Fadlan Hazim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fadlan Hazim
KelahiranFadlan Hazim bin Anuwar
(1992-01-02) 2 Januari 1992 (umur 27)
Taman Melawati, Kuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan
Tahun aktif2010–kini
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal, dance
Syarikat rakaman
KRU Studios
Kegiatan berkaitan
V.I.P (2010 - 2012)[1]

Fadlan Hazim bin Anuwar (dilahirkan pada 2 Januari 1992) atau lebih dikenali sebagai Fadlan Hazim (Jawi: فضلن هزيم) merupakan pelakon dan penyanyi yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Fadlan juga merupakan bekas ahli kumpulan Versatility In Perfomance (V.I.P).[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Fadlan Hazim dilahirkan pada 2 Januari 1992 di Taman Melawati, Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan anak sulung daripada empat beradik.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum menceburi dalam bidang nyanyian mahupun lakonan, beliau terlebih dahulu menceburi bidang peragaan sejak berusia 16 tahun. Fadlan pernah menyertai Pertandingan Kacak Bergaya pada tahun 2010 anjuran Pancaindera, sisipan hiburan Utusan Malaysia dan merupakan peserta termuda dalam pertandingan itu.

Fadlan pernah menjadi ahli kumpulan V.I.P (Versatility In Performance) di bawah naungan KRU Talents pada Jun 2010.[3] Pada tahun 2012, beliau menarik diri daripada kumpulan V.I.P. akibat tiada keserasian.[1] Kini, Fadlan lebih menumpukan perhatian dalam bidang lakonan berbanding nyanyian.

Kerjaya Fadlan di layar lebar bermula pada 2014 apabila beliau membintangi bersama Mikail Andre dan Pablo Amirul dalam filem Sniper arahan Pierre Andre yang ditayangkan pada 24 April. Beliau memegang watak Rafi yang merupakan atlet penembak tepat.[4]

Dari 30 Disember 2015 hingga 16 Februari 2016, beliau digandingkan bersama Ady Putra dan Mira Filzah dalam drama adaptasi novel Cinta Si Wedding Planner; memegang watak sebagai Ikmal Bazli.

Dari 16 Januari hingga 5 Mei 2017, beliau digandingkan bersama Siti Elizad dan Farah Nabilah dalam drama adaptasi telenovela Chile Papa Ricky; memegang watak sebagai Ricky.

Fadlan merupakan salah seorang pelakon yang menjayakan drama online KL Gangster: Underworld arahan bersama Syafiq Yusof dan Faisal Ishak termasuk Azhan Rani, Beto Kusyairy, Zahiril Adzim, Ezzaty Abdullah, Nabila Huda dan lain-lain lagi. KL Gangster: Underworld yang merupakan rendisi daripada trilogi KL Gangster karya Syamsul Yusof memulakan siaran di iflix pada 16 Ogos 2018; beliau memegang watak sebagai Jihan.[5]

Fadlan berlakon di samping Diana Danielle dalam drama Raisha 2 sebagai Rashdan.[6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Menunjukkan filem yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2014 Sniper[7] Rafi Pierre Andre Filem pertama
2015 Abang Lejen[8] Aman Azaromi Ghazali
Banglo Berkunci[9][10] Danny Dharma Aizat
2017 Jibam The Movie Fakir Che Mie
2019 Sangkar Menunjukkan filem yang belum dikeluarkan Hafiz Kabir Bhatia Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010 Duyong Aridinata TV3
Hotel Mania
2013 Kasih Bukan Dusta Saiful TV2
6 Progresif Musim 2 Safuan TV9
Dalam Setiap Sujud Malik
2014 Jodoh 2[11] Nik Fahmi Astro Ria
Selipar Jepun Stiletto Merah Roy HyppTV
Suamiku Jururawat, Isteriku Doktor Aizat TV3
2015 Delina[12] Farid
Dendam Semalam Alif
Dunia Generasi Baru Rik TV9
Dhia Sofea[13] JJ TV3
Cinta Si Wedding Planner Ikmal Bazli
2016 Lip Lap Raya[14] Adhlan HyppTV
Kahwin Muda Syed Rizal TV3
2017 Papa Ricky Ricky / Riqmal Astro Prima
Cinta Hati Batu Nik Afezal TV3
2018 Tak Ada Cinta Sepertimu Azam Astro Ria
Matahari Cerah Lagi Adam TV Okey
Semerah Cinta Humairah Saiful TV3
KL Gangster: Underworld Jihan Iflix
Seribu Rindu Dr Airil TV3
Raisha 2 Rashdan
2019 Semua Salahku dagger Iqbal
Dia Adelia dagger Irhan TV2
Manis Agnes Jam 5 dagger Arie TV Okey
Manuskrip Cinta dagger Dr. Izak Ashaal RTM

