Enggang gunung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Enggang gunung
Jantan di Rizab Harimau Pakke
Betina di Zoo Ouwehands
CITES Appendix II (CITES)[1]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Bucerotiformes
Keluarga: Bucerotidae
Genus: Rhyticeros
Spesies:
R. undulatus
Nama binomial
Rhyticeros undulatus
(Shaw, 1811)
Sinonim

Aceros undulatus

Enggang gunung (Rhyticeros undulatus) ialah spesies enggang dalam keluarga Bucerotidae. Jantan berwarna hitam dengan gombak karat, dada atas dan muka putih, dan tekak kuning tanpa bulu. Betina berwarna hitam seragam dengan tekak biru dan bersaiz lebih kecil sedikit daripada jantan.

Julatnya merentasi kaki bukit dan hutan malar hijau di Timur Laut India dan Bhutan ke Bangladesh, Asia Tenggara, dan Kepulauan Sunda Besar. Ia bersifat frugivor dan makan utamanya buah-buahan yang besar, yang ditelan keseluruhan meninggalkan benih utuh. Tingkah laku pemakanan tersebut memainkan peranan ekologi yang penting untuk penyebaran benih jarak jauh dalam ekosistem hutan.

Ia diancam oleh pemburuan, penyerpihan habitat, dan penyahhutanan. Ia telah disenaraikan sebagai Terjejas dalam Senarai Merah IUCN sejak 2018, kerana populasi global dianggarkan berkurang akibat ancaman-ancaman tersebut.

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Pakar ornitologi Inggeris George Shaw pertama kali memerihal spesies tersebut pada tahun 1811 sebagai Buceros undulatus, berdasarkan spesimen zoologi yang dikumpul di Jawa.[2] Ia diletakkan dalam genus Rhytidoceros oleh Daniel Giraud Elliot pada tahun 1882;[3] dalam Rhyticeros oleh Allan Octavian Hume pada tahun 1878;[4] dan dalam Aceros oleh James L. Peters pada tahun 1931.[5]

Ia ialah takson ekajenis dan diiktiraf secara meluas sebagai ahli Rhyticeros, genus enggang dengan cula berkalung rendah.[6] Pencerakinan genom mitokondrion bagi lapan spesies enggang mendedahkan bahawa ia berkait rapat dengan Aceros nipalensis dan Penelopides panini.[7]

Pemerihalan[sunting | sunting sumber]

Sepasang enggang gunung dewasa di Rizab Harimau Pakke

Buluannya hitam dengan tungkai dan kaki hitam, tetapi mempunyai paruh kuning pucat, kulit kemerahan terdedah di sekeliling mata, jalur hitam di sekeliling kulit gelambir, dan ekor putih. Kulit gelambir betina biru, manakala kulit jantan kuning cerah; lehernya putih dan tengkuknya kemerahan gelap hingga hitam.[8] Dwibentuk jantina dalam warna buluan dan kulit gelambir kurang jelas pada burung muda, tetapi menjadi lebih jelas apabila kedua-dua jantina matang.[9]

Ia bersaiz sederhana dengan panjang 75 hingga 90 cm (30 hingga 35 in); berat jantan dewasa 1.68 hingga 3.65 kg (3.7 hingga 8.0 lb), dan berat betina 1.36 hingga 2.69 kg (3.0 hingga 5.9 lb).[6]


Taburan dan habitat[sunting | sunting sumber]

Dalam penerbangan

Ia mendiami hutan malar hijau tropika di rantau dari selatan Bhutan, Timur Laut India, Bangladesh dan melalui tanah besar Asia Tenggara ke Indonesia, di mana ia terhad kepada Sumatera, Jawa, Borneo, dan beberapa pulau kecil. Ia telah dirakamkan sehingga ketinggian 2,560 m (8,400 ka).[1]

Di Bhutan, dua ekor individu telah dilihat di daerah Sarpang semasa musim bunga 1986.[10]

