Pergi ke kandungan

Jue Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jue Aziz
جو عزيز
Kelahiran
Zuliana binti Abdul Aziz

(1983-02-18) 18 Februari 1983 (umur 43)
PendidikanDiploma Kesetiausahaan
Pusat pendidikanKolej Stamford
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2002–kini
Karya
Filemografi
Pasangan
  • Bayu Daniels (k. 2014; c. 2019)[1]
  • Ridwan Hussein (k. 2024)
Anak-anak1

Zuliana Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Jue Aziz (lahir 18 Februari 1983)[2] ialah seorang pelakon, model dan pengacara wanita Malaysia. Beliau mulai dikenali melalui satu program realiti. Jue menyertai program realiti itu secara tidak disengajakan ketika menemani kakak iparnya. Bagaimanapun beliau telah terpilih untuk menyertai program realiti dan seterusnya berjaya menjadi finalis. Jue memiliki pengalaman berlakon teater sebelum menceburkan diri dalam bidang lakonan, berdasarkan dorongan daripada keluarga dan kawan-kawan rapat ketika itu.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1983 dan berasal dari Ampang, Selangor dan merupakan anak bongsu daripada lima beradik.[3] Jue Aziz juga memiliki Diploma Kesetiausahaan, Kolej Stamford.[4]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Jue telah berkahwin dengan Ridwan Hussien pada 18 Ogos 2024 di Kuala Lumpur dan mempunyai seorang anak angkat bernama Darwish.[1][5]

Pada tahun 2019, Jue memberi kenyataan bahawa beliau sudah bercerai dengan bekas suami beliau iaitu Bayu dan mereka masih mengekalkan hubungan baik antara mereka berdua.[6][7]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencapaian

[sunting | sunting sumber]
  • Pemenang tempat ketiga Malaysia Most Beautiful 2006 [8]
  1. 1 2 Zaidi Mohamad (4 Februari 2015). "Belum sempurna lagi perkahwinan ini tanpa zuriat - Jue Aziz". Hiburan. Berita Harian. Dicapai pada 14 November 2015.
  2. Amar Mustaza, N. (23 Disember 2011). "Jue Aziz berang dituduh tidak berdisiplin". Sinar Harian. Dicapai pada 14 November 2015.
  3. "Jue Aziz: Memasak Hilangkan Stres - Majalah Rapi, Dicapai 30 Julai 2017". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-29. Dicapai pada 2017-07-29.
  4. Jue Aziz - Berita Harian 13 Oktober 2016
  5. Tiga Kali Keguguran, Jue Aziz Tak Putus Asa Dapatkan Cahaya Mata, Astro Gempak, 14 Disember 2016.
  6. Jue Aziz akui sudah bercerai. sinar harian. Dicapai pada Januari 28, 2019.
  7. Kami dah cerai - Jue Aziz. harian metro. Dicapai pada 2 Februari 2019.
  8. Berita Harian 13 Oktober 2016

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]