Iqram Dinzly

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Iqram Dinzly
KelahiranMuhammad Iqram Dinzly bin Muhammad Saipuddin
(1981-09-29) 29 September 1981 (umur 37)
Ipoh, Perak, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
Nama lainIQ Dinzly (sejak Februari 2019)
PendidikanJurusan Seni Persembahan
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam
PekerjaanPelakon, model, pengacara, penari
Tahun aktif2004–2018 (pengunduran selama tak terbatas dalam dunia hiburan)
Ketinggian172cm

Muhammad Iqram Dinzly bin Muhammad Saipuddin atau lebih dikenali sebagai Iqram Dinzly[1] (lahir 29 September 1981) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal menerusi lakonannya dalam siri drama Jelatang dan peranannya sebagai Karl dalam filem Evolusi KL Drift. Beliau juga berbakat dalam bidang peragawan, pengacaraan dan tarian.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Iqram Dinzly dilahirkan pada 29 September 1981 di Ipoh, Perak dan merupakan anak ketiga daripada empat beradik kepada pasangan Muhammad Saipuddin Ahmad Said dan Lailatol Akmar Mohamed Shaffie. Beliau telah menamatkan pengajian dalam jurusan Seni Persembahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Iqram memulakan kerjayanya dengan membuat kemunculan dalam sitkom Puteri lakonan Nora Danish yang bersiaran di TV3, beliau tidak menunggu lama untuk mengukuhkan nama dalam industri dengan memegang watak pembantu sebagau Amin dalam drama Dua Hati yang mana beliau bergandingan dengan Linda Rafar. Seterusnya, beliau memegang watak Darius dalam Dunia Baru, seorang pelagak yang akhirnya menjadi suami bertanggungjawab kepada Madihah lakonan Anne Ngasri.

Beliau pernah memenangi Bachelor With Not A Hair Out of Place anjuran Majalah CLEO pada tahun 2006. Selain berlakon, Iqram juga berbakat dalam bidang tarian. Beliau pernah bergiat aktif dalam satu pertubuhan tarian di UiTM iaitu Persatuan Anak Seni Kampus atau lebih dikenali sebagai "PESKA", yang merupakan salah satu persatuan yang teraktif di UiTM dalam memperjuangkan irama tradisional.

Selepas itu, beliau menganggotai kumpulan tarian PRISMA SENI untuk mempelbagaikan kemahiran dalam tarian yang mana persatuan tersebut lebih menonjolkan tarian kreatif dan moden. Kerjaya filem Iqram bermula pada 2007 dengan membintangi filem 1957: Hati Malaya arahan Shuhaimi Baba, beliau kembali menjayakan watak Darius dalam filem Dunia Baru The Movie, kemudian diikuti oleh peranan pembantu sebagai Karl dalam Evolusi KL Drift arahan Syamsul Yusof lakonan bersama Syamsul dan Farid Kamil.

Beliau kembali berlakon bersama Farid menerusi filem aksi fantasi cereka sains arahan Mamat Khalid, Apokalips X yang ditayangkan pada 3 April 2014, Dalam filem ini, beliau melakonkan watak sebagai Razor, ia kemudian diikuti oleh filem Lagenda Budak Setan 3: Kasyah - Legenda Berakhir arahan Sharad Sharan, yang ditayangkan pada September.[2]

Beliau kini dalam pengunduran selama tidak terbatas dalam dunia hiburan susulan kematian bapanya dan sebelum diisytihar muflis.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Di awal kemunculan beliau di kaca televisyen, beliau sering dikaitkan dengan rakan seperjuangan Anding Indrawani sebagai "Gay Boy" yang sedikit sebanyak merencatkan reputasi beliau sebagai bakat baru yang sedang meningkat naik di pertengahan 2000-an dahulu.[3] Tuduhan ini dinafikan sekeras-kerasnya kerana mereka berkawan baik.[perlu rujukan]

Setelah membawa diri ke Langkawi, beliau sekali lagi terpalit kontroversi kononnya mempersendakan agama dengan berserban ke kelab malam. Iqram menjelaskan beliau hanya berfesyen semata-mata kerana di pulau peranginan terkemuka itu di kala siang agak panas dan bahang tetapi agak dingin dan sejuk di waktu malam.[4]

Selepas kematian bapanya, Iqram mencetuskan kontroversi lagi dengan memuat naik video secara langsung beliau menari-nari di instagram tanpa sebarang motif. Netizen menggelarkannya "gila, depresi". Tetapi, Iqram mendapat sokongan kuat rakan-rakan artis yang mengenalinya secara peribadi dan mereka percaya Iqram berbuat begitu hanyalah untuk berekspresi semata-mata bukan untuk menarik perhatian media mahupun publisiti murahan.[5]

Pada Februari 2018, Iqram mengalami kerugian hampir RM15,000 selepas kediamannya di Damansara dimasuki pencuri, antara barangan yang hilang ialah komputer riba milik arwah bapanya. Malah laman Instagram beliau turut disekat dari capaian.[6]

Pada 15 Januari 2019, Iqram diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas beliau didapati gagal membayar cukai pendapatan sebanyak RM77,000. Perkara itu didedahkan oleh Iqram di laman Instagramnya. Beliau menerima notis tersebut daripada peguam LHDN di Mahkamah Majistret Ipoh pada tarikh sama, Iqram turut menjelaskan beliau berkemungkinan tidak akan kembali berlakon.[7][8][9]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2007 1957: Hati Malaya Ahmad Badawi Shuhaimi Baba Filem pertama, pelakon sampingan
2008 Dunia Baru The Movie Umar Darius Yeop Hitler Zami
Evolusi KL Drift Karl Syamsul Yusof
2009 Sifu & Tongga Ketua Mat Rempit Abdul Razak Mohaideen Kemunculan khas
2010 2 Hati 1 Jiwa
2011 Rasuk Arman S. Baldev Singh
2014 Apokalips X Razor Mamat Khalid
Lagenda Budak Setan 3: Kasyah Shan Sharad Sharan

