Islam di Thailand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Masjid Surat Thani

Agama Islam di Thailand dianuti lebih kurang 4 juta orang atau 6% penduduk negara itu.[1][2]. Kebanyakan orang Islam Thai beraliran Ahli Sunah Waljamaah walaupun terdapat juga penganut mazhab lain dari berbagai-bagai negara. [3][4]

Penempatan Dan Kedudukan[sunting | sunting sumber]

Sebahagian besar Umat Islam di Benua Islam Siam berasal dari Negeri Melayu Siam Islam diselatan di negara itu seperti Jala, Patani dan Menara.[5] Umat Islam yang lain terdapat di seluruh Tailand terutama di kota Bankok. Wilayah Setul yang bersempadan dengan Malaysia juga mempunyai ramai Muslim yang berbagai. Singgora juga terdapat ramai muslim yang terdiri dari suku dari jumlah penduduknya.

Selain itu terdapat komuniti islam di wilayah utara ; Cang Mai,Cang Rai,Lampang dan Mai Hong San yang terdiri dari etnik Cin Hau atau lebih dikenali sebagai Pantay Hui.terdapat juga ethnik Hmong muslim,Burma muslim serta Tai muslim sepanjang sempadan di Barat dan Utara ,Myanmar,China dan Laos.

Masyarakat Champa dan Khmer Muslim terdapat di sepanjang wilayah Timur seperti Surin,Buriram,Cantanburi,Sisaket dan Ratcanburi yang bersempadan dengan Kemboja.

Etnik Tai Muslim tinggal di Wilayah Tengah Tailand seperti Di Wilayah dataran Korat atau [Isan]].dan tumpuan besar di wilayah selatan seperti Ranung,Patalung,Gharibi,Singgora,Bukit,Li Gur serta Wilayah di kebayakkan bandar utama seluruh Tailand.

Etnisiti dan identiti[sunting | sunting sumber]

Masjid Baan Haw yang dibangunkan oleh orang Cina Islam

Penduduk Islam di Thailand terdiri daripada pelbagai bangsa, antara mereka pendatang dari China, Pakistan, Cambodia, Bangladesh, Malaysia, dan Indonesia, selain etnik Tai sendiri. Suku penuh Umat Islam di Benua Islam Siam merupakan bangsa Melayu yang menduduki kawasan selatan negara tersebut.


Muslim Berdasarkan Kaum[sunting | sunting sumber]

  1. Tengah Siam:2,587 000
  2. Selatan Siam:1,284 000
  3. Melayu Patani:1,035 000
  4. Melayu Siam:715 000
  5. Melayu Kedah:1 000
  6. Islam Burma:16 400
  7. Islam Tamil:1 700
  8. Benggali:34 000
  9. Champa:4 600
  10. Utara Khmir:28 900
  11. Tengah Khmir:1 280
  12. Ruhingya:4 000
  13. Hui Pantay:75 000
  14. Hmung:5 000
  15. Punjabi:62 000
  16. Muken:735
  17. Muklen:1 050
  18. Sinhala:2 130
  19. Urdu:7 200
  20. Lau Puan:2 070
  21. Han Min Nan:29 760
  22. Han Guandong:780
  23. Han Hai Nan:162
  24. Han Min Bei:280


[6]

Pribumi Thai[sunting | sunting sumber]

Masyarakat pribumi Tai yang beragama Islam tertumpu di kawasan tengah dan selatan negara tersebut. Salah satu suku Thlai Islam yang terkenal ialah bekas Panglima Besar Tentera Diraja Thai, Jeneral Sunti Bun Ya Rat Glin. Sunti mempunyai keturunan Farsi dan moyangnya, Syeikh Ahmad Qumi,[7][8] merupakan pemerintah Islam Kerajaan Ayutia Dan bergelar Narai dalam Bahasa Siam Islam Kedah.

