Bunga Citra Lestari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bunga Citra Lestari
Bunga Citra Lestari.jpg
Kelahiran (1983-03-22) 22 Mac 1983 (umur 36)
Jakarta, Indonesia
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1997–kini
PasanganAshraf Sinclair (berkahwin 2008)
AnakNoah Sinclair
Ibu bapaMuchlis Rusli
Emmy Syarif
SaudaraIvan Permana (anak saudara)
Intan Ayu Purnama (anak saudara)
Laman webwww.bclofficial.com
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Aquarius Musikindo
Kegiatan berkaitan

Bunga Citra Lestari (lahir 22 Mac 1983) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Indonesia. Memulakan kerjayanya pada 2002, beliau terkenal dengan lagu "Cinta Pertama" dan "Ingkar" serta sinetron Bayu Cinta Luna.

Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ia menghabiskan masa SMP-nya di Lhokseumawe Nanggroe Aceh Darussalam. Lagu popularnya yang berjudul Sunny juga menjadi bunyi latar untuk filem Cinta Pertama. Ia pernah berduet dengan PAS Band yang merupakan awal kerjayanya di dunia muzik.

Antara drama lipur lara lain yang pernah dibintanginya adalah Bukan Perempuan Biasa, ABG dan Senandung Masa Puber.

Dia juga menceburi dunia muzik. Lagunya yang pernah menjadi popular adalah "Aku Tak Mau Sendiri". Pada tahun 2006, Bunga Citra Lestari telah menghasilkan album Cinta Pertama, dan diikuti dengan album Tentang Kamu pada tahun 2008. Album berikutnya adalah album The Best Of BCL yang dihasilkan pada tahun 2013 dan diikuti dengan album Hit Singles And More pada tahun 2015.

Lagu Cinta Pertama (Sunny) yang merupakan bunyi latar filem Cinta Pertama menjadikan nama Bunga Citra Lestari semakin terkenal. Lagu ciptaan Dewiq ini membuat impian Bunga menjadi penyanyi terhasil. Apalagi setelah album solo perdananya berjaya dijual 75 ribu salinan hanya dalam tempoh dua minggu.

Bagi Bunga, bukan perkara yang mudah meraih impiannya sebagai penyanyi sekaligus sebagai pelakon drama lipur lara. Anag gadis pasangan Muchlis Rusli dan Emmy Syarif ini harus mengorbankan banyak perkara untuk menghasilkan album Cinta Pertama solonya, termasuk berkumpul bersama keluarga.

Gadis yang lebih akrab dipanggil Unge ini menyatakan keseriusannya sebagai penyanyi, dan mengenepikan anggapan gadis kampung, mengingat dirinya lebih dikenal sebagai pelakon drama lipur lara remaja daripada seorang penyanyi. Sebut saja beberapa wataknya di drama lipur lara Senandung Masa Puber, Dari Temen Jadi Demen, ABG, Penjaga Hati, menjadikan gadis yang suka mengenakan tank top dan celana hipster ini semakin dikenal umum.

Keazaman Unge sebagai penyanyi juga patut dijadikan contoh, kerana dalam usaha membaiki suaranya, gadis yang masih mendaftar sebagai mahasiswi Trisakti jurusan Manajemen ini memutuskan untuk berlatih vokal dengan Elfa Secioria sebelum masuk ke studio rakaman, dan menjadikan vokalnya matang.

Pelakon ini juga terkenal dengan penampilannya bersama Ari Lasso dengan kejayaan Aku dan Dirimu dalam album The Best of Ari Lasso.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Nama Bunga Citra Lestari boleh diterjemahkan sebagai "imej bunga abadi". Beliau juga dikenali sebagai BCL.[1]

Bunga berkahwin dengan Ashraf Sinclair, seorang pelakon Malaysia pada 8 November 2008. Majlis perkahwinan beliau adalah sangat mewah dan diraikan di 2 negara, Indonesia dan Malaysia. Selepas mereka berkahwin, Bunga dan Ashraf membintangi dalam filem yang sama, Saus Kacang. Pasangan itu mempunyai anak pertama mereka pada pertengahan September bernama Noah Sinclair.[2]

Namanya juga pernah disebut sebagai 'punca' perceraian Ariel Peterpan.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Drama lipur lara[sunting | sunting sumber]

  • Bukan Perempuan Biasa
  • ABG
  • Senandung Masa Puber
  • Kalo Cinta Mengoda
  • Penjaga Hati
  • Bayu Cinta Luna
  • Berbagi cinta

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tertiani ZB Simanjuntak (16 July 2016). "Getting Personal: Bunga Citra Lestari: What's in a Name?". The Jakarta Post. Dicapai 8 December 2016. 
  2. ^ DetikHot:Ashraf-BCL's son named Noah Sinclair, accessed 23 September 2010

Pautan luar[sunting | sunting sumber]