Burung Hantu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Hantu
Julat zaman: Paleosen Akhir – Kini
Northern Spotted Owl
Strix occidentalis caurina
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Aves
Subkelas: Neornithes
Infrakelas: Neognathae
Superorder: Neoaves
Order: Strigiformes
Wagler, 1830
Famili

Strigidae
Tytonidae
Ogygoptyngidae (fosil)
Palaeoglaucidae (fosil)
Protostrigidae (fosil)
Sophiornithidae (fosil)

Sinonim

Strigidae sensu Sibley & Ahlquist

Burung Hantu jenis Ninox rufa di Zoo Negara Malaysia

Burung hantu merupakan spesies burung pemangsa yang aktif pada waktu malam (nokturnal) dan mempunyai bentuk muka yang berbeza dengan burung biasa. Muka burung hantu berbentuk rata seperti muka manusia dengan kedua belah matanya menghadap ke hadapan.

Burung hantu dikelaskan dalam susunan Strigiformes, kumpulan yang berkait rapat dengan burung tukang (nightjars). Susunan ini terbahagi kepada dua famili (yang masih wujud):

Anatomi[sunting | sunting sumber]

Burung hantu "Burrowing" (Athene cunicularia)
Anak burung hantu "short-eared" berusia sekitar 18 hari

Burung hantu memiliki mata besar menghala kehadapan dan liang telinga; paruh menyerupai burung helang; muka leper; dan biasanya pelepah membentuk bulatan yang jelas, cakera muka, sekeliling setiap sebelah mata. Pelepah yang membentuk cakera ini boleh diubah agar dapat menumpukan dengan jelas bunyi yang datang dari jarak berlainan pada liang telinga burung hantu dan terletak pada kedudukan tidak sekata. Kebanyakan burung pemangsa memiliki mata pada sisi kepala mereka, tetapi sifat semulajadi pandangan mata stereoskopik menghadap kehadapan burung hantu membenarkan deria kedalaman yang lebih mendalam yang diperlukan ketika memburu pada cahaya malap. Sungguhpun burung hantu memiliki penglihatan binokular, mata besar mereka kekal dalam soket - sebagaimana mata burung yang lain —oleh itu mereka perlu memalingkan keseluruhan kepala mereka untuk mengalihkan penglihatan. Oleh kerana burung hantu melihat pada pandangan jauh, mereka tidak dapat melihat apa-apa pada jarak beberapa sentimeter dari mata mereka. Mangsa yang ditangkap dapat dirasa oleh burung hantu dengan penggunaan filoplume—seperti pelepah pada paruh dan kaki yang bertindak sebagai "deria rasa". Penglihatan jauh mereka, terutama pada cahaya malap, amat baik.

Burung hantu mampu memutarkan kepala dan leher mereka sehingga 270 darjah. Burung hantu memiliki empatbelas vertebra leher berbanding 7 pada manusia yang menjadikan leher mereka lebih lentur. Mereka juga memiliki adaptasi pada sistem kitaran darah mereka, membenarkan putaran tanpa menyekat aliran darah pada otak infarction serebral: foramina pada vertebrae mereka yang dilalui oleh arteries vertebral adalah 10 ganda ukur lilit arteri, berbanding saiz yang sama pada arteri manusia; arteries vertebral memasuki vertebra servikal lebih tinggi berbanding burung yang lain, memberikan kekenduran saluran; dan carotid arteries bergabung pada simpang atau anastomosis yang besar, terbesar bagi sebarang burung, menghalang saluran darah dari tersekat apabila kepala berputar. Anastomoses lain antara arterie carotid dan vertebral menyokong kesan ini.[1][2]

Burung hantu paling kecil—seberat serendah 31 grams (1 oz) dan berukuran sekitar 13.5 sentimeters (5 in)—adalah burung hantu elf (Micrathene whitneyi).[3] Sekitar panjang yang sama, tetapi lebih berat sedikit, adalah long-whiskered owlet (Xenoglaux loweryi) dan Tamaulipas pygmy owl (Glaucidium sanchezi).[3] Burung hantu terpanjang adalah great grey owl (Strix nebulosa), yang berukuran sekitar 70 cm (28 in) pada purata dan mampu mencapai sepanjang 84 cm (33 in).[3] Bagaimanapun, burung hantu yang paling berat (dan sayap terbesar) adalah burung hantu bertanduk yang saiz hampir sama; Eurasian eagle-owl (Bubo bubo) dan Blakiston's fish owl (B. blakistoni). Kedua spesies ini, yang secara purata sekitar 2.53 cm (1.00 in) lebih pendek berbanding great grey, keduanya mampu mencapai lebar sayap sehingga 2 m (6.6 ft) dan berat sekitar 4.5 kg (10 lb) bagi burung betina terbesar.[3][4][5][6][7]

