Cosplay

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Seorang pemudi mengenakan kostum watak Kongo dari siri Kantai Collection semasa acara Animax Carnival 2015 di Kuala Lumpur, Malaysia

Cosplay (コスプレ kosupure, kependekan istilah Bahasa Inggeris: costume play - "pertunjukan kostum") adalah suatu jenis persembahan seni di mana peserta mengenakan kostum dan aksesori yang bersesuaian agar menyerupai watak sesebuah cerita rekaan atau idea tertentu. Watak-watak cereka yang sering menjadi sasaran dari pengkaryaan cereka di Jepun seperti manga, anime dan tokusatsu; namun kecenderungan kini tirut termasuk kartun Amerika dan cereka sains lain merangkumi media buku komik, novel grafik, permainan video, hentai dan fantasi wayang. Setiap entiti dari maya nyata atau dunia yang sesuai untuk tafsiran dramatik boleh diambil sebagai subjek.

Sesuatu yang tidak biasa dilihat ialah crossplay iaitu pelaraman sebagai watak yang berlainan jantina (yakni, seorang perempuan berkostum sebagai watak lelaki dan sebaliknya).

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Istilah cosplay adalah kependekan daripada gabungan perkataan Inggeris costume play (pakaian beragam). Istilah ini direka oleh Nobuyuki Takahashi dari Studio Hard Jepun semasa menghadiri Konvensyen Dunia Fiksyen Sains Los Angeles 1984.[1] Beliau tertarik dengan suasana dewan dan peminat yang berpakaian beragam lalu melaporkan mengenainya dalam majalah fiksyen sains Jepun. Penciptaan istilah ini mencerminkan cara kependekan Jepun di mana dua mora yang pertama bagi sepasang perkataan digunakan untuk membentuk perkataan majmuk bebas. Costume (pakaian) menjadi kosu (コス), manakala play (permainan) menjadi pure (プレ).

Sejarah perkembangan[sunting | sunting sumber]

Kelompok yang meminati cerita dan filem cereka sains di Amerika Syarikat sering mengadakan acara berbentuk persidangan (konvensyen/konvensi) yang meraikan karya-karya ini di mana ada peserta sidang mengenakan kostum seperti yang dikenakan watak-watak filem dalam genre tersebut seperti Star Trek. Budaya Amerika Syarikat sejak dulu mengenal bentuk-bentuk pesta topeng (masquerade) seperti dalam perayaan Halloween dan Paskah.[2] Tradisi penyelenggaraan sidang cereka sains sampai ke Jepun pada dekade 1970-an dalam bentuk acara peragaan kostum (costume show).[3]

Di Jepun, peragaan "cosplay" pertama kali dilangsungkan tahun 1978 di Ashinoko, Prefektur Kanagawa dalam bentuk pesta topeng sidang cereka sains Nihon SF Taikai ke-17. Kritikus cereka sains Mari Kotani menghadiri sidang dengan mengenakan kostum seperti watak dalam gambar sampul cerita A Fighting Man of Mars karya Edgar Rice Burroughs. Tidak hanya Mari Kotani menghadiri Nihon SF Taikai sambil ber-cosplay. Direktur perusahaan animasi Gainax, Yasuhiro Takeda memakai kostum watak Star Wars.[3] Pada waktu itu, peserta sidang menyangka Mari Kotani mengenakan kostum watak manga Triton of the Sea karya Osamu Tezuka. Kotani sendiri tidak berusaha keras membantahnya, sehingga media massa sering menulis kostum Triton of the Sea sebagai kostum cosplay pertama yang dikenakan di Jepun. Selanjutnya, pertandingan cosplay dijadikan acara tetap sejak Nihon SF Taikai ke-19 tahun 1980. Peserta mengenakan kostum Superman, Atom Boy, serta watak dalam Toki o Kakeru Shōjo dan filem Virus.[4] Selain di Comic Market, acara cosplay menjadi semakin sering diadakan dalam acara pameran dōjinshi dan pertemuan penggemar cereka sains di Jepun.

