Burung flamingo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Burung flamingo
Julat zaman: Oligosen-Holosen, 25–0 Ma
Two andeanflamingo june2003 arp.jpg
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus
Flamingo range.png
Taburan sejagat flamingo
Flamingo tidur.
Flamingo di Taman Negara Kuala Lumpur.

Burung flamingo (Jawi: فلميڠݢو) ialah sejenis burung randai tropika daripada famili Phoenicopteridae yang berkaki kurus panjang, berparuh lengkung, berleher panjang dan berbulu merah jambu. Keluarga burung tersebut satu-satunya keluarga yang wujud dalam order Phoenicopteriformes. Ada 4 spesies burung flamingo yang ditemui tersebar di benua Amerika Utara, Amerika Tengah dan Amerika Selatan, dan dua spesies tersebar di Afrika, Asia, dan Eropah.

Burung ini biasanya hidup di kawasan berair. Flamingo boleh tinggal di tasik gunung berapa yang panas dan tasik berais di pergunungan Andean.

Spesies flamingo yang terbanyak adalah flamingo besar dan flamingo Amerika atau flamingo Caribbean. Flamingo besar lebih pudar warnanya dan tinggal di Eurasia, daripada kawasan timur Mediterranean ke India; dan di beberapa bahagian di Afrika. Flamingo Amerika atau flamingo Caribbean berwarna merah terang dan membiak di kawasan Caribbean, dari Yucatan dan Hindia Barat ke pesisiran pantai timur laut Amerika Selatan. Spesies ini membiak dengan baik dalam kawasan yang terkurung. Kedua-dua spesies jantan burung ini boleh mencapai tinggi 155 sm.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Torres, Chris R; Ogawa, Lisa M; Gillingham, Mark AF; Ferrari, Brittney; Marcel, van Tuinen (2014). "A multi-locus inference of the evolutionary diversification of extant flamingos (Phoenicopteridae)". BMC Evolutionary Biology. 14 (36).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]