Pergi ke kandungan

Dagestan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.



Dagestan
Республика Дагестан (Rusia)
Дагъистан Республика (Avar)

Lokasi Republik Dagestan di Rusia
Jata Bendera

Jata Republik Dagestan

Bendera Republik Dagestan
Lagu:
Pusat pentadbiran Makhachkala
Tahun diwujudkan 1921
Status politik
Daerah persekutuan
Rantau ekonomi
Republik
Selatan
Kaukasus Utara
Kod 05
Kawasan
Kawasan
- Tangga
50,300 km²
ke-55
Populasi (mengikut Bancian 2002)
Populasi
- Tangga
- Kepadatan
- Bandar
- Luar bandar
2,576,531 penduduk
ke-13
51.2 penduduk  / km²
tidak diketahui
tidak diketahui
Bahasa kebangsaan Rusia, Avar, Lezgin, Kumyk, Lak, Dargin
Kerajaan
Ketua Sergey Melikov
Ketua KerajaanSergey Melikov
Badan perundangan Himpunan Rakyat
Perlembagaan Perlembagaan Republik Dagestan
Laman web rasmi
http://www.e-dag.ru/
Peta Dagestan

Dagestan (/ˌdæɡɪˈstæn/ or /ˌdæɡɪˈstɑːn/; Russia: Дагеста́н), atau secara rasminya Republik Dagestan (Russia: Респу́блика Дагеста́н), adalah sebuah republik di Wilayah Kaukasus Utara, Kesatuan Russia. Ibu negerinya yang juga merupakan bandar terbesar di Dagestan adalah Makhachkala, yang terletak di tepi Laut Kaspia.

Dagestan bermaksud Tanah Pergunungan, yang berasal daripada gabungan bahasa Turki dan bahasa Parsi - dağ (Turki) yang bermaksud gunung, dan stan (Parsi) yang bermakna tanah.

Dagestan adalah republik terbesar di Kaukasus Utara dengan lebih 30 bahasa pertuturan dan lebih 80 kumpulan etnik. Faktor utama kepelbagaian etnik di Dagestan adalah keberasingan lembah dan lokasinya di tengah-tengah persimpangan di antara Asia, Eropah dan Asia Tengah.

Maksud nama Dagestan adalah Tanah Pergunungan, yang berasal daripada gabungan bahasa Turki dan Parsi - dağ (Turki) yang bermaksud gunung, dan stan (Parsi) yang bermakna tanah.

Demografi Penduduk

[sunting | sunting sumber]

Penduduk Dagestan dianggarkan seramai 3,063,885 orang. Penduduk paling ramai berada 3 buah bandar iaitu Makhachkala (596,356 orang), diikuti Khasavyurt (141,259 orang) dan Derbent (123,720 orang).

Kota tertua di Rusia, Derbent, terletak di Dagestan. Dagestan menjadi sebuah republik moden milik Persekutuan Rusia pada tahun 1921. Pemimpin kaum Muslim yang terkenal Imam Syamil berasal dari Dagestan. Beliau berasal daripada etnik Avar.

Pada 1999, sebuah kumpulan fundamentalis Muslim dari Chechnya di bawah pimpinan Shamil Basayev, bersama dengan kaum Muslim tempatan, melancarkan pemberontakan di Dagestan, namun gagal. Peristiwa tersebut menegaskan tekad Rusia untuk menyerang Chechnya pada tahun yang sama.

Muslim pertama di wilayah Rusia terkini adalah masyarakat Dagestani di (kawasan Derbent) selepas pentaklukan Arab (abad ke-8)[1].

Dianggarkan 90.4% penduduk Dagestan memeluk agama Islam Mazhab Syafii manakala selebihnya terdiri daripada Gereja Ortodoks Russia, Kaukasia, Atheis dan sebagainya. Seperti kebanyakan wilayah Kaukasus lainnya, kaum Islam pribumi Dagestan berupa perintah Sufi yang telah ada berabad-abad silam. Syeikh Ahmad Afandi Abdulaev adalah seorang tokoh, Mufti, murshid tarekat Naqsyabandi dan Shazili di Dagestan[2].

Pada era 1990-an, jumlah percetakan risalah Islam telah meningkat. Antaranya ialah beberapa buah majalah dalam bahasa Rusia, "Ислам" (transliteration: Islam), "Эхо Кавказа" (Ekho Kavkaza) dan "Исламский вестник" (Islamsky Vestnik), dan beberapa suratkhabar berbahasa Rusia seperti "Ассалам" (Assalam), dan "Нуруль Ислам" (Nurul Islam), yang diterbit di Makhachkala, Dagestan.

Ketua Depublic Dagestan adalah Sergey Melikov yang dilantik secara rasmi oleh Himpunan Rakyat Republik Dagestan pada 5 Oktober 2020, setelah memangku jawatan ini mulai 14 Oktober 2021.

Dagestan adalah wilayah yang kaya dengan minyak, gas, arang batu dan pelbagai mineral lain. Sungai-sungainya digunakan untuk menjana kuasa elektrik hidro.

Dagestan bersempadan dengan Republik Kalmykia di utara, Chechnya di barat, Republik Georgia di barat daya dan Azerbaijan di selatan. Laut Kaspia terletak di bahagian timur.

Terdapat lebih 1800 batang sungai di Dagestan. Sungai Terek adalah sungai utama di Kaukasus Utara, di mana ia bermula dari Georgia, melalui banjaran Kaukasus Besar dan banjaran Kokh, kemudian ke utara melalui Ossetia Utara dan bandar Vladikavkaz, memasuk Chechnya dan Dagestan sebelum berpecah dua sebelum memasuki Laut Kaspia. Sungai ini berfungsi sebagai pengairan dan penjana kuasa elektrik hidro.

Secara umumnya cuaca di Dagestan adalah kering dan panas pada musim panas dengan suhu purata 74.3°F (23.5°C), manakala pada musim sejuk, cuaca adalah sejuk dan kering dengan suhu purata 25.5°F (-3.6°C). Walau bagaimanapun, cuaca adalah lebih sejuk di bahagian pergunungan.

Purata hujan di kawasan pergunungan adalah 510–760 mm, manakala di bahagian utara yang lebih kering, purata hujan hanyalah sebanyak 200-250 mm sahaja.

Kelab bolasepak Anzhi Makhachkala adalah kelab terbesar di Dagestan. Pencapaian terbaik mereka adalah sebagai 16 pasukan terbaik sebanyak 2 kali dalam pertandingan Liga Eropah UEFA iaitu pada 2013 dan 2014.

Individu Terkenal

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


Templat:Cities and towns in Dagestan