Pergi ke kandungan

Ceraiya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ceraiya
GenreDrama, Komedi
Dibangunkan oleh
KL Motion Pictures
PengarahAzizi Adnan
Dibintangi oleh
Tony Eusoff
Melissa Maureen Rizal
Riz Ainuddin
Delila Adnan
Sani Sudin
Kismah Johar
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan musim1
Bilangan episod15 (Senarai episod)
Penerbitan
Tempoh siaranLebih kurang 5 minit per episod
Penyiaran
Saluran asalgua.com.my
Siaran asal1 September 2008

Ceraiya ialah tajuk bagi siri drama Internet yang disiarkan oleh gua.com.my sempena menyambut bulan Ramadan 1429H (2008M).

KP (Tony Eusoff) dan Niki (Melissa Maureen Rizal)
Pasangan suami isteri yang agak tenat hubungan mereka sehingga hendak bercerai.
Bustamam (Riz Ainuddin)
Rakan sekerja KP.
Aish (Delila Adnan)
Rakan sekerja Niki.
Ayah Niki (Naiem Ghalili)
Ibu Niki (Nor Albaniah)
Mak KP (Kismah Johar)
Hulk Hogan (Yang Kassim)
Pakcik Horny (Sani Sudin)
#Tarikh keluaranSinopsis
11 September 2008Sehari sebelum puasa KP dan Niki meluahkan rasa kepada rakan pejabat mereka. Pada waktu sahur ganti puasa, KP tidak percaya isteri sendiri masak untuk diri sendiri sahaja.
22 September 2008KP dan Niki masih lagi meleterkan keburukan sesama sendiri di hadapan rakan masing-masing. Di tengah hari sebelum bermulanya puasa, Niki meluahkan hasratnya untuk bercerai.
33 September 2008Setelah setengah bulan berpuasa, pertelingkahan antara mereka masih lagi berlarutan. Mereka bersepakat untuk memberitahu ibu bapa Niki tentang keputusan mereka, namun lain pula jadinya.
44 September 2008Lebaran kian menjelang; KP dan Niki buntu untuk mendapatkan cara yang terbaik untuk berterus terang kepada ibu bapa masing-masing mengenai hubungan mereka.
55 September 2008Pergaduhan antara mereka masih lagi berlarutan hingga sehari sebelum raya, sehingga pula terpaksa memandu kereta masing-masing.
68 September 2008KP cuba bermaaf-maafan dengan Niki sambil mengimbas kembali peristiwa 'Insiden Sate' dua bulan sebelumnya.
79 September 2008Akhirnya KP dan Niki menaiki kereta bersama. Selama berjam-jam mereka hingar-bingar dalam kereta.
810 September 2008Niki yang memandu kereta telah menuju ke arah yang salah. Tiba di satu tempat, Niki memberhentikan kereta di tengah jalan.
911 September 2008Niki mempertikaikan tentang KP yang tidak pernah mempertahankannya dalam apa jua keadaan pun. Tiba-tiba telefon KP berdering, maka terpaksalah KP melayan ibunya yang garang.
1012 September 2008Mereka menyambung perjalan dan masih bertengkar. Cerita sebenar disebalik kelewatan Niki sampai pada hari pernikahan mereka pun terbongkar.
1115 September 2008Tiba-tiba seorang pakcik tua menahan kereta mereka seperti ingin menumpang. Niki meminta KP memberhentikan kereta itu dan membenarkan pakcik tua itu menumpang mereka. Rupa-rupanya pakcik ini ramai isterinya, maka gelarannya Pakcik Horny.
1216 September 2008Pakcik Horny masuk ke dalam kereta. Niki dan KP cuba beramah mesra dengan Pakcik Horny itu. Mereka terkejut kerana Pakcik Tua itu amat gatal seperti orang amat pelik. Pakcik Tua mengajak mereka menghantarnya ke sebuah rumah.
1317 September 2008Pakcik Horny makin menunjukkan kegatalannya dan cuba meneka Niki hamil. Niki dan KP mula lemas dengan Pakcik Horny lalu mencari jalan untuk meninggalkannya.
1418 September 2008Pakcik Horny yang gatal berjaya ditinggalkan. Kini Niki dan KP berdua semula lalu menyambung perjalanan mereka. Mereka terpaksa berbuka puasa dalam kereta setelah sesat jalan sepanjang hari.
1519 September 2008Pakcik Horny berjaya mengejar mereka semata-mata untuk mendapatkan kembali kaki palsunya yang tertinggal dalam kereta mereka. KP dan Niki akhirnya berbaik-baik setelah mengetahui Niki mengandung. Pada pagi Syawal mereka pun tiba di rumah ibu KP.