Konsonan tamparan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cara artikulasi
Obstruen
Hentian
Letusan
Geseran
Sibilan
Sonoran
Sengau
Tamparan
Getaran
Aproksiman
Cecair
Vokal
Separuh vokal
Sisian
Arus udara
Ejektif
Implosif
Klik
Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul di sesetengah pelayar web. [Bantuan]
sunting

Konsonan tamparan atau ketukan ialah bunyi konsonan yang dihasilkan dengan sekali mengecutkan otak agar satu anggota artikulasi yang aktif (contohnya, lidah) mengetuk anggota lain yang pasif.

Perbezaan utama antara konsonan tamparan dan konsonan hentian adalah, konsonan tamparan tidak mengumpul tekanan udara di belakang daerah artikulasi, oleh itu tiada ledakan ketika dihembuskan; jika tidak maka tamparan itu seolah-olah hentian yang amat singkat.

Konsonan tamparan juga berbeza dari konsonan getaran, yang mana arus udara menyebabkan anggota artikulasi bergetar. Konsonan getaran juga boleh ubah sentuhannya, manakala konsonan tamparan pula terhad kepada sentuhan tunggal.

Aksara IPA[sunting | sunting sumber]

Konsonan tamparan dan ketukan yang dikenal pasti oleh Abjad Fonetik Antarabangsa ialah:

IPA Huraian Contoh
Bahasa Ejaan IPA Maksud
ɾ Ketukan gusi Inggeris (AS) latter /læɾɚ/ "akhir"
ɺ Tamparan sisian gusi Jepun ラーメン /ɺaːmeɴ/ "ramen"
ɽ Tamparan gelungan Warlpiri dupa (?) /ɽupa/ "tampan angin"
Labiodental flap (Gentium).svg Tamparan bibir-gigi Karang /ara/ "haiwan"

IPA mencadangkan bagi konsonan tamparan lain, konsonan homorgan (sama anggota) seperti hentian atau getaran, harus dibubuh tanda singkat:

Ketukan atau Tamparan: seandainya tiada aksara tersendiri disediakan untuk suatu konsonan ketukan, maka tanda singkat harus digunakan, cth.: [ʀ̆] or [n̆].[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Report on the Kiel Convention", Journal of the International Phonetic Association 19:2, p 70.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]