Spesies burung hantu berlainan menghasilkan bunyi yang berlainan; dan julat bunyi yang luas ini membantu burung hantu bagi mencari pasangan atau mengistiharkan kehadiran mereka pada saingan yang mungkin, dan turut membantu ornithologist dan peminat burung bagi menjejak burung ini dan mengenal pasti spesies. Sebagaimana diperkatakan di atas, cakera pada muka membantu burung hantu bagi menyalurkan bunyi mangsa mereka pada telinga mereka. Bagi kebanyakan spesies, cakera ini terletak tidak sekata, bagi meningkatkan lagi kemampuan menetapkan arah.[8]Templat:Verify source

Pelepah burung hantu kebiasaannya cryptic, tetapi kebanyakan spesies memiliki tanda muka dan kepala, termasuk topeng muka, "ear tuft" tompok telinga dan iris mata berwarna terang. Penanda ini pada umumnya lebih biasa dikalangan spesies yang mendiami habitat terbuka, dan dipercayai digunakan sebagai isyarat dengan burung hantu lain dalam cahaya samar.[9]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Telor burung hantu biasanya bewarna putih dan berbentuk hampir spherikal, dan antara beberapa biji sehingga sedozen, bergantung pada spesies dan musim tertentu; bagi kebanyakan, tiga atau empat adalah bilangan paling biasa. Telur dihasilkan apada jarak 1 hingga 3 hari dan tidak menetas pada masa yang sama.[petikan diperlukan]

Tingkah laku[sunting | sunting sumber]

Lekokan pada sisi hadapan bulu pelepah terbang burung hantu mengurangkan bunyi.
Mata burung hantu setiap satunya memiliki selaput nictitating yang mampu bergerak bebas antara satu sama lain, sebagaimana yang dilihat pada burung hantu "spotted eagle" di Johannesburg, Afrika Selatan
Burung hantu menguap

Kebanyakan burung hantu adalah nokturnal, aktif memburu mangsa mereka hanya dalam gelap. Beberapa jenis burung hantu, bagaimanapun merupakan crepuskular—aktif semasa waktu subuh dan maghrib; satu contoh adalah burung hantu "pygmy" (Glaucidium). Beberapa jenis burung hantu juga aktif pada waktu siang; contoh adalah burung hantu "burrowing" (Speotyto cunicularia) dan brung hantu "short-eared" (Asio flammeus).

Sebahagian besar dari strategi memburu burung hantu bergantung secara mengendap dan kejutan. Burung hantu memiliki dua penyesuaian yang membantu mereka bergerak mengendap. Pertama, warna suram bulu pelepah mereka mampu menjadikan mereka hampir halimunan dalam keadaan tertentu. Kedua, sisi beralun pada sisi hadapan bulu pelepah utama remiges burung hantu menyembunyikan bunyi kepakan sayap burung hantu, membenarkan penerbangan burung hantu hampir senyap sepenuhnya. Sesetengah burung hantu makan ikan, yang senyap tidak menawarkan kelebihan evolusi ketiadaan adaptasi ini.

Paruh tajam burung hantu dan kukunya yang berkuasa membenarkan ia membunuh mangsanya sebelum menelannya bulat-bulat (sekiranya ia tidak terlalu besar). Ahli sains yang mengkaji permakanan burung hantu dibantu oleh tingkah laku mereka yang meluahkan bahagian tidak hadam mangsa mereka (seperti tulang, sisik, dan bulu) dalam bentuk pelet. Pelet burung hantu ini banyak dan mudah ditafsirkan, dan sering kali dijual oleh syarikat pada sekolah bagi dibelah oleh pelajar sebagai pembelajaran dalam mata pelajaran biologi dan ekologi.[10]

Adaptasi bagi memburu[sunting | sunting sumber]

Kesemua burung hantu merupakan burung pemangsa pemakan daging dan hidup memakan serangga dan rodent kecil seperti tikus, dan arnab. Sesetengah burung hantu juga menyesuaikan diri secara khusus bagi memburu ikan. Mereka amat sesuai bagi memburu dalam persekitaran masing-masing. Oleh kerana burung hantu boleh didapati dikebanyakan bahagian dunia dan merentasi pelbagai sistem ekologi, kemahiran memburu mereka dan ciri-cirinya berbeza sedikit antara spesies dengan spesies, sungguhpun kebanyakan ciri-ciri dikongsikan dikalangan semua spesies.