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2006 Janji Diana The Series Ijoy RTM
Mentari Jingga Iqram Astro Ria
Dua Hati Amin TV3 Slot Lestary
2007-08 Dunia Baru Umar Darius
2007 Cinta Medik Fikri TV9
Mat Burger TV1
Izinku Pergi Khairul
Cinta Bulan Dan Mentari
Bukan Yang Pertama Habib
Ayah Shafiq
Graduan AJ
2008 Bella Zahar TV3 Slot Akasia
Enigma Khairul
2009 Rempit vs Impak Maksima Ijal Slot Aksi
La Dolce Amira Bakri Slot Lestary
2010 Na O Mei Arman Slot Akasia
Asmaradana Faris
Janji Kekasih Akmal TV3
Ayoub Ayoub
2011 Sakti Delima Putera Nurfirdaus
Laila Manja Azli
Puteri Aurora Beradu Haqimi
Terowong: Alam Lain Joe
Keimanan Cinta Azman TV9
Dewa Cintaku Iqbal TV3 Slot Akasia
Kasih Alia Qabil TV3 Slot Akasia
Vanila Coklat Kamal TV3
2012 Tanah Kubur Musim 3 Halim Astro Oasis Episod: "Rohnya Pulang"
Julia Sam TV3 Slot Akasia
Amukan Pocong Lan Becok
2013 Janji Shirah Fahmi
Surat Dari Langit Biru Zamri
Alam Maya [10] Airil TV9
2014 Lara Ameena Fauzan TV1
Bukan Kerana Aku Tak Cinta Aryan Astro Mustika HD
2015 Dendam Semalam Farizal TV3 Slot Azalea
Kalau Hati Ini Rama-Rama Iskandar TV1
Memori Cinta Suraya Rizal Astro Prima
Joni Togo Astro Prima Episod: "Misteri Dusun Durian"
Alaa Bib.. Mikail TV3 Slot Iris
2016 Cinta 11 Syarat Syahrie Astro Prima
Tanah Kubur (Musim 15) Malik Astro Oasis Episod: "Ghasb"
2000km ke Al-Haram Daniel TV1

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2008 Din Atau Dina Astro Ria
Anak Emak Iskandar TV2
Demi Masa Nazli TV3
2009 Novelis Babysitter Sadzli
2010 Catatan Kelmarin Rashdan
2011 Memoir Seorang Lelaki Hijjas TV3
Aku Untuk Siapa TV3
2012 Jodoh Kita Zainal TV1
2013 Derhaka Neraka Mazri
2014 Bila Biniku Gongxi TV3
Sandiwara Aiman
Jangan Ambil Nyawa Aku Malique HyppTV
2015 Meniti Cinta Starimost Iman Astro Ria
Lima Kali Cinta Rizuan TV3
2016 Pergilah Air Mata Ramadhan Azman TV9
Cinta 11 Syarat Raya Syahrie Astro Prima
Sepatu Tinggi Medina Indra HyppTV
2017 Miss Ustazah TV1
Dengan Lafaz Bismillah Johari TV2
Parut Affendi
Manja Azlan TV1
2018 Wanita Di Hujung Kuala Adam
2019 Titi Kayu Ali TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Gegar U (Musim ke-2) Dirinya sendiri/pengacara Astro Ria
Chopp! TV9
2012 Jalan-Jalan Cari Makan TV3
2013 Betul ke Bohong? (Musim 4) Artis jemputan Astro Warna
2014 Betul ke Bohong? (Musim 5) Artis jemputan Astro Warna

Iklan[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2005 Petronas Hari Raya 2005
2006 Mr. Potato (Gila Kentang)
2007 Hotlink

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2006 Bachelor With Not A Hair Out of Place anjuran majalah Cleo Tiada Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Iqram Dinzly Biodata dan Profil, Retrieved on 6 September 2011.
  2. ^ Mohd Al Qayum Azizi (23 September 2014). "Tiada Rasa Dalam 'Lagenda Budak Setan 3: Kasyah'". mSTAR Online. Dicapai 10 Mac 2017. 
  3. ^ "Saya bukan gay" Utusan Malaysia (1 Mei 2013). Diperoleh pada 2 Mei 2013.
  4. ^ Iqram Dinzly Mengaku Pergi Kelab Pakai Serban
  5. ^ SERAM ! Tengok iqram Dinzly menari ulik mayang dHarian. Dicapai pada 8 Februari 2018.
  6. ^ Aida Rismariza Kamaruddin (23 Februari 2018). "IG disekat, rumah dimasuki pencuri - Iqram Dinzly". Utusan Malaysia. Dicapai 23 Februari 2018. 
  7. ^ Sudirman Mohd Tahir (15 Januari 2019). "Iqram Dinzly diisytihar muflis". Harian Metro. Dicapai 16 Januari 2019. 
  8. ^ Feride Hikmet Atak (15 Januari 2019). "Diisytihar muflis: Silap saya sebab tak peka". Berita Harian. Dicapai 16 Januari 2019. 
  9. ^ Dennis Chua (15 Januari 2019). "#Showbiz: Iqram Dinzly declared bankrupt". New Straits Times. Dicapai 16 Januari 2019. 
  10. ^ "myMetro : Konflik Hidup Maya". Harian Metro. 4 September 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]