Di Timur Laut India, ia mendiami hutan primer yang tidak dibalak dan hutan balak terpilih di kaki bukit Himalaya Timur dari Taman Negara Nameri di Assam ke Taman Negara Namdapha di Arunachal Pradesh.[11][12][13] Semasa musim pembiakan, ia tinggal di kawasan tanah pamah, tetapi berhijrah ke kawasan yang lebih tinggi semasa musim bukan pembiakan.[14]

Di Myanmar, 62 ekor enggang gunung telah dilihat di lembah Sungai Mali pada ketinggian 800–2,500 m (2,600–8,200 ka) semasa musim sejuk 1999.[15] Sekawan kira-kira 50 ekor individu telah dilihat di Perlindungan Hidupan Liar Hponkanrazi pada September 2004.[16]

Tingkah laku dan ekologi[sunting | sunting sumber]

Di sarang

Ia bersifat sosial dan paling giat pada awal pagi apabila mencari buah-buahan; 21 ekor individu yang dikaji di Rizab Harimau Pakke semasa musim bukan pembiakan berehat pada tengah hari dan meneruskan kegiatan pada awal petang.[17]

Ia hidup dalam kawanan yang lebih besar daripada spesies enggang lain dan kekal dalam kumpulan semasa musim pembiakan dan bukan pembiakan.[18] Saiz kawanan yang diperhatikan di Taman Negara Namdapha berjulat antara min 4.7 hingga 6.6 ekor individu dengan ketumpatan 1.3/km2 (3.4/sq mi) pada bulan Mac dan April kepada 68/km2 (180/sq mi) pada bulan Disember.[13] Di Arunachal Pradesh, kepadatan enggang gunung jauh lebih rendah di habitat berpenduduk tempatan yang memburu, antara 2.9 hingga 9.02/km2 (7.5 hingga 23.4/sq mi).[19]

Ia menandang jarak jauh untuk meramu buah, kadangkala terbang di antara pulau, tetapi ia tidak berhijrah.[6] Seekor jantan telah dipasang dengan unit penjejak GPS di Rizab Harimau Pakke semasa musim pembiakan; ia bergerak jarak harian minimum min sebanyak 24.8 km (15.4 bt) dan benih tersebar sehingga 10.8 km (6.7 bt) dari tapak bersarangnya.[17]

Julat kediamannya dan spesies enggang lain bertindih di beberapa negara.[9][20]

Pembunyian[sunting | sunting sumber]

Seruan utamanya ialah jeritan berganda kuat yang telah diperihalkan berbunyi seperti "ku-kuk"[6] atau "wuf-wurf".[9] Seruan tersebut pendek dan biasanya diulang dalam urutan tiga atau lebih dari kedudukan hinggap atau semasa penerbangan.[6][9] Bahagian kedua seruannya lebih tinggi dan lebih kuat daripada yang pertama dan boleh didengar dari jarak yang lebih jauh.[9] Apabila berseru, ia memaparkan kantung tekaknya yang berwarna terang dengan menujahkan kepalanya ke belakang dan ke atas secara mendadak. Pergerakan tersebut dianggap sebagai satu bentuk komunikasi antara individu.[9] Ia mengeluarkan pelbagai bunyi salakan berani rendah yang lain.[6]

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Ia utamanya memakan buah besar, dengan buah ara merangkumi sebahagian besar daripada dietnya.[18] Ia memakan lebih banyak buah-buahan berdrup berbanding spesies enggang lain.[21][20] Ia juga kadangkala memakan haiwan kecil seperti serangga, ketam, siput, dan reptilia, terutamanya semasa musim pembiakan.[6] Ia meramu di kanopi hutan merentasi julatnya, kadang-kadang turun untuk memakan mangsa kecil atau untuk mengutip buah gugur.[6] Kelebatan buah tropika boleh berbeza-beza mengikut tempat dan musim. Oleh itu, ia terbang jauh untuk menjejaki kawasan yang mempunyai ketersediaan buah yang tinggi.[14] Apabila ia bergerak merentasi julatnya, ia menyebarkan benih yang dimakan. Tingkah laku penyebaran benihnya memainkan peranan penting dalam mengekalkan kepelbagaian hutan tropika.[22]

