Dewan Bandaraya Kuching Utara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dewan Bandaraya Kuching Utara

Dewan Bandaraya Kuching Utara atau nama rasminya,The Commission of The City of Kuching North (Melayu: Suruhanjaya Bandaraya Kuching Utara) yang diringkas menjadi DBKU merupakan salah satu daripada dua pihak berkuasa yang mentadbir bandar raya Kuching. Kuching telah dinaikkan ke taraf bandar raya pada 1 Ogos 1988 dan merupakan bandar raya yang ketiga dari segi turutan di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Ipoh. Memandangkan Daerah Kuching mempunyai keluasan yang agak besar, maka pentadbirannya dibahagikan kepada dua, iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Bandar raya Kuching dibahagi kepada dua kawasan: Utara dan Selatan. Setiap satu ditadbir oleh Datuk Bandar - iaitu Pesuruhjaya Kuching Utara untuk Kuching Utara dan Datuk Bandar bagi Kuching Selatan.

Bandar raya Kuching Utara merujuk kepada kawasan yang diurus tadbir oleh Suruhanjaya ini, merangkumi sebahagian kecil kawasan dahulunya di bawah Kuching Municipal Council (KMC) tetapi pada masa yang sama menyerap masuk kawasan yang dahulunya ditadbir oleh Kuching Rural District Council (KRDC) dengan keluasan kesuluruhan pentadbiran DBKU adalah 369.48km persegi manakala jumlah hartanah pula sebanyak 43,575 unit.

Pentadbiran secara bersama lahir atas keperluan sistem yang efesien untuk membolehkan pembangunan seimbang dan taburan populasi di kedua dua kawasan. Penubuhan DBKU adalah tepat, kerana ini akan memastikan Majlis Bandaraya Kuching Selatan dapat menjalankan tanggungjawab penuh sebagai sebuah PBT dan tidak akan dibebani oleh tanggungjawab membangunkan kawasan luar bandar dalam sebahagian kawasan Bandaraya Kuching Utara yang sebelumnya dibawah kawalselia KRDC.[1]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Oleh kerana penubuhannya yang tidak menyamai mana-mana Kerajaan Tempatan lain di Sarawak, Bandaraya Kuching Utara dikawalselia oleh Suruhanjaya ini yang merupakan sebuah badan korporat. Pesuruhjaya Kuching Utara yang dilantik TYT Yang di-Pertua Negeri dibantu oleh beberapa orang ahli Lembaga Penasihat dan Pesuruhjaya Kuching Utara bertanggungjawab serta melapor secara terus kepada Ketua Menteri Sarawak. Bidang kuasa dan fungsi Suruhanjaya adalah termaktub dibawah suatu ordinan yang digubal khas untuk Kuching Utara disebut sebagai Ordinan Bandaraya Kuching Utara. Melalui ordinan ini juga, Pesuruhjaya Kuching Utara secara sah boleh disebut dengan gelaran Datuk Bandar sekiranya perlu. Selain dibantu oleh Ahli Lembaga Penasihat, Datuk Bandar turut dibantu oleh seorang Pengarah dalam urusan pentadbiran harian. Manakala Pengarah pula dibantu oleh 6 orang Timbalan Pengarah yang tiap-tiap satunya mengetuai Jabatan masing-masing. Sebanyak 24 bahagian terdapat di DBKU yang dinaungkan dibawah 6 jabatan iaitu:[2]

  • Jabatan Perkhidmatan Kawalselia
  • Jabatan Perkhidmatan Pembangunan & Lanskap
  • Jabatan Perkhidmatan Komuniti
  • Jabatan Perkhidmatan Korporat
  • Jabatan Perkhidmatan Kewangan
  • Jabatan Perkhidmatan Infrastruktur

Mantan Datuk bandar[sunting | sunting sumber]

  1. YBhg. Datu Dr. Yusoff Hj. Hanifah - (1 Ogos 1988-1994)
  2. YBhg. Datu Haji Awang Ehsan Joini (1995-2000)
  3. YBhg. Tuan Haji Madehi Haji Kolek (2001-2004)
  4. YBhg. Datu Abdul Hamid b. Mohd Yusof (Feb 2005 - 2009)
  5. YBhg. Datuk Haji Abang Mohamad Atei Bin Abang Medaan (2009 - 2011)
  6. YBhg. Datuk Awang Wahap Awang Julai (2011 - 2019)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]