Majalah anime di Jepun sedikit demi sedikit mula memuat berita tentang acara pelaraman begini di pameran dan penjualan terbitan dōjinshi. Liputan besar-besaran pertama kali dilakukan majalah Fanroad edisi perdana bulan Ogos 1980. Edisi tersebut memuat berita khusus tentang munculnya kelompok anak muda yang disebut "Tominoko-zoku" ber-cosplay di kawasan Harajuku dengan mengenakan kostum baju bergerak Gundam. Kelompok "Tominoko-zoku" dikhabarkan muncul sebagai tandingan bagi Takenoko-zoku (kelompok anak muda berpakaian aneh yang waktu itu meramaikan kawasan Harajuku). Istilah "Tominoko-zoku" diambil dari nama sutradara filem animasi Gundam, Yoshiyuki Tomino, dan sekaligus merupakan parodi dari istilah Takenoko-zoku. Foto peserta cosplay yang menari-nari sambil mengenakan kostum robot Gundam juga ikut dimuat. Walaupun sebenarnya artikel tentang Tominoko-zoku hanya dimaksudkan untuk mencari sensasi, artikel tersebut berhasil menjadikan "cosplay" sebagai istilah umum di kalangan penggemar anime.

Sebelum istilah cosplay digunakan oleh media massa elektronik, pembantu penyiar Minky Yasu sudah sering melakukan cosplay. Kostum watak Minky Momo sering dikenakan Minky Yasu dalam program temu darat mami no RADI-karu communication yang disiarkan antara lain oleh Radio Tōkai sejak tahun 1984. Selanjutnya, program radio yang sama mulai mengadakan pertandingan cosplay. Dari tahun 1989 hingga 1995, di tv asahi ditayangkan ranking kostum cosplay yang sedang populer dalam acara Hanakin Data Land.

Sekitar tahun 1985, hobi cosplay semakin meluas di Jepun karena cosplay telah menjadi sesuatu hal yang mudah dilakukan. Pada waktu itu kebetulan watak Captain Tsubasa sedang masyhur sehingga orang sudah bisa "ber-cosplay" memakai pemain watak-watak siri itu. Kegiatan cosplay dikabarkan mulai menjadi kegiatan berkelompok sejak tahun 1986. Sejak itu pula mulai bermunculan jurugambar amatur (disebut kamera-kozō) yang senang mendokumentasikan kegiatan peragaan sebegini.[5]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Acara cosplay di Iskandar Puteri, Johor, Malaysia.

Secara umum kesemua cosplay dinilai sama sahaja pelaksanaannya, namun ada pembahagian yang tidak rasmi dalam penilaian meneliti ini mengikut sumber karya yang dipilih sebagai contoh peragaan[perlu rujukan]:

  • anime/manga - namun komik luar Jepun seperti manhwa dan novel grafik boleh dirangkumkan sebegini.
  • permainan video - memeraga sebagai watak-watak dalam permainan
  • tokusatsu.
  • Gothic. - bersumberkan watak bernuansa gelap atau Gothic, ia biasanya digabung dengan fesyen Lolita.
  • Cosplay Original. Cosplay yang benar-benar original tidak ada di anime, tokusatsu dan lainnya. Atau memiliki dasar yang sama seperti tokoh game Kingdom heart misalnya: Sora (Kingdom Heart) tetapi berbentuk metalic (modern)
  • Harajuku Style
  • Cosplay Dongeng - diangkat dari watak heroik mahupun dongeng setempat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nobuyuki (Nov) Takahashi « YeinJee's Asian Blog: The Origin of the word cosplay
  2. ^ Horibuchi, Seiji (2006). Moeru Amerika: Beikokujin wa ikani shite MANGA o yomu yōni nattaka. Nikkei BP-sha. m/s. 234. ISBN 4-8222-4528-4. Parameter |month= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  3. ^ a b Takeda, Yasuhiro (2002). No-tenki tsushin: Evangelion o tsukutta otokotachi. Wani Books. m/s. 102. ISBN 4-8470-1407-3. Parameter |month= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  4. ^ Komatsu, Sakyō (1982). Komatsu Sakyō no SF Seminar. Shūeisha-Shūeisha Bunko. m/s. 31. Parameter |month= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  5. ^ Okada, Toshio (1998). "Dai-10-kō Kosupure-shi". Kokusai Otaku Daigaku: 1998-nen saizensen kara no kenkyū hōkoku (1998 International Otaku University otakuology annual). Kobunsha. halaman 228–232. ISBN 4-3349-7182-2. Parameter |month= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)