Teknik memberi makan yang digunakan olehnya dipanggil pengangkutan makanan balistik.[23] Ia memegang makanan besar di hujung paruhnya dan mendongakkan kepalanya dengan cepat, menelannya sepenuhnya. Tingkah laku tersebut berkemungkinan mengurangkan persaingan sumber dengan mengeksploitasi buah yang terlalu besar untuk frugivor yang lebih kecil.[23] Satu lagi kelebihan pengangkutan makanan balistik ialah benih buah-buahan dilindungi daripada kerosakan apabila ditelan sepenuhnya. Keseluruhan biji benih melalui saluran gastrousus dan dikumuhkan utuhnya, meningkatkan peluangnya untuk bercambah dan membentuk tumbuhan baru.[23]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Di sarang

Ia ialah pembiak monogami yang menunjukkan penjagaan dwiinduk. Ia bersarang di rongga pokok besar yang terletak di hutan pantai, kawasan pembalakan haram, atau di antara kaki bukit sehingga ketinggian 2,560 m (8,400 ka).[23] Ia mencari rongga pokok berbentuk bujur sediada untuk bersarang kerana ia tidak dapat mengoreknya sendiri.[24] Ketinggian sarang berjulat antara 18 hingga 28 m (59 hingga 92 ka) atas tanah.[25] Betina menggunakan najis atau lumpur untuk menutup lubang sarang untuk melindungi sangkak dan anak-anak daripada pemangsa tetapi meninggalkan lubang yang cukup besar untuk jantan memberi makanan.[25] Ia memecahkan dinding lumpur tersebut apabila perlu meninggalkan sarang.[25]

Purata saiz sangkaknya ialah 1–3 biji telur, yang betina eram dan jaga sendiri selama 40 hari.[6] Ia hanya menjaga seekor anak dan kekal bersamanya di dalam sarang sehingga ia terbang pada penghujung kitaran bersarang, yang berlangsung selama 111–137 hari. Kedua-dua induk kekal bersama juvenil selama beberapa bulan selepas ia meninggalkan sarang.[6]

Ancaman[sunting | sunting sumber]

Kepala di Lembah Dibang

Ancaman utama terhadap populasinya termasuklah pemburuan, penggunaan racun perosak, pembalakan haram, dan pemecahan habitat.[25] Di Arunachal Pradesh, penduduk tempatan Misymi dan Adi menembak 50–70 ekor enggang gunung semasa musim penghijrahan; mereka makan dagingnya, menggunakan hempedunya sebagai ubat untuk menyembuhkan masalah perut, bulunya untuk menghiasi rumah mereka dan culanya untuk menghiasi hiasan kepala mereka.[18] Penduduk tempatan juga memburunya sebagai sukan dan menggunakan lemaknya untuk tujuan perubatan.[1]

Ia telah disenaraikan sebagai Terjejas dalam Senarai Merah IUCN sejak 2018, kerana ancaman-ancamannya mungkin akan menyebabkan penurunan populasi global dalam masa terdekat.[1]

Pemuliharaan[sunting | sunting sumber]

Ia dilindungi di peringkat antarabangsa di bawah CITES Lampiran II[1] dan merupakan spesies perlindungan kebangsaan Kelas II di China.[7]