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 3 Cinta 1 Novel Astro Prima
2014 Raya Kosong-Kosong Ustaz Azlee
Gugurl Propa HyppTV
2015 Aku Kaya Raya Ni! Astro Prima
Sopeah Jin Tajudin TV3
Ini Jalan Kita Zack TV AlHijrah
Bila Ajal Menanti Noh
2016 Mama Untuk Isteriku Akim TV2
Cinta Si Wedding Planner Raya Ikmal Bazli TV3
Hey Missy Syazwan TV1
2017 Encik Ustaz Faradi Salam HD
2018 Ratu Kebaya Masuk U TV2
Azam Saiful TV3
Secarik Kasih Mama Yazman TV Okey
DM Hati Awak Iskandar ntv7
2019 Mia Diyana Amar Salam HD
Cinta Alif Ba Ta RTM

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2018 Pop! TV Tetamu undangan ntv7

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2014
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–25
Artis Baharu Lelaki Popular N/A Dicalonkan
2015
Festival Filem Malaysia ke–27
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik Sniper Dicalonkan
2016
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–4
Aktor Pilihan Dunia Generasi Baru Dicalonkan
Pasangan Pilihan (bersama Zahirah MacWilson) Dicalonkan
2017
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–5
Aktor Pilihan Kahwin Muda Dicalonkan
2019
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–7
Antagonis Pilihan Seribu Rindu Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Mohd Al Qayum Azizi (16 Oktober 2012). "Tiada Keserasian Punca Fadlan Hazim Tinggalkan V.I.P." mStar Online. Dicapai 30 Oktober 2012. 
  2. ^ "Biodata Fadlan Hazim". Kle-peq. Mac 2015. Dicapai 30 Oktober 2015. 
  3. ^ "Fadlan Hazim Makin Popular". Nur Fatin Atikah. Dicapai 10 Oktober 2011. 
  4. ^ Nor Atieyah Yusoff (15 April 2014). Sebalik misteri Sniper Sinar Harian. Dicapai pada 1 Mei 2014.
  5. ^ Kristin Brzoznowski (16 Ogos 2018). "Malaysian Original KL Gangster: Underworld Debuts on iflix". Worldscreen. Dicapai 18 Ogos 2018. 
  6. ^ Faten Saphilla Isa (26 Ogos 2018). Raisha 2 lebih dramatik Kosmo!. Dicapai pada 27 Ogos 2018.
  7. ^ Review Filem Sniper: Nyawa atau Nyawa Anarm.Net.
  8. ^ 'Abang Lejen' Sarat Dengan Mesej Kekeluargaan mStar Online (17 April 2015). Diperoleh pada 17 April 2017.
  9. ^ Siapakah Penghuni Sebenar Banglo Berkunci? KitePunye.Com.
  10. ^ Banglo Berkunci penuh debaran, kejutan -Hiburan- SinarHarian.Com.
  11. ^ Jodoh 2 lebih cabaran hebat - Hiburan. Sinar Harian. Dicapai pada 30 Mac 2015.
  12. ^ Drama DELINA Arahan Kabir Bhatia & Rosh Budiey, Sensasi Seebriti. Dicapai pada 1 Ogos 2015.
  13. ^ Dhia Sofea cabaran besar Rashid Sibir Sinar Harian. Dicapai pada 1 Oktober 2015.
  14. ^ HyppTV Melancarkan Tayangan ‘Jom Kahwin’, ‘House Of Cards’ Season 4′ dan Sukan Olimpik Rio 2016 Thevocket.com. Dicapai pada 11 Mei 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]