Melayu Islam[sunting | sunting sumber]

Di hujung selatan negara itu, kebanyakan penduduknya ialah orang Melayu yang beragama Islam. Orang Melayu Islam merangkumi 80% jumlah penduduk di kawasan tersebut. Hal ini berlaku kerana kawasan ini pada masa dahulu merupakan sebahagian daripada Kerajaan Patani, sebuah Kerajaan Islam Melayu Siam yang wujud pada kurun ke-15 dan dijajah oleh Tai pada kurun ke-19.

Cina Islam[sunting | sunting sumber]

Umat Cina Islam di sebuah masjid di Ampu Pai, utara Tailand
Fail:Hau sui Nyua Fuing Fah.jpg
Hidangan Hau sui di sebuah restoran Cina Islam di Cang Mai

Tailand jua mempunyai penduduk Islam yang berketurunan Cina Hui terutama sekali di kawasan bandar bahagian utara negara itu.[9][10] Kebanyakan orang Muslimin Cina di negara itu tergolong dalam kumpulan yang dipanggil Cin Ho atau Hau dalam bahasa Tai. Namun bukan semua orang Cin Ho itu beragama Islam. Masyarakat Cin Ho merupakan golongan pendatang yang bersama mereka tradisi dan adat masyarakat Hui Islam di China. Salah satu masjid Cina yang terkenal ialah Masjid Ban Hau di Cang Mai.

Kumpulan etnik Islam yang lain[sunting | sunting sumber]

Terdapat golongan Rohingya di negara itu yang merupakan orang pelarian dari Myanmar. Masyarakat ini boleh dijumpai di khemah orang-orang pelarian, perkampungan nelayan dan pekan-pekan kecil berdekatan dengan persempadan Thailand dan Myanmar.

Selain itu, terdapat juga golongan Islam Cham yang berasal dari Kemboja. Mereka terdapat di kawasan persempadan Thailand dan Kemboja, Bangkok dan juga di bahagian selatan Thailand. Masyarakat Cham mula menetap di Thailand sekitar tahun 1700-an hingga 1800-an.[11]

Masyarakat Islam India, Pakistan dan Bangladesh juga terdapat di merata Thailand dan bekerja sebagai peniaga, usahawan dan juga buruh.

Menurut catatan seorang diplomat Farsi pada 1685, wujud masyarakat Syiah yang berpengaruh di kerajaan Siam pada masa itu. Hal ini dirakamkan oleh pengembara Perancis, Guy Tachard yang mengatakan bahawa persembahan-persembahan Ta'zieh (persembahan teater berunsur Syiah) mendapat dokongan daripada Raja Siam.[12]

Sambutan Maulidur Rasul[sunting | sunting sumber]

Di Bangkok, sambutan Maulidur Rasul atau Ngan Mawlid Klang (مولدالرسول) memberi peluang kepada umat Islam di situ untuk menonjolkan keunikan budaya dan gaya hidup mereka kepada masyarakat Tai yang lain. Selain hari untuk memperingati kelahiran Rasulullah s.a.w., Ngan Mawlid Klang juga merupakan hari di mana umat Islam Siam memperbaharui kesetiaan mereka kepada Raja.[13]

Tempat beribadah[sunting | sunting sumber]

Menurut tinjauan Pejabat Statistik Kebangsaan negara itu pada 2007, terdapat 3,494 buah masjid di Thailand, kebanyakannya di wilayah Patani. 99% masjid-masjid tersebut beraliran Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafi'i serta Hanafi.

Pentadbiran dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Chularatchamontri (จุฬาราชมนตรี) merupakan gelaran untuk Syihul Islam atau Mufti di Tailand. Gelaran ini pertama kali digunakan dalam Kerajaan Ayutia apabila Raja Songtam (1611–1628) melantik Syikh Ahmad untuk menyandangi jawatan ini. Menurut undang-undang di negara itu, Chularatchamontri dilantik oleh Raja atas nasihat Perdana Menteri. Beliau mempunyai kuasa atas segala urusan yang berkaitan dengan agama Islam di negara itu dan juga menjadi penasihat kepada kerajaan dan badan-badan pemerintah. Syikhul Islam Tailand yang terkini ialah Aziz Pitakumpun (อาซิส พิทักษ์คุมพล) [14]

