Doubanjiang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Doubanjiang

Doubanjiang.jpg

Doubanjiang
Cina Tradisional: 豆瓣醬
Cina Ringkas:

Doubanjiang adalah pes cili untuk masakan Cina, dan merupakan rempah dapur yang utama dalam masakan Sichuan. Rasanya masin dan pedas. Bahan utamanya berupa kacang buncis besar yang dikisar dan diperam. Selain kacang buncis besar, doubanjiang dibuat dari campuran soya, beras, minyak kacang soya, minyak bijan, garam, dan rempah.

Pusat pengeluaran doubanjiang berada di Wilayah Sichuan, salah satu di antaranya adalah Wilayah Pi Xian. Produknya dipanggil pixian doubanjiang (郫县豆瓣酱).

Rempah masak ini semakin pedas apabila digoreng dalam minyak goreng. Setelah digoreng, doubanjiang sering dijadikan lauk untuk nasi atau penyedap sewaktu memakan mi. Masakan popular dari Sichuan yang menggunakan doubanjiang, contohnya: mapo doufu dan dandan mian.

Doubanjiang pengeluaran China tidak selalu pedas. Walaupun dibuat hanya dari kacang soya dan garam (tanpa serbuk cili merah), pengeluar tetap menyebutnya sebagai doubanjiang.

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]