Dua Hati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dua Hati
Ditulis olehNor Faznita Md Nor
PengarahFaisal Ishak
Dibintangi oleh
Linda Rafar
Zuliana Abd Aziz
Linda Hashim
Iqram Dinzly
Fizz Fairuz
Penggubah lagu tema
Azmeer
Lagu pembukaan"Antara Dua Wajah"
oleh Sharifah Zarina
Negara asal Malaysia
BahasaMalaysia
Penerbitan
Penerbit eksekutifSuriyati Sidek
Syarikat penerbitan
Asia Media Content
Penyiaran
Siaran asal18 Julai 2006 – 16 Januari 2007

Dua Hati ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia yang bersiaran dalam slot Lestary (Selasa, 9 malam) TV3 dari 18 Julai 2006 hingga 16 Januari 2007.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Nadia adalah anak kapten kapal laut yang mendapat pendidikan kebaratan, manakala kawan baiknya, Kyra pula dididik dengan penuh adat ketimuran. Sekalipun Nadia dan Kyra mempunyai latar belakang berbeza, namun mereka boleh menjadi sahabat baik apabila kedua-duanya melanjutkan pengajian di sebuah kolej swasta terkemuka. Hubungan Nadia dan Kyra mula menjadi dingin apabila populariti Kyra mengatasi Nadia sehinggakan anak pengetua yang kini bertugas di kolej berkenaan, turut jatuh cinta kepada Kyra. Pada masa yang sama, Nadia mempunyai seorang teman lelaki, Amin (lakonan Iqram). Selain menjadi teman lelakinya, Amin juga menjadi budak suruhannya apabila semua tugasan Nadia, Amin yang menyiapkannya. Nadia juga sanggup tidur dengan sesiapa saja asalkan hajat menjadi popular tercapai dalam sekelip mata. Selepas satu insiden, Kyra sanggup berkorban demi kawan baiknya itu walaupun dirinya sentiasa dicemburui oleh Nadia.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

TV3: Lestary, Selasa, 9.00 malam
Sebelumnya Dua Hati
(18 Julai 2006 – 16 Januari 2007)
Berikutnya
Misi XX-Ray Natasha 2