Enggang
Enggang | |
---|---|
![]() | |
Enggang Kelabu Malabar Ocyceros griseus | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | Bucerotiformes (tapi lihat teks)
|
Keluarga: | Bucerotidae |
Genera | |
14, see text |
Enggang (Jawi: اڠݢڠ bahasa Inggeris: Hornbill ) adalah sejenis burung yang mempunyai paruh berbentuk tanduk lembu tetapi tanpa lingkaran, kadang kala dengan kask pada bahagian atas mandibel. Biasanya paruhnya itu berwarna garang. Nama sainsnya "Buceros" merujuk kepada bentuk paruh, dan bererti "tanduk lembu" dalam bahasa Yunani.
Burung Enggang tergolong dalam kumpulan Bucerotidae yang termasuk 57 spesies. Sembilan spesies daripadanya berasal dari bahagian selatan Afrika.
Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]
Semasa pengeraman, enggang betina bertelur sehingga enam biji telur putih terkurung di dalam kurungan sarang, diperbuat daripada selut, najis, dan kulit buah. Hanya terdapat satu bukaan kecil yang muat bagi burung jantan menghulur makanan kepada anak burung dan burung enggang betina.
Apabila anak burung dan burung betina tidak lagi muat dalam sarang, burung betina akan memecahkan sarang untuk keluar dan membina semula dinding tersebut, dan kedua burung dewasa akan mencari makanan bagi anak-anak burung. Dalam sebahagian spesies, anak-anak burung itu sendiri membina kembali dinding yang pecah itu tanpa bantuan burung dewasa.
Jenis Enggang[sunting | sunting sumber]
Antara jenis-jenis burung Enggang adalah:-
- Burung Enggang Badak
- Burung Enggang Jambul Hitam
- Burung Enggang Belukar
- Burung Enggang Jawa
- Burung Enggang Kedut
- Burung Enggang Papan
- Burung Enggang Tangling
- Burung Enggang Kelingking
- Burung Enggang Gunung
- Burung Enggang Belantara
- urung Enggang Belulang
- Burung Enggang Tebang Mentua
- Burung Enggang Bukit
- Burung Enggang Jambul Putih
- Burung Enggang Dahan
- Burung Enggang Gatal Birah
- Burung Enggang Paruh Merah
![]() | Rencana berkenaan burung ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |