Plaek Phibunsongkhram

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Plaek Phibunsongkhram

แปลก พิบูลสงคราม
PPS 2.JPG
Plaek di New York, tahun 1955
Perdana Menteri Thailand
Dalam jawatan
8 April 1948 – 16 September 1957
RajaBhumibol Adulyadej
Timbalan
Didahului olehKhuang Aphaiwong
Digantikan olehPote Sarasin
Dalam jawatan
16 December 1938 – 1 August 1944
RajaAnanda Mahidol
Timbalan
Didahului olehPhraya Phahonphonphayuhasena
Digantikan olehKhuang Aphaiwong
Menteri Pertahanan Thailand
Dalam jawatan
28 Jun 1949 – 26 Februari 1957
Perdana Menteridiri sendiri
Didahului olehSuk Chatnakrob
Digantikan olehSarit Thanarat
Dalam jawatan
22 September 1934 – 15 November 1943
Perdana MenteriPhot Phahonyothin
diri sendiri
Didahului olehPhot Phahonyothin
Digantikan olehPhichit Kriangsakphichit
Menteri Ehwal Luar Negeri Thailand
Dalam jawatan
15 Disember 1941 – 19 Jun 1942
Perdana Menteridiri sendiri
Didahului olehDirek Jayanama
Digantikan olehLuang Wichitwathakan
Menteri Pertanian dan Kooperasi Thailand
Dalam jawatan
12 September 1957 – 16 September 1957
Perdana Menteridiri sendiri
Didahului olehSiri Siriyothin
Digantikan olehWiboon Thammaboot
Menteri Kebudayaan Thailand
Dalam jawatan
12 September 1957 – 16 September 1957
Perdana Menteridiri sendiri
Didahului olehjawatan ditubuhkan
Digantikan olehPisan Sunavinvivat
Menteri Perdagangan Thailand
Dalam jawatan
4 Februari 1954 – 23 Mac 1954
Perdana Menteridiri sendiri
Didahului olehBoonkerd Sutantanon
Digantikan olehSiri Siriyothin
Menteri Kewangan Thailand
Dalam jawatan
13 Oktober 1949 – 18 Julai 1950
Perdana Menteridiri sendiri
Didahului olehPutera Vivatchai Chaiyant
Digantikan olehChom Jamornmarn
Menteri Dalam Negeri Thailand
Dalam jawatan
13 October 1949 – 18 July 1950
Perdana Menteridiri sendiri
Didahului olehThawan Thamrongnawasawat
Digantikan olehChuang Kwancherd
Menteri Pendidikan Thailand
Dalam jawatan
1942–1942
Perdana Menterihimself
Didahului olehSindhu Kamolnavin
Digantikan olehPrayun Phamonmontri
Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Diraja Thai
Dalam jawatan
13 November 1940 – 24 November 1943
Didahului olehposition established
Digantikan olehSarit Thanarat
Commander in Chief of the Royal Thai Army
Dalam jawatan
4 Januari 1938 – 5 Ogos 1944
Didahului olehPhraya Phahonphonphayuhasena
Digantikan olehPhichit Kriangsakphichit
Butiran peribadi
LahirPlaek Khittasangkha
(1897-07-14)14 Julai 1897
Mueang Nonthaburi, Nonthaburi, Siam
Meninggal dunia11 Jun 1964(1964-06-11) (umur 66)
Sagamihara, Prefektur Kanagawa, Japan
KerakyatanThailand
Parti politikParto Seri Manangkhasila (1955–57)
Sekutu gabungan
politik lain
Khana Ratsadon (1927–54)
PasanganLa-iad Bhandhukravi
Anak-anak6, including Nitya
Tandatangan
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Siam
Thailand Thailand
Perkhidmatan/
cawangan
Royal Thai Army
Emblem of the Royal Thai Armed Forces HQ.svgRoyal Armed Forces
Tahun perkhidmatan1914–1957
PangkatRTA OF-10 (Field Marshal).svg Field Marshal
RTN OF-10 (Admiral of the Fleet).svg Admiral of the Fleet
RTAF OF-10 (Marshal of the Royal Thai Air Force).svg Marshal of the Air Force
PerkhidmatanSupreme Commander
Pertempuran

Plaek Phibunsongkhram (Bahasa Thai: แปลก พิบูลสงคราม, nama lahir: Plaek Khittasangkha แปลก ขีตตะสังคะ, 14 Julai 1897 - 11 Jun 1964) adalah seorang pegawai tentera dan ahli politik Thailand yang bertugas sebagai Perdana Menteri dan diktator negara tersebut dari tahun 1938 hingga 1944 dan 1948 hingga 1957; beliau Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat sepanjang sejarah negara itu selama 15 tahun dan satu bulan.

