Chula Rajamontri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chula Rajamontri
Syeikhul Islam
Thailand
Penyandang
Arun Bunchom
Majlis Islam Pusat Thailand
Bidang kuasaThailand Edit the value on Wikidata
InstitusiMajlis Islam Pusat Thailand Edit the value on Wikidata
Dilantik olehRaja Thailand
Dibentuk1602; 422 tahun yang lalu (1602)
Pemegang pertamaAhmad Qomi
Nama tidak rasmiSyeikhul Islam Thailand
Mufti Thailand
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Chula Rajamontri[1] (Bahasa Thai: จุฬาราชมนตรี; dieja juga dengan Chularatchamontri) atau Syeikhul Islam Thailand ialah jawatan pemimpin hal ehwal Islam di Thailand. Ia merupakan jawatan bagi seorang Muslim yang memberi nasihat mengenai hal-hal Islam kepada kerajaan Thailand, terutamanya kepada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kebudayaan. Ia mempunyai sejarah yang panjang sejak zaman feudal Ayutthaya hingga kini.[2]

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Era demokrasi moden[sunting | sunting sumber]

Selepas perubahan sistem pemerintahan Thailand, kedudukan Chula Rajamontri telah berubah daripada sebuah jawatan yang dilantik oleh Raja dan disandang oleh keturunan Syeikh Ahmad yang sentiasa beraliran Syiah, bertukar kepada sebuah jawatan yang dipilih oleh perwakilan Majlis Islam Wilayah dan mereka yang dipilih adalah Muslim yang beraliran Sunni, yang menjadi pegangan majoriti umat Islam di Thailand.[3]

Semasa pentadbiran Perdana Menteri Pridi Banomyong, jawatan Chula Rajamontri telah dihidupkan semula pada 1945 dengan menjadi penasihat kerajaan kepada Raja dalam hal ehwal agama Islam. Pada 1948, pentadbiran Perdana Menteri Plaek Phibunsongkhram menukar peranan Chula Rajamontri menjadi penasihat Jabatan Hal Ehwal Agama di Kementerian Pendidikan. Walau bagaimanapun, selepas penggubalan Akta Pentadbiran Pertubuhan Islam 1997, dinyatakan dalam undang-undang tersebut bahawa Chula Rajamontri ialah pemimpin hal ehwal Islam di Thailand, yang mempunyai peranan berikut:

  • Memberi nasihat dan pendapat kepada kerajaan berkenaan agama Islam.
  • Melantik pakar-pakar yang berkelayakan untuk memberi nasihat tentang hukum agama Islam.
  • Mengumumkan keputusan melihat anak bulan untuk menentukan hari keagamaan yang penting.
  • Mengeluarkan pengumuman berhubung keputusan (fatwa) mengikut hukum Islam.
  • Menjadi pengerusi jawatankuasa penganjur sambutan Maulid peringkat negara di Thailand

Daripada undang-undang ini juga telah ditubuhkan Majlis Pusat Islam Thailand, yang terdiri daripada Chula Rajamontri sebagai yang dipertua dan dianggotai oleh ahli jawatankuasa lain daripada wakil Majlis Islam Wilayah dan ahli jawatankuasa yang dicalonkan oleh Chula Rajamontri. Semua ahli jawatankuasa memainkan peranan dalam pentadbiran pertubuhan agama Islam, manakala Pejabat Chula Rajamontri (Pejabat Syeikhul Islam) turut ditempatkan dalam majlis tersebut.

Sejurus selepas penguatkuasaan undang-undang tersebut pada 1997, Prasert Mahamad, Chula Rajamontri ketika itu, meninggal dunia.[4] Sawasdi Sumalayasak, bekas Ahli Parlimen Bangkok telah dipilih untuk menjadi Chula Rajamontri seterusnya dan menjadi Chula Rajamontri pertama yang dipilih mengikut undang-undang tersebut.[5]

Senarai penjawat[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "PENGAJIAN ISLAM DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ISLAM DI SELATAN THAILAND: KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA KOLEJ PENGAJIAN ISLAM (CIS) DAN UNIVERSITI ISLAM YALA (YIU)" (PDF).
  2. ^ Haque, Marissa Grace; Nelmida, Nelmida; Putri, Vidiyanna Rizal; Sunarsi, Denok; Dewi, Rr Vemmi Kesuma (2019-08-01). ""Islam Datang dan Menetap di Thailand"". Didaktika: Jurnal Kependidikan (dalam bahasa Inggeris). 8 (3): 131–144. doi:10.58230/27454312.75. ISSN 2745-4312.
  3. ^ Imtiyaz Yusuf (Mac 2007). "Faces of Islam in Southern Thailand" (PDF). EAST-WEST CENTER WASHINGTON WORKING PAPERS.
  4. ^ "ASIANOW - Asiaweek". edition.cnn.com. Dicapai pada 2023-12-23.
  5. ^ "Muslim Leader Sawas Dies At 94". Thailand News, Travel & Forum - ASEAN NOW (dalam bahasa Inggeris). 2010-03-25. Dicapai pada 2023-12-23.