Devika Rani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Devika Rani
Sebuah potret hitam-putih dari seorang wanita yang tersenyum di depan kamera
Devika Rani (1936)
Kelahiran
Devika Rani Chaudhuri

(1908-03-30)30 Mac 1908
Meninggal dunia9 Mac 1994(1994-03-09) (umur 85)
Nama lainDevika Rani Roerich
PekerjaanPereka tekstil, pelakon, penyanyi
Tahun aktif1928–1943
Pasangan

Devika Rani Chaudhuri, yang biasanya dikenali sebagai Devika Rani (30 Mac 1908 – 9 Mac 1994),[1] ialah seorang pelakon di industri perfileman India yang aktif pada 1930an dan 1940an. Lebih dikenali sebagai wanita pertama pawagam India, Devika memiliki kerjaya filem yang berjaya yang bertahan selama 10 tahun.

Tahun terawalnya Devika kebanyakannya dihabiskam di London di mana beliau mempelajari seni bina, dan memulakan kerjayanya sebagai juruteknik tekstil. Pada tahun 1928, beliau bertemu dengan Himanshu Rai, seorang penerbit filem India, yang menawarkannya untuk bekerja dengan kru penerbitannya. Beliau membantu dalam rekaan kostum dan penataan seni untuk filem Rai A Throw of Dice (1929).[a] Mereka berkahwin pada 1929, dan datang ke Jerman di mana Devika mempelajari aspek-aspek pembikinan filem di UFA Studios di Berlin. Rai kemudian mengambilnya berlakon dalam filem bersuara 1933 Karma di mana penampilannya meraih sambutan meraih. Sekembalinya ke India, pasangan itu menubuhkan studio penerbitan mereka Bombay Talkies pada 1934. Mereka menerbitkan beberapa filem sentrik-wanita selama sedekad, dengan Devika yang melakonkan watak utama dalam kebanyakan filem tersebut. Gandingannya bersama Ashok Kumar di layar lebar menjadi terkenal di India.

Setelah kematian Rai pada 1940, Devika mengambil alih kendali studio tersebut dan menerbitkan beberapa filem. Pada puncak kerjayanya, beliau bersara dari perfileman, dan pada 1945 beliau berkahwin dengan pelukis Rusia Svetoslav Roerich. Anugerah beliau termasuk Padma Shri (1958), Anugerah Dadasaheb Phalke (1970) dan Anugerah Nehru Tanah Soviet (1990).[3][4][5][6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ A Throw of Dice secara alternatif dikenali sebagai Prapancha Pash di India.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Varma, Madhulika (26 Mac 1994). "Obituary: Devika Rani". The Independent. Dicapai pada 8 April 2014.
  2. ^ Papamichael, Stella (24 August 2007). "A Throw Of Dice (Prapancha Pash) (2007)". BBC. Dicapai pada 29 April 2014.
  3. ^ "B-town women who dared!". The Hindustan Times. Dicapai pada 28 April 2014.
  4. ^ Erik 1980, m/s. 93.
  5. ^ "Devika Rani" (PDF). Press Information Bureau. m/s. 1. Dicapai pada 8 April 2014.
  6. ^ Paul, Samar (17 Mac 2012). "Pramatha Chaudhury's home: Our responsibility". Financial Express. Dicapai pada 8 April 2014.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]