Dendam Semalam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Dendam Semalam adalah merupakan sebuah drama yang berkisarkan tentang dendam yang disiarkan di TV melalui Slot Azalea. Dibintangi oleh Iqram Dinzly, Azwan Kombos, Nina Iskandar, Adiba Yunus dan ramai lagi. Drama ini disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4 petang dan siaran ulangannya pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 2 petang.

Dendam Semalam
GenreDrama
Dendam
Dibintangi oleh
Iqram Dinzly
Azwan Kombos
Nina Iskandar
Adiba Yunus
Fadlan Hazim
Esma Daniel
Kuza
Sasqia Dahuri
Arash Afnan
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod20 Episodes
Penerbitan
Tempoh siaranIsnin - Khamis, 4 petang
Isnin - Khamis, 2 petang (Ulangan)
Syarikat penerbitan
(MIG Production)
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Azalea)
Siaran asal24 Mac 201527 April 2015
Status13 Februari 201716 Mac 2017(Ulangan)

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan dendam seorang budak lelaki bernama Farizal (Iqram Dinzly) apabila mengetahui dirinya bukanlah anak kandung kepada keluarga berada. Rahsia terbongkar apabila Datuk Malik dan Datin Saerah memberi sepenuh perhatian kepada seseorang yang sebaya dengan dirinya.

Melihat perhatian yang berat sebelah itu, segala prasangka Farizal ternyata benar bahawa dirinya hanya anak angkat. Farizal menyimpan seribu dendam! Amirul (Azwan Kombos) merupakan anak sebenar kepada Datuk Malik dan Datin Saerah. Mengetahui dirinya sudah kurang diberi perhatian, Farizal merajuk lalu keluar dari rumah itu.

Sehingga meningkat dewasa, dendam di hati Farizal tidak pernah pudar. Farizal merencana ingin menghancurkan perniagaan Datuk Malik. Farizal berkahwin dengan anak perempuan Datuk Malik, Atikah (Adiba Yunus). Perkahwinannya bukan atas dasar cinta, namun kerana dendam semata-mata.

Demi melunaskan niat jahatnya, Farizal berusaha keras memajukan perniagaan ayah mertuanya itu. Ditambah lagi tiada tekanan dari Amirul. Kerana Amirul sendiri lebih gemar menghabiskan masa dengan hobinya yang suka melancong dan melukis.

Dalam diam, Farizal menaruh perasaan terhadap Linda. Namun, Farizal hanya bertepuk sebelah tangan apabila Linda hanya menganggapnya sebagai sahabat dan teman sepermainan ketika mereka sama-sama di rumah anak yatim suatu ketika dahulu.

Melihat keadaan Atikah yang sering dalam kemurungan dan kesedihan, Datin Saerah mulai curiga terhadap Farizal. Datin Saerah melaporkan hal tersebut kepada Amirul dan menasihati anaknya untuk menyelamatkan perniagaan mereka dari jatuh ke tangan Farizal.

Berjayakah Amirul mendapatkan kembali perniagaan keluarganya? Apakah tentangan dan ujian hebat yang diterimanya oleh Amirul dari niat jahat Farizal?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]