Cara artikulasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cara artikulasi
Obstruen
Hentian
Letusan
Geseran
Sibilan
Sonoran
Sengau
Tamparan
Getaran
Aproksiman
Cecair
Vokal
Separuh vokal
Sisian
Arus udara
Ejektif
Implosif
Klik
Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul di sesetengah pelayar web. [Bantuan]
sunting

Dalam bidang linguistik (fonetik artikulasi), cara artikulasi merupakan cara lidah, bibir, rahang dan lain-lain organ pertuturan dilibatkan untuk menghasilkan bunyi, khususnya konsonan. Setiap daerah artikulasi boleh dikenakan beberapa cara artikluasi yang berbeza untuk menimbulkan beberapa konsonan yang [[homorganik]

Cara individu[sunting | sunting sumber]

  • Letupan atau hentian lisan, yang mana kedua-dua rongga mulut dan hidung mengalami oklusi (sumbatan) sepenuhnya dalam saluran vokal, hingga tiadanya aliran udara. Contoh: /p, t, k/ (tak bersuara) dan /b, d, g/ (bersuara). Bagi konsonan bersuara, penyuarannya adalah satu-satunya bunyi yang dilakukan ketika oklusi; bagi yang tak bersuara, letupan itu bisu sepenuhnya. Bentuk dan kedudukan lidah (daerah artikulasi) menentukan rongga resonan yang menentukan ciri-ciri setiap bunyi letupan yang berbeza.
  • Geseran, yang mana adanya penggeseran berterusan (aliran udara yang bergelora dan berhingar) di daerah artikulasi. Contoh: /f, s/ (tak bersuara), /v, z/ (bersuara).
  • Sibilan ialah sejenis geseran yang mana arus udara dihembuskan melalui alur pada lidah ke arah gigi, menghasilkan bunyi yang nyaring. Inilah geseran yang paling banyak ditemui. Contohnya: /s/ dan /z/.
  • Geseran sisian ialah sejenis geseran yang jarang ditemui, yang mana geseran berlaku di sebelah atau kedua-dua belah sisi lidah. Contoh: "ll" dalam bahasa Wales dan "hl" dalam bahasa Zulu.
  • Letusan, yang bermula sebagai letupan, tetapi dihembuskan sebagai geserab. Contohnya: "c" dan "j" dalam bahasa Melayu. Affricates are quite common around the world, though less common than fricatives.
  • Hentian sengau atau sengauan, yang mana rongga mulut disumbatkan sepenunya, manakala udara melalui hidung sahaja. Bentuk dan kedudukan lidah menentukan rongga resonan yang menentukan ciri-ciri setiap hentian sengau yang berbeza. Contoh: /m, n/.
  • Tamparan atau ketukan, ialah penutupan rongga mulut untuk masa yang singkat. Huruf "tt" dalam "utter" dan "dd" dalam "udder" disebut sebagai tamparan dalam bahasa Inggeris Amerika Utara. Ramai ahli bahasa membezakan ketukan dari tamparan, tetapi tidak sebulat suara di mana perbezaannya. Tiada satu bahasa pun yang membezakannya. Juga terdapat tamparan sisian.
  • Getaran, yang mana artikulator (biasanya hujung lidah) dipegunkan lalu digetarkan oleh aliran udara. Contohnya: "r" dalam "perro" merupakan getaran dalam bahasa Sepanyol. Getaran dan tamparan, kedua-duanya mengalami oklusi singkat, membentuk kelas konsonan rotik.
  • Separuh vokal ialah sejenis malaran tak geser yang disebut seperti vokal tetapi lidah lebih mendekati lelangit agar bergelora sedikit arus udaranya. Dalam bahasa Inggeris, /w/ ialah separuh vokal yang bersamaan dengan vokal /u/, manakala /j/ (dieja "y") pula bersamaan dengan vokal /i/.
  • Malaran tak geser sisian, atau sisian sahaja, ialah sejenis malaran tak geser yang disebut dengan sisi lidah Contoh: /l/. Malaran tak geser sisian bersama konsonan rotik membentuk kelas konsonan cecair.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Ladefoged, Peter (1996). The Sounds of the World's Languages. Oxford: Blackwell. ISBN 0-631-19814-8. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]