Malam Pisau Panjang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Malam Pisau Panjang (Night of the Long Knives) (Jerman: Mengenai audio ini Nacht der langen Messer ), kadangkala dikenali sebagai Operasi Hummingbird atau, di Jerman, Putsch Röhm (Ejaan Jerman: Röhm-Putsch), atau kadangkala dengan nada mengejek Reichsmordwoche,[1] adalah satu peristiwa penyingkiran yang berlaku di Jerman dari 30 Jun hingga 2 Julai, 1934, apabila rejim Nazi melaksanakan satu siri pembunuhan politik. Tokoh-tokoh utama daripada puak sayap kiri Strasserisme Parti Nazi (NSDAP), bersama dengan pemimpin bonekanya, iaitu Gregor Strasser, telah dibunuh, begitu juga pengikut-pengikut konservatif terkenal anti-Nazi (seperti bekas Canselor Kurt von Schleicher dan Gustav Ritter von Kahr, yang telah menyekat Beer Hall Putsch Adolf Hitler pada tahun 1923). Ramai daripada mereka yang terbunuh ialah para pemimpin Sturmabteilung (SA), iaitu pasukan separa tentera Brownshirts (Berseragam Coklat).

Hitler bertindak menentang SA dan pemimpinnya, Ernst Röhm, kerana beliau melihat kebebasan SA dan kecenderungan ahli-ahlinya untuk membuat keganasan jalanan sebagai satu ancaman terus kepada kuasa politik yang baru diperolehi. Hitler juga mahu menenteramkan pemimpin-pemimpin Reichswehr, iaitu tentera rasmi Jerman yang menakuti dan membenci SA-kerana cita-cita Röhm untuk menyerap Reichswehr ke dalam SA di bawah kepimpinannya sendiri. Selain itu, Hitler tidak selesa dengan sokongan lantang Röhm bagi mendapatkan "revolusi kedua" untuk mengagihkan semula kekayaan (dalam pandangan Röhm, Presiden Hindenburg melantik Hitler sebagai Canselor Jerman pada 30 Januari 1933 telah mencapai revolusi "kebangsaan" tetapi ada motif "sosialistik" yang tidak dipenuhi dalam Sosialisme Nasional). Akhir sekali, Hitler menggunakan operasi penyingkiran itu untuk menyerang atau menghapuskan pengkritik rejim barunya, terutama yang setia kepada Naib Canselor Franz von Papen, dan juga untuk menyelesaikan perhitungan dengan musuh-musuh lama.[a]

Sekurang-kurangnya 85 orang maut dalam operasi tersebut, walaupun angka kematian akhir mungkin bertambah beratus-ratus orang,[b][c] dan lebih daripada seribu orang penentang telah ditangkap.[2] Kebanyakan pembunuhan itu telah dilakukan oleh Schutzstaffel (SS) dan Gestapo (Geheime Staatspolizei), polis rahsia rejim. Operasi penyingkiran itu mengukuhkan sokongan Reichswehr kepada Hitler. Ia juga memberikan kekuatan undang-undang kepada rejim Nazi, kerana mahkamah dan kabinet Jerman dengan cepat mengenepikan larangan undang-undang selama berabad-abad terhadap pembunuhan tanpa kebenaran undang-undang untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada rejim. Malam Pisau Panjang merupakan titik perubahan bagi kerajaan Jerman. Ia menjadikan Hitler sebagai "hakim tertinggi rakyat Jerman," seperti yang dikatakan di dalam ucapannya pada 13 Julai 1934 kepada Reichstag.

Sebelum pelaksanaannya, perancang mereka kadang kala merujuknya sebagai Hummingbird (Bahasa Jerman:Kolibri), iaitu nama samaran yang digunakan untuk mengarah skuad pembunuh bertindak pada hari operasi penyingkiran tersebut.[3] Nama samaran untuk operasi itu telah dipilih secara sembarangan. Ungkapan "Malam Pisau Panjang" dalam bahasa Jerman wujud sebelum pembunuhan beramai-ramai itu sendiri dan secara amnya merujuk kepada tindakan membalas dendam. Jerman masih menggunakan istilah Röhm-Putsch untuk menggambarkan peristiwa pembunuhan itu, istilah yang diberikan oleh rejim Nazi, walaupun implikasi terbukti bahawa pembunuhan ini perlu untuk mengelakkan rampasan kuasa. Penulis Jerman sering menggunakan tanda petikan atau menulis tentang sogenannter Röhm-Putsch ("apa yang dipanggil Röhm Putsch") untuk penjelasan.[4]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Papen, nonetheless, remained in his position although people quite close to him were murdered.
  2. ^ "At least eighty-five people are known to have been summarily killed without any formal legal proceedings being taken against them. Göring alone had over a thousand people arrested." Evans 2005, halaman 39.
  3. ^ "The names of eighty-five victims [exist], only fifty of them SA men. Some estimates, however, put the total number killed at between 150 and 200." Kershaw 1999, halaman 517.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ferber, Christian (1996). Ein Buch könnte ich schreiben: die autobiographischen Skizzen Georg Seidels (1919–1992). Mit einem Nachwort von Erwin Wickert (dalam bahasa German). Göttingen: Wallstein Verlag. m/s. 68. ISBN 3-89244-227-4. Dicapai 7 August 2015. 
  2. ^ Evans 2005, m/s. 39.
  3. ^ Kershaw 1999, m/s. 515.
  4. ^ Röhm-Putsch.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Online[sunting | sunting sumber]

  • "Röhm-Putsch" (dalam bahasa German). Deutsches Historisches Museum (DHM), German Historical Museum. Dicapai 2012-05-15. 

Media[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]