Charles Fremantle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sir Charles Fremantle
Admiral Sir Charles Howe Fremantle.jpg
Kelahiran1 Jun 1800
Meninggal dunia25 Mei 1869
KesetiaanUnited Kingdom United Kingdom
PerkhidmatanNaval Ensign of the United Kingdom.svg Royal Navy
PangkatLaksamana
ArahanHMS Challenger
HMS Inconstant
HMS Albion
HMS Juno
PertempuranPerang Krimea
AnugerahKnight Grand Cross of the Order of the Bath

Laksamana Sir Charles Howe Fremantle (GCB) dilahirkan pada 1 Jun 1800 dan meninggal dunia pada 25 Mei 1869. Beliau merupakan seorang rakyat British yang berkhidmat sebagai pegawai Tentera Laut Diraja British. Sebuah bandar telah diabadikan dengan nama beliau. Bandar tersebut ialah Fremantle di barat Australia bagi menghargai jasa dan sumbangannya.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Fremantle merupakan anak lelaki kepada Thomas Fremantle, seorang Laksamana Tentera Laut Diraja British[1] Manakala ibunya, Elizabeth Wynne Fremantle, seorang penulis kekusasteraan. Sepupunya, William Henry Fremantle. Nama tengahnya ialah Howe kerana beliau dilahirkan semasa hari ulangtahun perkahwinan ibu bapanya. Ibu bapanya berkahwin di Perancis pada bulan Jun 1794. Kemudian bapanya menyertai tentera pada tahun 1812.

Fremantle pernah didakwa di atas kesalahan merogol seorang gadis di bawah umur yang berumur 15 tahun pada bulan April 1826. Untuk mengelakkan dari menjadi bahan bualan orang ramai dan terjerat dengan skandal seks, keluarganya sanggup membayar rasuah kepada saksi-saksi perbicaraan serta memberikan tekanan pada hakim dan pendakwa raya agar beliau dibebas dan dilepaskan. Pada bulan Ogos 1826, beliau telah dilantik menjadi Kapten tentera laut British. Pada tahun 1828, beliau diberikan arahan untuk mengetuai ekspedisi pelayaran HMS Challenger serta dihantar untuk mendeklarasikan kawasan baharu dan menuntut hak milik di barat Australia untuk diserahkan kepada Koloni British.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

HMS Challenger meninggalkan Cape Town (kini Afrika Selatan) pada 20 Mac 1829. Kapal tersebut berlabuh di Cockburn Sound pada 2 Mei 1829 dan Fremantle mendarat sepenuhnya di Garden Island, barat Australia. Seminggu kemudian, Fremantle mendeklarasikan Sungai Swan dan menuntut hak milik untuk diserahkan kepada Raja England, George IV.

Leftenan Gabenor James Stirling tiba di Cockburn Sound pada 2 Jun 1829 dengan rombongan ekspedisinya, Parmelia. Mereka merancang untuk mengambil alih Sungai Swan di barat Australia. Pada 8 Jun 1829, mereka bersama-sama 56 pegawai tentera lelaki menyertai rombongan dengan ekspedisi pelayarannya, HMS Sulphur ke Sungai Swan. Akhirnya pada 17 Jun 1829, Stirling mengishtiharkan mengenai perjanjian yang sah yang telah disokong oleh deklarasi Fremantle terlebih dahulu ke atas Sungai Swan. Ini merupakan titik permulaan peristiwa bersejarah dimana sebahagian kawasan di barat Australia telah dijajah secara rasminya oleh pihak Koloni British dan kemudiannya dijadikan sebuah negeri di dalam Persekutuan Australia tidak lama kemudian.

Fremantle kemudian meninggalkan Sungai Swan pada 25 Ogos 1829 untuk meneruskan ekspedisinya ke Ceylon (kini Sri Lanka) dimana mereka menjadikan kawasan tersebut sebagai markas tentera laut British yang baharu untuk tempoh masa selama dua tahun.

Namun, beliau tetap berlayar di beberapa tempat termasuk di Kowloon, (kini Hong Kong). Beliau menyakinkan pihak British untuk menjajah kawasan tersebut. Akhirnya Hong Kong dijajah pada tahun 1841.

Dalam perjalanan pulangnya ke tanah air pada bulan September 1832, beliau sempat melawat buat kali kedua dan terakhirnya di Koloni Sungai Swan.

Pada tahun 1833, beliau berlabuh di Pitcairn Island, dimana beliau membuat perdamaian dengan pemimpin tempatan disana antaranya Joshua Hill (pemimpin di Pitcairn Island) dan George Hunn Nobbs.

Sepuluh tahun kemudian, pada tahun 1843, beliau diberikan arahan untuk mengetuai ekspedisi pelayaran HMS Inconstant di lautan Mediterranean. Pada tahun 1847, beliau mengetuai ekspedisi HMS Albion dan dilantik menjadi Kapten HMS Juno pada tahun 1853 yang berpengkalan di Australia.

Pada tahun 1855, beliau yang ketika itu berpangkat Laksamana Utama, telah dihantar untuk mencurahkan baktinya semasa Perang Krimea dari Balaklava (kini sebuah bandar utama di Ukraine). Selepas tamat peperangan, beliau dilantik sebagai Komander di Channel Squadron. Jawatan terakhirnya ialah Ketua Komander di Plymouth pada tahun 1863 sehingga ke akhir hayatnya.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Isabella Wadderburn pada 8 Oktober 1836. Hasil dari perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata:

  1. Emily Caroline Alexander (14 April 1838 – 10 Februari 1929).
  2. Celia Elizabeth McNeil (8 Oktober 1840 – 15 Februari 1929).
  3. Louisa Frances Fremantle (23 Februari 1843 – 20 Mac 1909).

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada tahun 1869 dan jasadnya disemadikan di Perkuburan Brompton, London.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.pdavis.nl/ShowBiog.php?id=570 William Loney RN] dicapai pada 2 Mei 2017
  • Appleyard, R. T. and Manford, Toby (1979). The Beginning: European Discovery and Early Settlement of Swan River Western Australia, University of Western Australia Press. ISBN 0-85564-146-0.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Flag of the United Kingdom.svg Angkatan Tentera British
Tentera Darat British Tentera Darat BritishTentera Laut Diraja Tentera Laut DirajaTentera Udara Diraja Tentera Udara Diraja

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.