Chen Kun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Chen.
Chen Kun
Chen Kun 2007.jpg
Nama Cina (Tradisional)
Nama Cina (Ringkas)
Pinyin Chén Kūn (Mandarin)
Jyutping Can4 Kwan1 (Kantonis)
Lahir (1976-02-04) 4 Februari 1976 (umur 41)
Chongqing, China
Nama lain Aloys Chen
Pekerjaan Pelakon, penyanyi
Jenis muzik Mandopop
Jenis suara Baritone
Tahun aktif 1999–kini
Anak seorang anak lelaki

Kun Chen (dilahirkan pada 4 Februari 1976 di Chongqing, Sichuan, China sebagai Chen Kun, kadang-kala dipanggil sebagai Aloys Chen) ialah seorang pelakon dan penyanyi China. Dia memenangi Anugerah Ratusan Bunga bagi kategori Pelakon Terbaik, Anugerah Huabiao bagi kategori Pelakon Terbaik, dan mendapat satu pencalonan bagi kategori Pelakon Terbaik untuk Anugerah Kuda Keemasan.

Chen memperoleh pengiktirafan hasil drama tv 2001 Love in Shanghai dan filem 2002 Balzac and the Little Chinese Seamstress. Dia melonjak kepada kemasyhuran antarabangsa hasil filem 2006 The Knot dan filem fantasi 2008 Painted Skin yang juga mengumpulkan baginya Anugerah Ratusan Bunga bagi Pelakon Terbaik.

Dia menggesa pengikutnya agar memboikot semua barangan dan pelancongan berkait dengan Malaysia[1] berikutan dengan dakwaan pihak tertentu yang membuat dakwaan di media antarabangsa bahawa kerajaan Malaysia menyembunyikan fakta mengenai kehilangan MH370. [2], [3]. Ini disebalik usaha Malaysia ke atas pencarian MH370 yang dijangka menelan belanja melebihi RM130.9m.[4] Sektor pelancongan Malaysia menggajikan 14 peratus peluang pekerjaan pada tahun 2012, menurut Majlis Pelancongan dan Pengembaraan Dunia.[5]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Chen dilahirkan di Chongqing. Ibu bapanya bercerai tidak lama selepas adik kedua Chen dilahirkan, dan Chen mula bekerja separuh masa semasa bersekolah menengah untuk menyara ibunya. Dia bermula sebagai jurutaip di pejabat perbandaran dan kemudian sebagai penyanyi solo di kelab-kelab malam. Dia mempamerkan bakat awal dalam nyanyian dan disyorkan dengan bersungguh-sungguh oleh jurulatih dan mentor suaranya untuk menyertai China Oriental Song and Dance Ensemble (sekarang China National Song and Dance Ensemble) di Beijing pada tahun 1995. Pada tahun 1996, dia memasuki Beijing Film Academy, tempat dia mula mengambil kelas-kelas lakonan.

Chen membuat penampilan sulung dalam filem 1999 National Anthem,[6] dan melonjak terkenal dalam drama tv 2001 Love in Shanghai. Dia telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Terbaik hasil wataknya dalam A West Lake Moment dalam Anugerah Kuda Keemasan 2005, memenangi kategori Pelakon Terbaik bagi wataknya dalam The Knot di Anugerah Filem Huabiao 2007 dan memenangi kategori Pelakon Terbaik bagi wataknya dalam Painted Skin di Anugerah Ratusan Bunga 2010.

Selain berlakon, Chen juga seorang penyanyi yang sudah mapan. Dia sering kali mempersembahkan lagu-lagu tema bagi siri tvnya dan telah menerbitkan tiga buah album studio yang cukup panjangnya, yang memenangi Vokalis Lelaki Paling Popular di Anugerah Asia MTV untuk album keduanya, Come True Again. Untuk menyokong album ketiganya Mystery&Me, dia menjalankan konsert solo pertamanya di Beijing pada Februari 2010.

Chen mempunyai seorang anak lelaki.[petikan diperlukan]

Chen dinobatkan sebagai Lelaki Selebriti Vegetarian Paling Seksi Asia 2013 selepas pertarungan sengit dalam PETAAsiaPacific.com oleh kumpulan hak asasi haiwan PETA Asia.

