Maluri
Maluri merupakan salah sebuah kawasan komersial dan pinggiran bandar yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Maluri dibangunkan sekitar tahun 1960-an. Pada awalnya, terdapat banyak kuartes kerajaan di kawasan Maluri [1]. Maluri dibangunkan semula pada awal 2010-an dengan banyak kawasan komersial dan perumahan kepadatan sederhana mula dibina. [2]
Kemudahan Awam[sunting | sunting sumber]
Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras terletak di sini. Terdapat juga pejabat SPRM disini.
Penginapan[sunting | sunting sumber]
Terdapat banyak hotel bajet di Maluri. Terdapat juga hotel mewah di Maluri seperti Hotel Maluri dan Sunway Velocity Hotel.
Aktiviti komersial[sunting | sunting sumber]
Maluri mempunyai banyak pusat membeli-belah. Seperti AEON Taman Maluri yang merupakan kedai JUSCO tertua di Malaysia yang dibuka pada 30 Oktober 1989. Pusat membeli-belah yang lain adalah Sunway Velocity, IKEA Cheras, MyTown juga terletak di sini.
Akses[sunting | sunting sumber]
Kereta[sunting | sunting sumber]
Maluri terletak sepanjang Jalan Cheras, bersebelahan dengan persimpangan dengan Lebuhraya BESRAYA . Kawasan ini juga boleh diakses melalui Jalan Cochrane, Jalan Perkasa, Jalan Peel dan MRR2 melalui Pandan Jaya.
Pengangkutan Awam[sunting | sunting sumber]
Maluri mempunyai 2 stesen kereta api dan salah satu stesen adalah stesen pertukaran iaitu AG13 SBK22 Stesen Maluri Laluan Ampang, Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang dan SBK21 Stesen MRT Cochrane.
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.