Tonton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Gua.com.my)
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
tonton
Logotonton.jpg
Ditubuhkan pada2007 (sebagai portal gua.com.my dan Catch Up TV")
2015 (penjenamaan semula sebagai tonton)
Orang pentingKetua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen dan Primeworks Studios, Media Prima Berhad, Dato' Khairul Anwar Salleh
Perkhidmatan
  • tonton xtra
  • tonton CINEMA
IndukREV Media Group
URLwww.tonton.com.my

Tonton ialah sebuah laman web penstriman video dan hiburan di Malaysia. Ia dimiliki oleh Media Prima Berhad di bawah subsidiari REV Media Group. Ia dilancarkan pada 2010 hasil penjenamaan semula portal yang dimiliki oleh Alt Media, anak syarikat Media Prima iaitu portal hiburan gua.com.my dan portal televisyen Catch Up TV.

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

Penubuhan portal Tonton oleh Media Prima bermula sejak 2007 dengan pelancaran portal hiburan gua.com.my dan portal televisyen. Catch Up TV di bawah anak syarikat, Alt Media Sdn Bhd.

Penubuhan portal gua.com.my[sunting | sunting sumber]

Media Prima menerusi anak syarikat Alt Media Sdn Bhd melancarkan portal dalam talian, gua.com.my pada 11 September 2007. Portal dalam talian yang mempunyai nama yang bermaksud kata ganti diri "saya" atau struktur semula jadi "gua", menyediakan pelbagai liputan terkini di dunia hiburan sama ada tempatan dan antarabangsa[1]. Ia diketuai oleh pengurus besar penghasilan kandungan dan portal gaya hidup Alt Media, M. Zulkifli Abdul Jalil[2]. Ia telah memperoleh 1 juta capaian pada bulan pertama selepas pelancarannya. Gua juga memperoleh pengiktirafan dalam The Malaysia Book of Records bagi siri drama dalam talian pertama di Malaysia menerusi Kerana Karina yang diterbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance[3].

Siri drama[sunting | sunting sumber]

Video[sunting | sunting sumber]

  • Ingat Tak?
  • Rev n Roll — perihal kereta
  • Joke Aje
  • Muung — video animasi
  • Street Talk

Penubuhan portal Catch Up TV[sunting | sunting sumber]

Media Prima telah melancarkan portal rangkaian televisyennya, Catch Up TV bermula 2007 sebagai semua inovasi kepada perkhidmatan dalam talian. Catch Up TV memberikan penonton untuk menonton semula rancangan yang telah disiarkan di kaca televisyen pada minggu tayangan. Ia memperkenalkan konsep "televisyen atas permintaan" terawal di Malaysia. Antara siri televisyen paling banyak ditonton ialah Nur Kasih yang menyaksikan sebanyak 65,777,095 jumlah tontonan video dalam talian bagi seluruh musim siaran[1].

Pelancaran guamuzik[sunting | sunting sumber]

Pada 14 April 2008, Alt Media telah melancarkan guamuzik, portal yang memberi tumpuan pada perkhidmatan industri muzik[4]. Ia menawarkan penjualan aneka muzik pelbagai genre oleh artis tempatan dan antarabangsa. Ia turut memaparkan carta muzik dari radio dan rancangan hiburan milik Media Prima iaitu Fly FM, Hot FM dan Muzik Muzik. Pada 30 Mei 2008, guamuzik telah menganjurkan Gua Muzik Supergig 08 di perkarangan Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil[3][5]. Gua Muzik juga pernah mengadakan jualan amal album kompilasi 38 buah lagu berikutan bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun. Sumbangan melalui pembelian album tersebut disalurkan ke Persatuan Palang Merah Jepun[6].

Penjenamaan Catch Up TV kepada tonton[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2010, Alt Media telah melancarkan portal video Tonton yang menggabungkan perkhidmatan televisyen dari pelbagai portal televisyen sebelum ini. Tonton membolehkan Media Prima menyampaikan kandungan dan interaksi pengguna kepada pasaran. Antara saluran yang terdapat dalam portal tonton ialah TV3, ntv7, 8TV, TV9, Tonton Korean, Tonton Exclusives, KRU TV, GUA TV, GUA Muzik, Fly TV, One TV, Hot TV dan EMAS[7].

Pengukuhan dan penggabungan portal media[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2013 dan 2014, Alt Media telah mempunyai tiga portal media iaitu portal video, Tonton; portal hiburan dan gaya hidup, gua.com.my; dan portal wanita, Seroja. Kesemua portal ini ditutup pada 2015, kecuali Tonton. Pada tahun 2016, Media Prima melancarkan semula Tonton dengan kandungan sebagai sebuah laman web dan aplikasi penstriman video yang menawarkan kandungan percuma dan kandungan khas kepada pelanggan[8].

Sayap media[sunting | sunting sumber]

Sehingga Ogos 2021, Tonton mempunyai dua laman web subsidiari yang menyediakan perkhidmatan tersendiri.

Xtra[sunting | sunting sumber]

Xtra (atau Tonton xtra) ialah portal media yang menggabungkan berita hiburan dan penstriman langsung yang memaparkan berita semasa mengenai hiburan di Malaysia dan luar negara; dan siaran langsung saluran televisyen di bawah Media Prima iaitu TV3, ntv7, 8TV, TV9 dan Drama Sangat.

CINEMA[sunting | sunting sumber]

Tonton CINEMA ialah portal perkhidmatan penstriman filem atas permintaan yang menawarkan koleksi filem terkini dan malar hijau[9]. Ia dilancarkan pada 14 Mac 2021 dengan konsep bayar per tontonan[10].

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Media Prima Sdn Bhd (31 Disember 2007). "Laporan tahunan 2007". Bursa Malaysia. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  2. ^ "Pioneer entertainment portal launched". New Straits Times. 12 September 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2007. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  3. ^ a b Media Prima Sdn Bhd (31 Disember 2008). "Laporan tahunan 2008". Bursa Malaysia. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  4. ^ Budiey (15 April 2008). "Sekitar Pelancaran Portal Gua Muzik Guamuzik.com.my". Budiey.com. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  5. ^ Budiey (30 Mei 2008). "Konsert Supergig GUAMUZIK 08 Hari Ini". Budiey.com. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  6. ^ "Songs for Japan". Gua Muzik. 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-18. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  7. ^ Media Prima Sdn Bhd (31 Disember 2011). "Laporan tahunan 2011". Bursa Malaysia. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  8. ^ Media Prima Sdn Bhd (4 April 2017). "Laporan tahunan 2016". Bursa Malaysia. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  9. ^ Noraniza Azmi (18 Mac 2021). "Cipta ruang pawagam persendirian dengan tonton CINEMA". BHarian. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  10. ^ Nur Amirah Abd Rani (6 Julai 2021). "'Warna Warni' diangkat lagu rasmi tonton CINEMA!". BHarian. Dicapai pada 3 Ogos 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]