Konsonan getaran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cara artikulasi
Obstruen
Hentian
Letusan
Geseran
Sibilan
Sonoran
Sengau
Tamparan
Getaran
Aproksiman
Cecair
Vokal
Separuh vokal
Sisian
Arus udara
Ejektif
Implosif
Klik
Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul di sesetengah pelayar web. [Bantuan]
sunting

Konsonan getaran ialah bunyi konsonan yang dihasilkan dengan getaran di antara artikulator dan daerah artikulasi. Gugus huruf rr, dalam Bahasa Sepanyol Baku, seperti perkataan perro, merupakan getaran gusi, sementara gugus yang sama dalam pertuturan bahasa Perancis di Paris, merupakan getaran uvular.

Konsonan getaran adalah berbeza sekali dari konsonan tamparan, yang mana artikulator (anggota penyebutan) yang aktif mengibas artikulator yang pasif, manakala bagi getaran pula, artikulator tidak digerakkan ke mana-mana, sebaliknya digetarkan oleh arus udara. Biasanya, konsonan getaran bergetar selama dua atau tiga kala (period), tetapi boleh dipanjangkan melebihi lima kala, ataupun satu kala sahaja. Walaupun seakan-akan konsonan tamparan, namun penyebutannya berbeza sekali; konsonan getaran berbeza-beza bilangan kalanya, tetapi konsonan tamparan pula tidak.

Konsonan getaran yang disertakan dalam Abjad Fonetik Antarabangsa: