Doraemon: Nobita dan Alam Burung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Doraemon: Nobita dan Alam Burung
Fail:Nobita and the Winged Braves.jpg
Poster Iklan Keluaran Jepun
PengarahTsutomu Shibayama
PenerbitHideki Yamakawa
Kumi Ogura
Masatoshi Osawa
Yuka Takahashi
BerdasarkanDaichōhen Doraemon: Nobita to Tsubasa no Yūsha-tachi oleh
Fujiko F. Fujio Pro
Dibintangi oleh
Muzik olehKatsumi Horii
SinematografiToshiyuki Umeda
Disunting olehHajime Okayasu
Syarikat
penerbitan
PengedarToho
Mula ditayangkan
10 Mac 2001 (2001-03-10)
Tempoh tayangan
91 minit
NegaraJepun
BahasaBahasa Jepun
Pecah panggung¥3.35 laksa[1]
(US$31.0 juta)

Doraemon: Nobita dan Alam Burung[2] (ドラえもん のび太と翼の勇者たち, Doraemon Nobita to Tsubasa no Yūsha-tachi), turut dikenali sebagai Doraemon dan Pahlawan Burung,[3] merupakan wayang gambar panjang Doraemon yang mula ditayangkan di Jepun pada 10 Mac 2001 berdasarkan jilid ke-21 siri buku komik Cerita Panjang Doraemon. Wayang gambar panjang merupakan filem Doraemon yang ke-22.

Jalan Cerita[sunting | sunting sumber]

Setelah menonton rancangan televisyen yang memaparkan tentang penemuan gambaran orang burung yang dijumpai di Afrika, Nobita berimpian untuk terbang dengan sayap seperti burung. Dia kemudiannya membina sayap kayunya sendiri selepas Doraemon enggan membantunya, walaupun dia gagal untuk terbang dengan sayap buatannya itu tanpa kenal erti penat lelah. Semasa membantu Shizuka untuk menangkap semula haiwan kesayangannya si burung kenari, mereka telah menyaksikan sebuah portal terowong masa (terowong burung) yang terbuka di langit dan seorang orang burung yang menunggang pesawat terbang keluar dari portal terowong burung tersebut. Dia kemudiannya memperkenalkan dirinya sebagai Gusuke, seorang orang burung yang tinggal di "Burutopia". Doraemon, Nobita, dan Shizuka membantu Gusuke mencari dan membaiki pesawat yang rosak itu yang dinamakan sebagai Angsa Salji kerana terhempas dan kemudiannya Nobita bersahabat dengan Gusuke. Ketika Gusuke ingin kembali ke alamnya, Gian dan Suneo cuba menangkapnya dan sempat berpaut pada pesawatnya yang turut sama membawa mereka berdua ke dalam portal terowong burung. Tatkala melihat kejadian tersebut, Doraemon, Nobita dan Shizuka pula menggunakan buluh terbang langsung terus mengekori mereka ke portal itu.

Sebaik sahaja mereka tiba di Burutopia, Gian dan Suneo ditangkap oleh pasukan peronda gagak dan dibawa menghadap ke Panglima Seagrid, si burung bangkai yang merancang untuk melaksanakan hukuman kerana menceroboh. Sementara itu, Doraemon, Nobita, dan Shizuka pula menemui Gusuke berhampiran rumah Profesor Hou, si burung hantu selepas berjaya meloloskan diri daripada pasukan peronda gagak yang sama dengan bantuan perkhidmatan teksi burung unta . Hou menjelaskan bahawa Burungtopia adalah alam yang wujud berasingan dari dunia manusia dan hanya dihubungkan semasa penghijrahan burung melalui terowong burung yang dijaga oleh Pasukan Pengawasan Burung Berhijrah. Shijuka bertanya kepada Gusuke tentang keberadaan Gian dan Suneo tetapi telah di, Doraemon mengeluarkan "Topi Burung" yang boleh mengeluarkan sayap kepada si pemakainya, Doraemon telah mengampil topi penguin pada mulanya tetapi kemudian ditukar kepada topi burung merpati, Nobita topi itik (salah terjemahan dalam alih suara Bahasa Melayu sebagai burung pipit), dan Shizuka pula topi angsa. Mereka bertiga dan Gusuke seterusnya berjaya menyelamatkan Gian dan Suneo, dan Doraemon memberikan mereka Topi Burung, Gian memakai topi burung camar dan Suneo topi burung belatuk. Mereka kemudiannya kembali ke rumah Profesor Hou dan menerangkan tentang Panglima pasukan peronda yang benci dengan manusia. Dahulu, Seagrid pernah menjadi salah seorang anggota peronda, akan tetapi dia telah ditembak oleh manusia dan bersara tidak lama selepas kejadian itu dan kini cuba membalas dendam kepada manusia. Selepas Hou menasihatkan mereka untuk tetap berselindung kerana tidak ramai yang menyukai manusia di Burungtopia. Gusuke dan Hou menerangkan tentang Pokok Langit yang puncaknya tinggi tiada penghujungnya dan kawasan berawan yang dinamakan Awana. Gusuke juga turut memberitahu Nobita serta kawan-kawannya bahawa pertandingan lumba tahunan, "Pertandingan Ikaros" akan diadakan tidak lama lagi, yang digunakan untuk merekrut anggota Pasukan Peronda, dan bercadang supaya mereka bergabung tenaga. Semasa makan malam bersama ibu bapa Gusuke dan jirannya, Miyako, Gusuke mengakui bahawa dia sebenarnya tidak dapat terbang secara semula jadi akibat trauma jatuh semasa dia kecil. Sementara itu, Hou menterjemahkan batu bersurat Burutopia purba yang mengandungi maklumat mengenai Fonikia, seekor naga purba yang suka memusnahkan dunia. Kapten pasukan peronda gagak yang mengintip pergerakan Hou terus melaporkan kepada Seagrid, yang seterusnya membawa kepada penculikan Hou bagi mendapatkan lokasi Fonikia sehingga ia dapat menggunakannya untuk menghancurkan manusia.

Semasa Pertandingan Ikaros yang bermatlamat meletakkan bulu pelepah ke Pokok Langit, Gusuke berjaya menduduki tempat pertama tetapi kemenangannya ditolak oleh Leftenan Babil, si burung falkon, dengan perintah Seagrid, menerangkan bahawa dia tidak terbang menggunakan kudratnya sendiri. Doremon dan rakan-rakannya kemudian menyedari bahawa Hou telah hilang dan selepas Doraemon mengetahui dengan lebih lanjut tentang Fonikia dengan membaca batu bersurat menggunakan Jeli Penterjemah, pergi mencari Ikaros, si burung helang legenda yang dipenjarakan di penjara Burutopia selepas mendapat tuduhan palsu Seagrid sebelum ini. Mereka berjaya meyakinkannya untuk menghentikan Seagrid dari membangkitkan Fonikia, yang tertanam di sebuah gunung. Semasa dalam perjalanan, mereka terjumpa projektor yang menayangkan hologram Torino Mamoru, ahli Ornitologi abad ke-23 yang sangat berminat untuk mewujudkan tempat selamat bagi burung, yang akhirnya membawa kepada penciptaan Burutopia pada garis masa alternatif dunia manusia. Walau bagaimanapun, mereka telah terlambat untuk menghentikan Seagrid kerana dia telah berjaya membangkitkan Fonikia. Doraemon cuba untuk mengubah Fonikia menjadi amoeba dengan menggunakan Pemancar Evolusi dan Pengunduran, tetapi niatnya terbantut oleh Babilon, yang menyebabkan pancaran Evolusi ditekan Fonikia menjadi lebih besar dan kuat. Fonikia tidak dapat dikawal oleh Seagrid dan terus melanggar amuk Burutopia. Semasa pertempuran yang semakin sengit, Gusuke bangkit menggunakan sayapnya sendiri untuk terbang dan berjaya mengumpan Fonikia ke puncak Pokok Langit, sementara Doraemon dan Nobita terbang ke puncaknya untuk mencari mesin masa Yoshu, untuk mencari Fonikia. Walaupun serangan itu tidak berkesan, Doraemon berjaya menghantar mesin dan Fonikia kembali ke zaman berbilion tahun yang lampau, iaitu sebelum Bumi wujud (Era Pra-Hadean). Kebakaran yang marak disebabkan api amukan Fonikia di Burutopia telah dipadamkan Doraemon dengan meletakkan tongkat air di dalam tasik puncak Pokok Langit.

Menyambut kejayaan ke atas tertewasnya Fonikia, Gusuke diserlahkan sebagai anak Ikaros dan diberi kedudukan sebagai Kapten Pasukan Peronda Penghijrahan Burung. Nobita dan kawan-kawannya mengucapkan selamat tinggal kepada Gusuke sebelum kembali ke dunia mereka sambil diiringi Pasukan Peronda.

Lakon Suara[sunting | sunting sumber]

Watak Suara
Doraemon Nobuyo Ōyama
Nobita Nobi Noriko Ohara
Shizuka Minamoto Michiko Nomura
Takeshi "Gian" Goda Kazuya Tatekabe
Suneo Honekawa Kaneta Kimotsuki
Gusuke Kyōko Tongū
Profesor Hou Ichirō Nagai
Minako Kyōko Hikami
Bapa angkat Gusuke Bin Shimada
Ibu angkat Gusuke Ai Orikasa
Adik lelaki angkat Gusuke Yōko Teppōzuka
Tsubakuro Rina Chinen
Tobio Kappei Yamaguchi
Seagrid Tōru Ōhira
Babilon Yasunori Matsumoto
Pasukan Peronda Gagak Masashi Hirose & Daisuke Gouri
Ikaros Masane Tsukayama
Ootaka Jōji Yanami
Profesor Torino Hisaya Morishige
Teksi burung unta Keiichi Nanba
Juruhebah TV Noritsugu Watanabe
Pengawal Gagak Jun'ichi Sugawara & Isshin Chiba
Pedandan Takeshi Aono
Kakak Pelanggan Rikako Aikawa
Bangau Hiroko Emori
Camar Roko Takizawa
Ayam Tomie Kataoka
Burung unta Chafurin
Mama Nobita Sachiko Chijimatsu
Dekisugi Sumiko Shirakawa

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jaeger, Eren. "Past Doraemon Films". Forums.BoxOffice.com. Dicapai pada Mei 20, 2014.[pautan putus]
  2. ^ Terjemahan bahasa Inggeris seperti yang ditunjukkan di official website bagi menyambut ulang tahun ke-25.
  3. ^ http://www.lukinternacional.com/es/catalogo/doraemon-en-el-mgico-mundo-de-las-aves.html

Pautan luar[sunting | sunting sumber]