Delta Nil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Koordinat: 30°54′N 31°7′E / 30.900°N 31.117°E / 30.900; 31.117

Fotograf satelit NASA Delta Nil yang diwarnabezakan.

Delta Nil (Bahasa Arab: دلتا النيل Delta an-Nīl) terletak di muara sungai Nil yang mengalir keluar ke Laut Tengah di Hilir Mesir.[1] Delta ini merupakan antara delta terbesar menjangkau jauh hilir dari Kaherah[2] meliputi kota Iskandariah di sebelah barat ke Port Said di sebelah timur sebanyak 240 kilometer sepanjang pesisiran[3] dan 160 km (99 bt) dari utara hingga selatan.

Kawasan ini merupakan kawasan pertanian penting di negara Mesir.[3] Sebanyak 39 juta orang menghuni kawasan delta ini dengan kepadatan mencecah lebih 1,000 orang per kilometer persegi; Iskandariah kota terbesar dengan kependudukan seramai 4.5 juta orang diikuti Shubra El Kheima, Port Said, El Mahalla El Kubra, Mansura, Tanta, dan Zagazig.[4]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Aliran[sunting | sunting sumber]

Catatan pada zaman purba seperti yang dilakukan Ptolemaeus menunjukkan delta ini pernah mempunyai 7 cabang atau alur delta bersejarah iaitu:[5]

Hanya cabang-cabang Phatnitik (kini alur Damietta) dan Bolbitine (kini Rasyid)[9] sahaja yang tertinggal dengan terkawalnya pembanjiran tahunan berikutan pembinaan empangan Aswan pada tahun 1950-an.

Flora dan fauna[sunting | sunting sumber]

Bunga teratai tumbuh di bahagian utara manakala rumput papirus tumbuh di bahagian selatan delta.[10]

Delta ini merupakan habitat semula jadi pelbagai jenis burung unggas termasuk burung bangau, burung kosa dan ibis. Terdapat juga pelbagai jenis katak, penyu, kura-kura dan biawak yang menghuni di situ. Ia pernah menjadi habitat utama buaya Nil dan badak air pada zaman-zaman bersejarah.

Petempatan[sunting | sunting sumber]

Delta ini menempatkan banyak kota-kota besar:

Large cities located in the Nile Delta:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dumont, Henri J. (2009-05-06). The Nile: Origin, Environments, Limnology and Human Use (dalam bahasa Inggeris). Springer Science & Business Media. m/s. 88. ISBN 978-1-4020-9726-3.
  2. ^ Zeidan, Bakenaz. (2006). The Nile Delta in a global vision. Sharm El-Sheikh.
  3. ^ a b Negm, Abdelazim M. (2017-05-25). The Nile Delta (dalam bahasa Inggeris). Springer. m/s. 36. ISBN 978-3-319-56124-0.
  4. ^ City Population website, citing Central Agency for Public Mobilisation and Statistics Egypt (web), accessed 11 April 1908.
  5. ^ John Cooper (30 September 2014). The Medieval Nile: Route, Navigation, and Landscape in Islamic Egypt. The American University in Cairo Press. m/s. 76. ISBN 978-977-416-614-3.
  6. ^ Wilson, Ian. The Exodus Enigma (1985), page 46. London: Weidenfeld & Nicolson.
  7. ^ e.g. at Callisthenes Alexander 1.31.
  8. ^ e.g. in Ptolemy, Geography.
  9. ^ Hayes, W. 'Most Ancient Egypt', p. 87, Journal of Near Eastern Studies, 23 (1964), 73–114.
  10. ^ "Cyperus papyrus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. Dicapai pada 14 September 2018.