Penerbangan dan bulu pelepah[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan burung hantu berkongsikan keupayaan untuk terbang hampir senyap dan juga lebih perlahan berbanding burung pemangsa yang lain. Kebanyakan burung hantu aktif sebahagian besarnya kehidupan waktu malam nokturnal dan mampu untuk terbang dengan senyapnya yang memberikan mereka kelebihan besar keatas mangsa mereka yang mendengar bagi bunyi yang paling kecil pada waktu malam. Penerbangan senyap, perlahan tidak begitu penting bagi burung hantu diurnal dan crepuscular disebabkan mangsa mereka biasanya mampu melihat burung hantu datang hampir. Sungguhpun mekanisma morphologikal dan biologikal bagi penerbangan senyap ini sebahagian besarnya tidak diketahui, struktur bulu pelepah telah dikaji dengan teliti dan dikatakan sebagai penyumbang besar pada keupayaan mereka melakukannya. Pelepah burung hantu pada umumnya adalah lebih besar berbanding bulu pelepah burung yang lain, have fewer radiates, longer pennulum, dan memiliki hujung yang licin dengan struktur rachis yang berbeza.[11] Tepi berkeluk sepanjang pelepah utama "remiges" burung hantu menjadikan kepakan sayap ke bawah hampir senyap secara mekanik. Penyelidikan menunjukkan bahawa kelukan berkemungkinan besar mengurangkan gangguan aerodynamik, berbanding sekadar mengurangkan bunyi.[11] Permukaan bulu pelepah penerbangan diselitupi struktur velvet yang menyerap bunyi pergerakan sayap. Struktur unik ini mengurangkan frekuensi bunyi melebihi 2 kHz,[12] menjadikan tahap bunyi terhasil jatuh di bawah spektrum pendengaran biasa mangsa biasa burung hantu[12][13] dan turut juga dalam julat pendengaran terbaik burung hantu itu sendiri[petikan diperlukan]. Ini mengoptima keupayaan burung hantu untuk terbang dengan senyapnya untuk menangkap mangsa tanpa didengari oleh mangsanya terlebih dahuli ketika burung hantu terbang menghampirinya. Ia turut membenarkan burung hantu untuk memantau bunyi terhasil dari pola penerbangannya.

Penglihatan[sunting | sunting sumber]

Satu ciri pada burung hantu yang membantu diri mereka menangkap mangsa nokturnal mereka adalah daya penglihatan mereka. Burung hantu merupakan sebahagian kecil burung yang hidup nokturnal, tetapi tidak menggunakan sistem gema bagi membantu mereka terbang dalam keadaan cahaya suram. Burung hantu dikenali bagi mata mereka yang lebih besar berbanding kadar tengkorak mereka. Salah satu akibat evolusi mata besar mutlak dalam tengkorak yang kecil adalah mata burung hantu mempunyai bentuk tiub.[14] Bentuk ini yang terdapat pada mata nokturnal yang lain, seperti mata primate strepsirrhine dan ikan bathypelagik.[15] Disebabkan mata mereka kekal pada tiub sklerotik ini, mereka tidak mampu menggerakkan mata pada mana-mana arah.[16] Disebalik menggerakkan mata mereka, burung hantu memalingkan kepala mereka bagi melihat sekeliling mereka. Kepala burung hantu mampu berpusing melalui sudut sekitar 270°, dengan mudah membenarkan mereka melihat dibelakang mereka tanpa menggerakkan tuuh mereka.[16] Keupayaan ini membolehkan pergerakan badan minima dan dengan itu mengurangkan bunyi yang dihasilkan oleh burung hantu semasa ia menunggu mangsanya. Burung hantu dianggap sebagai mempunyai mata paling dihadapan di kalangan semua kumpulan burung, yang memberikannya antara bidang penglihatan binokular terbesar. Walau bagaimanapun, burung hantu adalah berpandangan jauh dan tidak boleh mefokus tumpuan kepada objek dalam beberapa sentimeter dari mata mereka. [15][17] Sungguhpun lazimnya dipercayai bahawa burung hantu mempunyai penglihatan waktu malam yang besar disebabkan mata dan anak mata mereka yang besar (dan dengan itu sangat menumpukan cahaya) dan / atau rod reseptor yang sangat sensitif, sebab sebenar bagi keupayaan mereka untuk melihat pada waktu malam adalah disebabkan oleh mekanisme neural yang menjadi pengantara pengekstrakan maklumat spatial yang dikumpul daripada imej retina sepanjang julat pelbagai 'luminans' pada waktu malam. Mekanisme ini hanya boleh berfungsi kerana imej retina yang bersaiz besar.[18] Dengan itu, pada waktu malam fungsi utama penglihatan burung hantu itu adalah disebabkan jarak nod posterior yang besar; kecerahan imej retina hanya dimaksimumkan kepada burung hantu dalam fungsi saraf kedua.[18] Ciri-ciri burung hantu ini yang menyebabkan penglihatan waktu malamnya untuk menjadi jauh lebih baik berbandang mangsa purata. [18]

Hearing[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung hantu mempunyai paruh bengkok ke bawah yang tajam, dan mempunyai bulu jambul yang lembut. Kedua-dua jantina kelihatan serupa, walaupun burung hantu betina biasanya 25% lebih besar berbanding burung hantu jantan.

