Lata Mangeshkar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lata Mangeshkar
Lata Mangeshkar at Vishwashanti Kala Academy Award.jpg
Mangeshkar pada 2015
KelahiranHema Mangeshkar
(1929-09-28) 28 September 1929 (umur 90)[1]
Indore, Negara Indore, Agensi India Tengah, British India
(kini Madhya Pradesh, India)
WarganegaraIndia
Nama lainQueen of Melody, Voice of the Nation, Voice of the Millennium, Nightingale of India
PekerjaanPenyanyi latar, pengarah muzik, penerbit
Tahun aktif1942–kini
Ibu bapaDeenanath Mangeshkar (bapa)
Shevanti Mangeshkar (ibu)
SaudaraMeena Khadikar (adik)
Asha Bhosle (adik)
Usha Mangeshkar (adik)
Hridaynath Mangeshkar (adik)
Anugerah
Kepujian
Tandatangan
Signature of Lata Mangeshkar.svg

Lata Mangeshkar (lahir 28 September 1929) ialah seorang penyanyi latar dan pengarah muzik India. Beliau ialah salah seorang penyanyi latar yang terkenal dan dihormati di India.[2][3] Beliau telah merakamkan lagu di lebih seribu filem Hindi dan telah menyanyikan sejumlah 36 lagu bahasa India serantau dan bahasa asing, kebanyakannya dalam Marathi, Hindi, dan Bengali.

Anugerah Dadasaheb Phalke telah dikurniakan kepada beliau pada 1989 oleh Kerajaan India. Pada tahun 2001, atas sumbangannya pada negara, beliau dianugerahkan Bharat Ratna, penghargaan awam tertinggi India dan kedua di belakang, selepas M. S. Subbulakshmi, yang menerima penghargaan ini.[4] Perancis mengurniakan beliau anugerah awam teriinggi (Officer of the Legion of Honour) pada 2007.

Beliau ialah penerima tiga Anugerah Filem Kebangsaan, 15 Anugerah Persatuan Wartawan Filem Bengal, empat Anugerah Penyanyi Latar Wanita Terbaik Filmfare, dua Anugerah Khas Filmfare, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Filmfare dan banyak lagi. Pada tahun 1974, beliau menjadi rakyat India pertama yang beraksi di Royal Albert Hall.

Beliau mempunyai empat adik-beradik—Meena Khadikar, Asha Bhosle, Usha Mangeshkar, dan Hridaynath Mangeshkar—di mana beliau ialah anak sulung.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Lata Mangeshkar won't celebrate 87th birthday, says 'jo shahid hue hai unki yaad karo kurbani' ['remember the victims and their sacrifice']". The Indian Express. 28 September 2016. Dicapai 28 September 2016. 
  2. ^ "Lata Mangeshkar". The Times of India. 10 December 2002. Dicapai 2009-07-22. 
  3. ^ Yasmeen, Afshan (21 September 2004). "Music show to celebrate birthday of melody queen". The Hindu. Chennai, Tamil Nadu India. Dicapai 2009-08-19. 
  4. ^ Lata Mangeshkar given Bharat Ratna Diarkibkan 11 August 2010 di Wayback Machine. The Hindu

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Bichu, Dr. Mandar (2011). Lata — Voice of the Golden Era. Popular Prakashan. ISBN 978-81-7991-625-4. 
  • Bhimani, Harish (1995). In search of Lata Mangeshkar. Indus. ISBN 978-81-7223-170-5. 
  • Bharatan, Raju (1995). Lata Mangeshkar: A Biography. UBS Publishers Distributors. ISBN 978-81-7476-023-4. 
  • Kabir, Nasreen Munni (2009). Lata Mangeshkar: In Her Own Voice. Niyogi Books. ISBN 978-81-89738-41-9. 
  • Lata, Mangeshkar (1995). Madhuvanti Sapre; Dinkar Gangal, para penyunting. In search of Lata Mangeshkar (dalam bahasa Marathi). Harper Collins/Indus. ISBN 978-81-7223-170-5. . A collection of articles written by Lata Mangeshkar since 1952.
  • Nerurkar, Vishwas. Lata Mangeshkar Gandhar Swaryatra (1945-1989) (dalam bahasa Hindi). Mumbai: Vasanti P. Nerukar. .
  • Bichhu, Mandar V. (1996). Gaaye Lata, Gaaye Lata (dalam bahasa Hindi). Sharjah: Pallavi Prakashan. ISBN 978-81-7223-170-5. . A collection of articles written by Lata Mangeshkar since 1952.
  • Verma, Sunanda (2018). Namaste, Lata Mangeshkar! Her voice touches at least a billion hearts. Singapore: The Indologist. ISBN 978-9814782111. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]