Di Rizab Harimau Pakke, Program Pengangkatan Sarang Enggang berasaskan komuniti telah dimulakan dengan kerjasama Jabatan Hutan Arunachal Pradesh pada tahun 2011; orang Nyisyi tempatan dari sembilan kampung bekerja sebagai pelindung sarang dan seorang belia sebagai penyelaras lapangan; lebih daripada 90 orang warga bandar menyokong projek tersebut dari segi kewangan. Pada musim pembiakan 2012 dan 2013, pelindung sarang telah menemui lapan sarang enggang, di mana dua daripadanya mempunyai anak burung.[26]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f BirdLife International (2018). "Rhyticeros undulatus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T22682528A132400385. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-2.RLTS.T22682528A132400385.en. Dicapai pada 26 January 2022. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "iucn" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Shaw, G. (1811). "Undulated Hornbill". Dalam Shaw, G.; Stephens, J.F. (penyunting). General zoology, or Systematic natural history. Volume 8, Part 1: Aves. London: G. Kearsley. m/s. 26–27.
  3. ^ Elliot, D.G. (1882). "Rhytidoceros undulatus. Wreathed Hornbill". A monograph of the Bucerotidæ, or family of the hornbills. London: Taylor and Francis. m/s. 1–2.
  4. ^ Hume, A.O.; Davidson, W. (1878). "A revised list of the birds of Tenasserim". Stray Feathers. 6: 1–496.
  5. ^ Peters, J.L. (1931). "Genus Aceros". Check-list of Birds of the World. V. Cambridge: Harvard University Press. m/s. 263–266.
  6. ^ a b c d e f g h i j Kemp, A.C. & Boesman, P.F.D. (2020). "Wreathed Hornbill (Rhyticeros undulatus)". Dalam del Hoyo, J.; Elliott, A.; Sargatal, J. & Christie, D.A. (penyunting). Handbook of the Birds of the World. Volume 6: Mousebirds to Hornbills. Barcelona: Lynx Edicions. ISBN 978-8487334306.
  7. ^ a b Chen, Y.; Yan, H.; Sun, J.; Li, C.; Xiao, H.; Chen, S. (2019). "Characterization and phylogenetic analysis of the complete mitochondrial genome sequence of Rhyticeros undulatus (Bucerotiformes: Bucerotidae)". Conservation Genetics Resources. 11 (1): 27–30. doi:10.1007/s12686-017-0957-0.
  8. ^ Blanford, W.T. (1889). "Rhyticeros undulatus. The Malayan Wreathed Hornbill". The Fauna of British India, including Ceylon and Burma. Birds – Volume III. London: Taylor and Francis. m/s. 147–146.
  9. ^ a b c d e f Frith, C.B.; Douglas, V.E. (1978). "Notes on ten Asian hornbill species (Aves: Bucerotidae) with particular reference to growth and behaviour" (PDF). Natural History Bulletin of the Siam Society. 27: 35–82.
  10. ^ Clements, F. (1992). "Recent records of birds from Bhutan" (PDF). Forktail. 7: 57–73.
  11. ^ Saikia, P.K.; Saikia, M.K. (2011). "Present distribution, status, and ecology of White-winged Wood Duck and Hornbills in Nameri National Park, considering the tropical forest disturbances of Assam". Zoo's Print. 26 (11): 1–11.
  12. ^ Datta, A. (1998). "Hornbill abundance in unlogged forest, selectively logged forest and a forest plantation in Arunachal Pradesh, India". Oryx. 32 (4): 285–294. doi:10.1046/j.1365-3008.1998.d01-58.x.
  13. ^ a b Naniwadekar, R.; Datta, A. (2013). "Spatial and temporal variation in hornbill densities in Namdapha Tiger Reserve, Arunachal Pradesh, north-east India". Tropical Conservation Science. 6 (6): 734–748. doi:10.1177/194008291300600603.
