Undan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Burung Undan
Pelican lakes entrance02.jpg
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Pelecanidae

Genus:
Pelecanus

Linnaeus, 1758
Undan Putih

Undan atau pelikan adalah sejenis burung air yang memiliki kantung di bawah paruhnya, dan merupakan sebahagian dari keluarga burung Pelecanidae. Bersama burung kosa, pependang, burung dendang laut, dan burung simbang, mereka membentuk Order Pelecaniformes. Undan moden boleh dijumpai di semua benua kecuali Antartika. Mereka muncul umumnya di wilayah yang beriklim panas, dan mereka tidak dijumpai di wilayah kutub, laut dalam, kepulauan samudera, dan daratan Amerika Selatan.

Undan perang (Pelecanus occidentalis) ialah spesies terkecil dengan berat hanya sekitar 2.75 kg dan panjang 106 cm dan lebar bentangan sayap maksimum 1.83 m. Undan terbesar hari ini adalah undan Dalmatia (Pelecanus crispus) dengan berat 15 kg dan panjang 183 cm, dengan lebar bentangan sayap hingga 3.5 m. undan Australia memiliki paruh terpanjang diantara burung yang lain.

Ia haiwan perenang yang baik kerana adanya kaki yang pendek dan kuat serta berselaput.

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Nama saintifik ia, Pelecanus, serta nama lain burung ini "pelikan" ia turunan perkataan bahasa Yunani Kuno pelekan (πελεκάν),[1] daripada πέλεκυς pelekys "kapak" (axe),[2] perkataan pelekan pada zaman dahulu merujuk dua-dua kepada burung ini dan burung belatuk.[3]

Makanan[sunting | sunting sumber]

Makanan undan biasanya adalah ikan, namun mereka juga memakan haiwan amfibia, kerang-kerangan ataupun crustacea, dan dalam beberapa keadaan, mereka juga memakan burung kecil. Mereka menangkap mangsa dengan memperbesar kantung paruh mereka. Lalu mereka perlu mengeringkan kantung tersebut sebelum menelan makanan. Hal ini memakan masa lebih kurang seminit, dan burung laut lainnya dapat mencuri ikan tersebut di waktu kritikal itu. Undan kadang-kala mencuri mangsa dari burung laut yang lain.

Undan putih menangkap ikan dalam kelompok. Mereka membentuk barisan untuk mengejar sekumpulan ikan kecil ke perairan dangkal, lalu melahap sekumpulan ikan kecil tersebut dengan paruh mereka. Ikan besar ditangkap dengan ujung paruh, lalu dilempar ke udara untuk ditangkap kembali dan masuk ke kantung paruh mereka dengan kepala terlebih dahulu. Tentunya cara dan tabiat pemakanan pelikan agak unik.

Undan Coklat Amerika Utara biasanya menyelam untuk mengejar mangsa mereka. Dan dalam kasus langka, spesies lain seperti Undan Peru dan Undan Australia juga melakukan cara perburuan itu.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Undan bersarang secara koloni. Pelikan memiliki kehidupan sosial yang rumit, sekelompok pelikan jantan mengejar satu pelikan betina di udara, di darat, atau di air dengan saling menunjuk atau menyentuhkan paruh mereka antara satu sama lain. Proses ini dapat diselesaikan dalam sehari. Spesies yang bersarang di pepohonan memiliki cara yang lebih mudah, pelikan jantan mempromosikan diri mereka untuk pelikan betina.

Proses mengawan berlangsung segera sejurus mendapatkan pasangan dan berlanjutan selama 3 hingga 10 hari sebelum telur dikeluarkan. Pelikan jantan membawakan bahan membuat sarang misalnya akar kayu, dahan / ranting kering dan sabut, lalu pelikan betina membentuk struktur sarang dengan mudah dan ringkas dari bahan-bahan tersebut.

Kedua induk, jantan dan betina, mengerami telur di atas atau di bawah kaki mereka. Semua spesies menelurkan setidaknya dua biji telur.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jobling, James A. (2010). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London, United Kingdom: Christopher Helm. m/s. 296. ISBN 978-1-4081-2501-4.
  2. ^ Partridge, Eric (1983). Origins: a Short Etymological Dictionary of Modern English. New York, New York: Greenwich House. m/s. 479. ISBN 0-517-414252.
  3. ^ Simpson, J.; Weiner, E., para penyunting (1989). Pelican. Oxford English Dictionary (ed. 2nd). Oxford, United Kingdom: Clarendon Press. m/s. 1299. ISBN 0-19-861186-2.
Sumber utama
  • Nelson, J. Bryan; Schreiber, Elizabeth Anne; Schreiber, Ralph W. (2003). "Pelicans". in Christopher Perrins (Ed.). Firefly Encyclopedia of Birds. Firefly Books. pp. 78–81.