Negara itu juga mempunyai sebuah Majlis Agama Islam atau Central Islamic Council of Tailand (مجلس الاءسلام الوسط تايلان) atau C.I.C.O.T. (กอท.), yang diterajui oleh lima orang ahli yang dilantik oleh Raja. Cu la rat ca mon tri atau Syeikhul Islam mengetuai majlis ini. Antara peranan majlis ini termasuk menasihati kerajaan dalam hal ihwal agama Islam, mengeluarkan sijil pengeluran makanan Halal, menguruskan hal ihwal Ibadah Haji dan Umrah juga memantau pembangunan Masjid dan Madrasah di nusa tersebut.

Tailand mempunyai beberapa ratus Madrasah yang menawarkan pendidikan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Selain itu, terdapat juga Pertubuhan Muamalah Islam seperti Bank Islam Tailand.



Muslimin(%)mengikut wilayah[sunting | sunting sumber]

  1. Patani(88%)
  2. Menara(85%)
  3. Jala(75%)
  4. Setul(68%)
  5. Singgora(45%)
  6. Bunga(40%)
  7. Garibi(33%)
  8. Terang(25%)
  9. Bukit(20%)
  10. Pataya(16%)
  11. Bedelung(12%)
  12. Ranung(10%)
  13. Ligur(7%)
  14. Bankok(5%)
  15. Surat Tani(2%)
  16. Cumpon(1%)
  17. Cang Mai(1%)
  18. Cang Rai(0.8%)
  19. Mai Hung San(0.5%)
  20. Lampang(0.2%)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The World Factbook". Cia.gov. Dicapai pada 2 Disember 2013.
  2. ^ "Global Religious Landscape Table - Number of Population- Pew Forum on Religion & Public Life". Features.pewforum.org. 18 Disember 2012. Dicapai pada 2 Disember 2013.
  3. ^ [1] Diarkibkan 31 Disember 2010 di Wayback Machine
  4. ^ "thai2arab.com". thai2arab.com. Dicapai pada 2 Disember 2013.
  5. ^ "Muslim in Thailand". Dicapai pada 2 November 2012.
  6. ^ "Thailand". Lcweb2.loc.gov. Dicapai pada 2 Disember 2013.
  7. ^ "ŕ¸Šŕ¸ľŕ¸§ŕ¸´ŕ¸•ŕš ŕ¸Ľŕ¸°ŕ¸œŕ¸Ľŕ¸‡ŕ¸˛ŕ¸™ŕ¸šŕ¸´ŕšŠŕ¸ ŕ¸šŕ¸ąŕ¸‡ : ŕ¸‚ŕšˆŕ¸˛ŕ¸§ŕ¸ ŕ¸˛ŕ¸Łŕš€ŕ¸Ąŕ¸ˇŕ¸ŕ¸‡". Tnews.teenee.com. Dicapai pada 2 Disember 2013.
  8. ^ "Siam Media News - ÊÂÒÁÁÕà´ÕÂ ¹ÔÇÊì". Siammedia.org. Dicapai pada 2 Disember 2013.
  9. ^ [2] Diarkibkan 20 Februari 2012 di Wayback Machine
  10. ^ Melvin Ember; Carol R. Ember; Ian Skoggard (30 November 2004). Encyclopedia of Diasporas: Immigrant and Refugee Cultures Around the World. Volume I: Overviews and Topics; Volume II: Diaspora Communities. Springer Science & Business Media. m/s. 121–. ISBN 978-0-306-48321-9.
  11. ^ Rajeswary Ampalavanar Brown (1 Oktober 2013). Islam in Modern Thailand: Faith, Philanthropy and Politics. Taylor & Francis. m/s. 19–. ISBN 978-1-134-58396-6.
  12. ^ [3] Diarkibkan 14 Mei 2009 di Wayback Machine
  13. ^ http://malaysiandigest.com/opinion/484043-celebrating-mawlid-maulidur-rasul.html
  14. ^ Pejabat Sheikhul Islam Thailand

Pautan luar[sunting | sunting sumber]