kuala Lumpur ialah istilah geografi yang menentukan sempadan metropolitan Kuala Lumpur di Malaysia. Walaupun sama dengan istilah "Lembah Klang", kedua-dua istilah tersebut membawa maksud yang berbeza. Ia serupa dengan Greater London dan Greater Toronto. Ia meliputi kawasan seluas 5,194.72 km persegi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum tahun 1974, ketika Kuala Lumpur masih sebahagian daripada Selangor, pernah wujud sebuah daerah Kuala Lumpur yang lebih besar meliputi wilayah yang kini dikenali sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ampang, Batu Caves, Gombak, Ulu Klang, Petaling Jaya, Puchong dan Sungai Buloh.[7]

Definisi[sunting | sunting sumber]

Ia ditakrifkan sebagai kawasan yang diliputi oleh 14 majlis perbandaran sekitar Kuala Lumpur, setiap satu ditadbir oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berasingan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) di kawasan Lembah Klang, Majlis Bandaraya Seremban dan Majlis Perbandaran Port Dickson di kawasan MVV, dan Majlis Perbandaran Bentong di Bentong, Pahang.

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Greater KL adalah istilah yang agak baharu berbanding dengan istilah Lembah Klang yang lebih lazim dan mantap.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Pada 2010, penduduk Greater KL dianggarkan hampir tujuh juta dan ia menyumbang kira-kira RM263 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK). Kuala Lumpur menduduki tempat ke-79 daripada 140 bandar dalam tinjauan Economist Intelligence Unit tentang kebolehdiaman.

Bandar-bandar di kawasan metropolitan[sunting | sunting sumber]

  • Kuala Lumpur (كوالا لومڨور); ibu negara rasmi dan bandar terbesar di Malaysia
  • Shah Alam (شاه عالم); ibu negeri bagi Selangor
  • Damansara (دمنسارا)
  • Petaling Jaya (ڨتاليڠ جاي)
  • Subang Jaya (سوبڠ جاي)
  • Sungai Buloh (سوڠاي بولوه)
  • Seri Kembangan (سري كمبڠن)
  • Serdang (سردڠ)
  • Puchong (ڨوچوڠ)
  • Klang (كلڠ); bandar diraja Selangor
  • Kapar (كاڨر)
  • Meru (ميرو)
  • Bukit Raja (بوكيت راج)
  • Hulu Langat (هولو لاڠت)
  • Ampang Jaya (امڨڠ جاي)
  • Kajang (كاجڠ)
  • Cheras (چرس)
  • Bangi (باڠي)
  • Semenyih (سمپيه)
  • Balakong (بلاكوڠ)
  • Beranang (برانڠ)
  • Putrajaya (ڨوتراجاي); ibu negara pusat pentadbiran persekutuan Malaysia
  • Rawang (راوڠ)
  • Selayang (سلايڠ)
  • Kuang (كواڠ)
  • Gombak Setia (ڬومبق ستيا)
  • Batu Caves (باتو كيۏس)
  • Telok Panglima Garang (تلوق ڤڠليما ݢارڠ)
  • Jenjarom (جنجاروم)
  • Bandar Saujana Putra (باندر ساوجان ڤوترا)
  • Banting (بنتيڠ)
  • Morib (موريب)

Pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan metropolitan[sunting | sunting sumber]

  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

(DBKL)

  • Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
  • Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
  • Majlis Perbandaran Klang (MPK)
  • Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
  • Majlis Bandaraya Ampang Jaya (MBAJ)
  • Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
  • Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
  • Majlis Perbandaran Sepang (MPSp)
  • Perbadanan Putrajaya (PPj)
  • Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)
  • Majlis Bandaraya Seremban (MBS)
  • Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)
  • Majlis Perbandaran Bentong (MPB)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "World Urbanization Prospects, The 2018 Revision" (PDF). UN DESA. 7 August 2019. m/s. 77. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 18 March 2020. Dicapai pada 30 March 2020.
  2. ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2015/05/52705/lembah-wawasan
  3. ^ https://www.propsocial.my/topic/1690/my/mysia-vision-valley-valley-of-hope-posted-by-propsocial-editor
  4. ^ https://techvalley.com.my/vision.html
  5. ^ https://www.researchgate.net/figure/Urban-Hierarchy-of-Peninsular-Malaysia-Conurbation-regional-planning_fig2_45315543
  6. ^ https://planmalaysia.perak.gov.my/index.php/pengumuman/2137-kawasan-pertumbuhan-utama-pemangkin-pembangunan-negara
  7. ^ "Peta Selangor". Dicapai pada 22 August 2016.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Laman Sesawang Rasmi Diarkibkan 2012-11-09 di Wayback Machine