Burung kasut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Burung kasut
Balaeniceps rex -Ueno Zoo, Tokyo, Japan-8a.jpg
Di Zoo Ueno, Tokyo, Jepun
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Genus:
Balaeniceps
Spesies:
rex
Nama binomial
Balaeniceps rex
Gould, 1850
Balaeniceps rex distribution.svg
Taburan spesies

Burung kasut (nama saintifik: Balaeniceps rex; Bahasa Arab: أبو مركوب, translit. abū markūb "pak kasut",[2] Bahasa Inggeris: shoebill) adalah spesies burung dalam keluarga Pelecaniformes serumpun dengan undan mendiami kawasan paya besar tropika dari Sudan Selatan ke Zambia timur benua Afrika.[3] Ia dikenali dari bentuk paruhnya yang besar melonjong mirip bentuk kasut.

Sebanyak 5,000 hingga 8,000 ekor spesies ini dapat ditemukan sepanjang habitatnya.[4] Taburan ia terjejas daripada pencerobohan manusia ke dalam kawasan persarangannya; tetapi dari pencerobohan ini jugalah burung kasut adakala dapat membiasakan diri sampai merayap di kawasan sawah padi dan tanah ladang bertakung air.[5]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Burung kasut tumbuh mencapai ketinggian antara 110 hingga 140 sentimeter malah sampai 152 sm. Panjang badannya dari ekor ke paruh kira-kira antara 100 hingga 140 sm manakala lebar sayap antara 230–260 sm. Berat timbangan antara 4 hingga 7 kilogram:[6][7] berat jantan lebih tinggi sekitar 5.6 kg dari yang betina ditimbang sekitar 4.9 kg.[5]

Tabiat[sunting | sunting sumber]

Pergerakan[sunting | sunting sumber]

Seekor burung kasut mampu terbang sejauh antara 100 hingga 500 meter pada satu-satu masa.[5]

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Burung ini banyak memakan banyak jenis ikan malah ular air.[8] Ia sering memburu di kawasan perairan kurang beroksigen seperti paya rawa yang memaksa ikan naik ke permukaan sekali-sekala untuk bernafas udara segar,[9] malah ia adakala mengambil kesempatan dari keberadaan pergerakan kawanan badak air yang mengocak air tasik sungai sehingga terlambung ikan-ikan ini ke udara.[5]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Sepasang burung kasut akan menjaga suatu kawasan dipilih untuk bersarang dari 2 hingga 4 kilometer persegi yang dipilih dari direbut pesaing sekitar. Sarang pasangan ini dibina sebaik bermula musim hujan atas suatu tapak mengapung menggunakan bahan tumbuhan air. Seekor burung betina akan bertelur 1-3 biji setiap satunya berukuran 80-90 x 56-61 mm dengan berat timbangan sekitar 164 gram; telur-telur ini dieramkan selama 30 hari.

Anak-anak burung kasut dapat terbang setelah berusia 112 hari tetapi masih akan disuapkan lagi selama sebulan. Matang baligh anak-anak burung ini dicapai pada usia tiga tahun.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BirdLife International (2018). "Balaeniceps rex". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T22697583A133840708. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-2.RLTS.T22697583A133840708.en. Dicapai pada 12 November 2021.
  2. ^ Ahmad Mukhtar Umar (2008). "ركب" [Kamus Bahasa Arab Kontemporari]. معجم اللغة العربية المعاصرة. Kaherah, Mesir: Alam Al-Kutub. ISBN 977-232-626-4 – melalui The Arabic Lexicon kelolaan Hawramani.com.
  3. ^ Handbook of the birds of the world. Barcelona: Lynx Edicions. 1992–2013. ISBN 84-87334-10-5. OCLC 861071869.
  4. ^ Williams, John G.; Arlott, N (1980). A field guide to the birds of East Africa (ed. Rev.). London: Collins. ISBN 0-00-219179-2. OCLC 7649557.
  5. ^ a b c d e Hancock, James A.; Kushan (1992). Storks, ibises and spoonbills of the world. London: Academic Press/Harcourt Brace Jovanovich, Publishers. ISBN 0-12-322730-5. OCLC 26933579.
  6. ^ "Balaeniceps rex" (dalam bahasa Jerman). 19 July 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 July 2011. Dicapai pada 6 May 2020.
  7. ^ Stevenson, Terry; Fanshawe, John (2002). Field guide to the birds of East Africa : Kenya, Tanzania, Uganda, Rwanda, Burundi. London: T & A D Poyser. ISBN 0-85661-079-8. OCLC 47150215.
  8. ^ "Balaeniceps rex shoebill". animaldiversity.org.
  9. ^ Steffen, Angie. "Balaeniceps rex (shoebill)". Animal Diversity Web (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 May 2020.