  14. ^ a b Naniwadekar, R.; Mishra, C.; Datta, A. (2015). "Fruit resource tracking by hornbill species at multiple scales in a tropical forest in India". Journal of Tropical Ecology. 31 (6): 477–490. doi:10.1017/S0266467415000449.
  15. ^ King, B.; Buck, H.; Ferguson, R.; Fisher, T.; Goblet, C.; Nickel, H.; Suter, W. (2001). "Birds recorded during two expeditions to North Myanmar (Burma)". Forktail. 17: 29–40.
  16. ^ Renner, S.C.; Rappole, J.H .; Milensky, C.; Myint Aung; Nay Myo Shwe; Thein Aung (2015). "Avifauna of the southeastern Himalayan mountains and neighboring Myanmar hill country" (PDF). Bonn Zoological Bulletin. Supplementum (62): 1–75.
  17. ^ a b Naniwadekar, R.; Rathore, A.; Shukla, U.; Chaplod, S.; Datta, A. (2019). "How far do Asian forest hornbills disperse seeds?" (PDF). Acta Oecologica. 101: 103482. Bibcode:2019AcO...10103482N. doi:10.1016/j.actao.2019.103482.
  18. ^ a b c Krishna, C.M.; Sarma, K.; Kumar, A. (2012). "Rapid assessment of Wreathed Hornbill Aceros undulates (Aves: Bucerotidae) populations and conservation issues in fragmented lowland tropical forests of Arunachal Pradesh, India". Journal of Threatened Taxa. 4 (14): 3342–3348. doi:10.11609/JoTT.o2969.3342-8.
  19. ^ Dasgupta, S.; Hilaluddin (2012). "Differential effects of hunting on populations of hornbills and imperial pigeons in the rainforests of the Eastern Indian Himalaya". Indian Forester. 138 (10): 902–909.
  20. ^ a b Poonswad, P.; Tsuji, A. (1994). "Ranges of males of the Great Hornbill Buceros bicornis, Brown Hornbill Ptilolaemus tickelii and Wreathed Hornbill Rhyticeros undulatus in Khao Yai National Park, Thailand". Ibis. 136 (1): 79–86. doi:10.1111/j.1474-919X.1994.tb08133.x.
  21. ^ Leighton M. & Leighton, D.R. (1983). "Vertebrate responses to fruiting seasonality within a Bornean rain forest". Dalam Sutton, S L.; Whitmore, T.C. & Chadwick, A.C. (penyunting). Tropical Rain Forest: Ecology and Management. Oxford: Blackwell Scientific Publications. m/s. 181–196.
  22. ^ Naniwadekar, R.; Mishra, C.; Isvaran, K.; Datta, A. (2021). "Gardeners of the forest: hornbills govern the spatial distribution of large seeds". Journal of Avian Biology. 52 (11): first view. doi:10.1111/jav.02748.
  23. ^ a b c d Baussart, S.; Bels, V. (2011). "Tropical hornbills (Aceros cassidix, Aceros undulatus, and Buceros hydrocorax) use ballistic transport to feed with their large beaks". Journal of Experimental Zoology Part A: Ecological Genetics and Physiology. 315A (2): 72–83. doi:10.1002/jez.590. PMID 20140955.
  24. ^ Utoyo, L.; Marthy, W.; Noske, R.A.; Surahmat, F. (2017). "Nesting cycle and nest tree characteristics of the Helmeted Hornbill Rhinoplax vigil, compared to the Wreathed Hornbill Rhyticeros undulatus, in Sumatran lowland rainforest". Kukila. 20: 12–22.
  25. ^ a b c d Rahayuningsih, M.; Kartijono, N.E.; Retnoningsih, A. (2017). "Short Communication: The nest characteristics of Wreathed Hornbill (Rhyticeros undulatus) in Mount Ungaran, Central Java, Indonesia". Biodiversitas. 18 (3): 1130–1134. doi:10.13057/biodiv/d180334.
  26. ^ Rane, A.; Datta, A. (2015). "Protecting a hornbill haven: a community-based conservation initiative in Arunachal Pradesh, northeast India". Malayan Nature Journal. 67 (2): 203–218.