Beliau merupakan antara pemimpin revolusi tahun 1932 yang mengubah Thailand dari kerajaan mutlak kepada sistem kerajaan berperlembagaan serta menganggotai sayap tentera dalam Khana Ratsadon, parti politik pertama di Thailand, serta . Beliau menjadi Perdana Menteri Thailand yang ketiga pada tahun 1938 selaku Panglima Tentera Diraja Siam di mana beliau melaksanakan beberapa dasar pemodenan nasionalis hampir fasis serta menyekutukan negaranya dengan Jepun saat bergolak Perang Dunia Kedua. Beliau digulingkan dari jawatannya oleh Perhimpunan Kebangsaan pada tahun 1944.

Beliau kembali berkuasa dalam rampasan kuasa 1947 di mana kerajaan pimpinannya mengugurkan sokongan fasismenya dan memihak kepada kuasa anti-komunis dalam Perang Dingin. Tempoh ini amat tidak stabil akbat percubaan menggulingkan kuasa yang berlaku sebanyak beberapa kali pada tahun 1948, 1949 dan 1951. Beliau akhirnya digulingkan pada tahun 1957 dan membuang diri ke Jepun di mana dia meninggal pada tahun 1964.

Awal hidup dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Plaek Khittasangkha lahir pada 14 Julai 1897 di Mueang Nonthaburi, Provinsi Nonthaburi di Kerajaan Siam kepada Keed Khittasangkha dan isterinya[1] yang memiliki sebuah dusun durian; beliau mendapat namanya kerana kerana penampilannya yang tidak biasa semasa kecil Datuk sebelah bapanya dikatakan berketurunan Cina Kantonis. Namun, keluarganya mengasimilasikan diri dalam budaya adat Thai, malah Plaek juga tidak menunjukkan ciri-ciri yang dianggap khas dari etnik Cina,[2] lalu mampu menyembunyikan diri menidakkan keturunan Tionghuanya.[3]

Plaek Khittasangkha belajar di sekolah kuil Buddha, kemudian dilantik ke Akademi Tentera Diraja Chulachomklao. Beliau lulus pada tahun 1914 dan ditugaskan sebagai leftenan kedua dalam bahagian artileri. Selepas Perang Dunia Pertama, belau dihantar ke Perancis untuk mempelajari taktik senjata api. Pada tahun 1928, beliau naik pangkat dengan kurniaan gelaran mulia Luang kurniaan Raja Prajadhipok seterusnya diberi nama penuh Luang Phibunsongkhram (หลวงพิบูลสงคราม),[4] gelaran inilah yang dijadikan nama keluarga beliau.

Pemerintahan pertama[sunting | sunting sumber]

Dasar-dasar diperintahkan[sunting | sunting sumber]

Pemerintahan kedua[sunting | sunting sumber]

Pembuangan di Jepun[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (dalam bahasa Thai) ผู้นำทางการเมืองไทยกับสงครามโลกครั้งที่ 2[df]: จอมพล ป.พิบูลสงคราม และ ปรีดี พนมยงค์ Diarkibkan 27 Jun 2008 di Wayback Machine
  2. ^ Batson, Benjamin Arthur; Shimizu, Hajime (1990). The Tragedy of Wanit: A Japanese Account of Wartime Thai Politics. University of Singapore Press. m/s. 64. ISBN 9971622467. Dicapai pada 29 September 2018.
  3. ^ Ansil Ramsay (2001). Grant H. Cornwell; Eve Walsh Stoddard (penyunting). The Chinese in Thailand: Ethnicity, Power and Cultural Opportunity Structures. Global Multiculturalism: Comparative Perspectives on Ethnicity, Race, and Nation. Rowman & Littlefield. m/s. 63.
  4. ^ "พระราชทานบรรดาศักดิ์" (PDF) (dalam bahasa Thai). ราชกิจจานุเบกษา (Warta Kerajaan Negara Thai). 20 Mei 1928/24 Persepakom 2471 (tkwm Thai).CS1 maint: postscript (link) m/s. 580

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]