Mata burung hantu dapat melihat dengan baik dalam cahaya yang kurang. Burung ini juga dapat memusingkankan kepalanya 135 darjah ke kedua-dua belah, memberikannya bidang penglihatan yang bagus. Bagaimanapun, burung ini mengalami rabun dekat, ia tidak dapt melihat dengan jelas apa-apa yang berada betul-betul di hadapannya.

Burung hantu adalah haiwan maging. Makanan utamanya haiwan mamalia kecil seperti tikus, cencorot, burung lain dan sebagainya.

Sebagaimana burung yang lain, burung hantu membiak dengan bertelur. Telurnya berwarna putih dan mempunyai cangkerang yang keras yang dieramkan di dalam sarang yang dibina oleh burung hantu betina.

Spesies[sunting | sunting sumber]

Tytonidae
  1. Burung Pungguk Api/Burung Hantu Coklat (Phodilus badius)
  2. Burung Pungguk Jelapang/Burung Hantu Kubur (Tyto alba)
  3. Burung Hantu Rumput (Tyto longimembris)
  4. Burung Jampuk Rumput (Tyto capensis)
Strigidae
Bubo scandiacus
Strix varia
  1. Burung Hantu Telinga Pendek/Burung Hantu Sayap Panjang (Asio flammeus)
  2. Burung hantu telinga panjang (Asio otus)
  3. Burung Hantu Bertanduk (Bubo coromandus)
  4. Burung Hantu Bubu (Bubo sumatranus)
  5. Burung Hantu Salji (Bubo scandiacus)
  6. Burung Hantu Bersiul (Glaucidium castanopterum)
  7. Burung Hantu Kecil/Burung Hantu Kalung (Glaucidium brodiei)
  8. Burung Hantu Ikan (Ketupa zeylonensis)
  9. Burung Hantu Kuning (Ketupa ketupu)
  10. Burung Hantu Betemak (Ninox scutulata)
  11. Burung Hantu Gunung (Otus spilocephalus)
  12. Burung Hantu Kening Putih (Otus sagittatus)
  13. Burung Hantu Kuang Kuik (Otus sunia)
  14. Burung Hantu Kuang Kuit (Otus scops)
  15. Burung Hantu Mantanani (Otus mantananensis)
  16. Burung Hantu Merah (Otus rufescens)
  17. Burung Hantu Reban/Burung Jampuk Reban (Otus bakkamoena)
  18. Burung Hantu Carik Kafan (Strix seloputo)
  19. Burung Hantu Punggur/Burung Hantu Punggok (Strix leptogrammica)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Fabian de Kok-Mercado et al. "Adaptations of the owl's cervical & cephalic arteries in relation to extreme neck rotation." 2012. Poster. Reprinted in: "International Science & Engineering Visualization Challenge: Posters & Graphics". Science 339 (6119): 514–515. 2013. doi:10.1126/science.339.6119.514. 
  2. "Owl mystery unraveled: Scientists explain how bird can rotate its head without cutting off blood supply to brain.". Johns Hopkins Medicine. 2013-01-31. Diperoleh pada 2013-03-03. 
  3. 3.0 3.1 3.2 3.3 Konig, Claus; Welck, Friedhelm and Jan-Hendrik Becking (1999) Owls: A Guide to the Owls of the World, Yale University Press, ISBN 978-0-300-07920-3.
  4. Eurasian Eagle Owl. Oiseaux-birds.com. Retrieved on 2013-03-02.
  5. Eurasian Eagle Owl – Bubo bubo – Information, Pictures, Sounds. Owlpages.com (2012-08-13). Retrieved on 2013-03-02.
  6. Take A Peek At Boo, The Eagle Owl – The Quillcards Blog. Quillcards.com (2009-09-23). Retrieved on 2013-03-02.
  7. Blakiston's Fish Owl Project. Fishowls.com (2013-02-26). Retrieved on 2013-03-02.
  8. Cotty, 2008.
  9. Galeotti, Paolo; Diego Rubolini (2007). "Head ornaments in owls: what are their functions?". Journal of Avian Biology 38 (6): 731–736. doi:10.1111/j.0908-8857.2007.04143.x. 
  10. Owl Pellets in the Classroom: Safety Guidelines. carolina.com
  11. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Bachmann2007 tidak disediakan
  12. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Neuhaus1973 tidak disediakan
  13. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Willott tidak disediakan
  14. Konishi (1973)
  15. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Walls1942 tidak disediakan
  16. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan K.C3.B6nig1999 tidak disediakan
  17. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Hughes tidak disediakan
  18. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Martin1982 tidak disediakan