Setakat Julai 2014, Chen memiliki akaun paling popular di Sina Weibo dengan pengikut seramai lebih daripada 70 juta orang, ramai yang tertarik dengannya kerana dia menjadi aficionado anime yang tidak kisah pos semula imej-imejnya difotoshop sebagai karakter anime. Atas sebab inilah dia dikenali sebagai "#1 Coser (Cosplayer)" di China.[7]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Watak Catatan
1999 National Anthem
国歌
Nie Er
2002 Balzac and the Little Chinese Seamstress
巴尔扎克和小裁缝
Luo Ming
2003 Kung Fu Girls
中国功夫少女组
Tang Zheng
2004 Baober in Love
恋爱中的宝贝
Maomao Festival Filem Siswa Beijing bagi kategori Pelakon Paling Popular
2005 A West Lake Moment
鸳鸯蝴蝶
Qin Dicalonkan — Golden Horse Award for Best Actor
2006 The Music Box
理发师
Lu Ping Anugerah Kritik Filem Shanghai bagi kategori Pelakon Terbaik
Dicalonkan — Festival Filem Antarabangsa Shanghai bagi kategori Pelakon Terbaik
2006 The Knot
云水谣
Chen Qiushui Shanghai International Film Festival for Most Popular Chinese Film Star
Shanghai International Film Festival for Breakthrough Award
Golden Phoenix Award for Most Outstanding Actor
Huabiao Film Award for Best Actor
Beijing Student Film Festival for Most Popular Actor
Nominated — Hundred Flowers Award for Best Actor
Nominated — Golden Rooster Award for Best Actor
Nominated — Shanghai International Film Festival for Best Actor
2007 The Door
Jiang Zhongtian Shanghai International Film Festival for Most Popular Chinese Film Star
Shanghai International Film Festival for Breakthrough Award
Beijing Student Film Festival for Students' Most Focused On Actor
2008 Playboy Cops
花花型警
Lincoln Lin
2008 Painted Skin
画皮
Wang Sheng Hundred Flowers Award for Best Actor
Nominated — Beijing Student Film Festival for Students' Most Focused On Actor
2009 Mulan
花木兰
Wentai
2009 The Founding of a Republic
建国大业
Chiang Ching-kuo Nominated — Beijing Student Film Festival for Students' Most Focused On Actor
2010 My Ex-wife's Wedding
跟我的前妻谈恋爱
Ma Yong
2010 Let the Bullets Fly
让子弹飞
Hu Wan
2011 The Founding of a Party
建党伟业
Zhou Enlai
2011 Rest on Your Shoulder
肩上蝶
Yan Guo
2011 Love on Credit
幸福额度
Zhang Quan
2011 Flying Swords of Dragon Gate
龙门飞甲
Yu Huatian / Wind Blade
2012 Qian Xuesen
钱学森
Qian Xuesen
2012 Full Circle
2012 Painted Skin: The Resurrection
画皮II
General Huo Xin[8]
2013 Angry Kid
2013 Choosing Love Short film
2013 Bends
2013 Young Detective Dee: Rise of the Sea Dragon
2015 Zhong Kui: Snow Girl and the Dark Crystal [9]

[10] [11]

TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Watak Catatan
2001 Love Story in Shanghai
像雾像雨又像风
Chen Zikun Nominated — China Television Arts for "Top Ten Best" Actors
2001 Traveller Story
旅人的故事
Fang
2001 Pink Ladies
粉红女郎
Romeo guest appearance
2001 Love in Sunshine
爱在阳光灿烂时
Ouyang Jun
2002 Only You
非你不可
Ke Lei Nominated — China Television Arts for "Top Ten Best" Actors
2002 The Noble Family
买办之家
Yu Zikun guest appearance
2003 The Story of a Noble Family
金粉世家
Jin Yanxi China Television Arts for "Top Ten Best" Actors
China Central Television Awards for Most Popular Actor
2003 Red Carpet, Black Dream
红色地毯黑色梦
Lan Hao
2003 Farewell Vancouver
别了,温哥华
Luo Yi Chunyan Award for Best Actor
2003 Shuang Xiangpao
双响炮
Xu Heng guest appearance
2004 Mingyang Hua Gu
名扬花鼓
Mingyang
2004 Chinese Story
中国故事
Xiaodong appeared in the segment Brother's Story (哥们的故事)
2004 Chang Jian Xiangsi
长剑相思
Yan Zhuiyun
2005 Tiandi Zhenqing
天地真情
Lin Shijie guest appearance
2005 Eager for True Love
渴望一份真爱的感觉
Hu An television film
2005 Fengyu Xiguan
风雨西关
Liang Jinkun
2005 Hero of the Year
好想好想谈恋爱
Lu Kun guest appearance
2006 The Conquest
爭霸
Fan Li
2007 Zhu Jia Huayuan
朱家花園
Li Bowen
2008 Qing Zheng Jinsheng
情证今生
Zhou Hao
2008 C'est La Vie, Mon Chéri
新不了情
Cheung Siu-kit
2009 Remembrance of Dreams Past
故梦
Lu Tian'en

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Osmosis (2004)
  • To Come True Again (2006)
  • Mystery&Me (2009)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Celebrities chime in on MH370 drama.
  2. ^ Missing Malaysia Airlines Flight MH370: Opposition leader Anwar Ibrahim says government is concealing information
  3. ^ Anwar guna media antarabangsa capai kepentingan diri - Khairy
  4. ^ In epic MH370 hunt, experts say cost could exceed RM130.9m
  5. ^ MH370 fallout may dent Malaysia’s economy. CNBC
  6. ^ Beijing Review Volume 52 2009 p.42 "Ten years ago, while still a student in the Beijing Film Academy, Chen Kun was selected to play Nie Er, composer of the People's Republic's national anthem, in a tribute film. He said the experience of playing again in a tribute film benefited ..."
  7. ^ 厂花?男神?陈坤!
  8. ^ (Cina)陈坤曝《画皮Ⅱ》角色人妖难辨 冯绍峰玩性感
  9. ^ "http://www.filmbiz.asia/news/3-d-fantasy-zhong-kui-starts-china-shoot". Dicapai pada 2014-02-15.  Pautan luar dalam |title= (bantuan)
  10. ^ "Brief Introduction of Chen Kun". ichenkun.com. Dicapai pada April 14, 2010. 
  11. ^ "Chen Kun Profile". ichenkun.com. Dicapai pada December 21, 2009. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Hundred Flowers Award Best Actor