Denazifikasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Para pekerja mengalih papan tanda daripada bekas "Jalan Adolf Hitler"

Denazifikasi atau Denazification (Bahasa Jerman: Entnazifizierung) adalah satu inisiatif Pihak Bersekutu bagi menghapuskan sisa-sisa ideologi Sosialis Nasional (Nazi) daripada masyarakat, budaya, media, ekonomi, kehakiman dan politik di Jerman dan Austria . Ia telah dilaksanakan khusus untuk menyingkirkan mereka yang terlibat dari kedudukan berpengaruh dan untuk membubarkan atau menyebabkan pertubuhan itu tidak mempunyai kuasa keatas mana-mana pihak. Program denazifikasi telah dimulakan selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua dan telah diperkukuhkan oleh Perjanjian Potsdam.

Terma denazifikasi buat pertama kali diperkenalkan sebagai istilah undang-undang pada tahun 1943 di Pentagon, bermaksud untuk digunakan dalam erti kata yang sempit dengan merujuk kepada sistem undang-undang Jerman selepas perang. Tidak lama kemudian, ia membawa makna yang lebih umum.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Taylor, Frederick (2011). Exorcising Hitler: The Occupation and Denazification of Germany. Bloomsbury Publishing. m/s. 253–4. ISBN 978-1408822128. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]