Fizz Fairuz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Datuk
Fizz Fairuz
DIMP
FIZZFAIRUZ.jpg
Fizz pada 2015.
Kelahiran Mohd. Fairuz bin Zainal Abidin
(1979-10-22) 22 Oktober 1979 (umur 39)
Raub, Pahang, Malaysia
Kediaman Putrajaya
Pekerjaan Pelakon, pengacara, ahli perniagaan[1]
Tahun aktif 2006–kini
Pasangan Datin Almy Nadia (berkahwin 2014)
Anak 2

Dato' Mohd. Fairuz bin Zainal Abidin atau dikenali sebagai Fizz Fairuz (lahir 22 Oktober 1979) merupakan seorang pelakon, pengacara dan ahli perniagaan Malaysia.[2] Beliau memulakan kerjaya awal sebagai pelagak ngeri, kemudiannya memulakan kerjaya lakonan profesional dengan Dua Hati. Namanya mula dikenali selepas memegang watak Aidil dalam drama bersiri Nur Kasih gandingan bersama Tiz Zaqyah.

Selain peranan lakonan di televisyen, Fizz juga terkenal dengan peranan filem termasuk Anak Halal (2007), Syurga Cinta (2009), Jiwa Taiko dan Hantu Kapcai (2012), Gila-Gila Remaja 2 (2013), Cicakman 3 (2015) dan Munafik (2016).[3] Fizz juga pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, setelah 3 kali tercalon sejak 2009. Selain itu, beliau turut menyumbang kepada kemajuan dan infrastruktur di negeri kelahirannya, Pahang Darul Makmur.[4]

Fizz merupakan pengasas Rainmaker Creation Sdn. Bhd. yang mengkhususkan kepada pengurusan dan penganjuran acara.[5] Beliau berkahwin dengan pelakon Almy Nadia pada 2014 dan hasil perkahwinannya, beliau dikurniakan dua cahaya mata.[6]

Kehidupan awal

Fizz dilahirkan pada 22 Oktober 1979 di Raub, Pahang dan mempunyai adik-beradik seramai 9 orang, beliau merupakan anak keempat. Beliau menerima pendidikan awal dan seterusnya di peringkat menengah, Fizz berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kerjaya

Permulaan kerjaya (2006–2010)

Beliau mula memasuki bidang seni bermula dengan menjadi pelakon lagak ngeri dalam beberapa produksi drama dan filem. Dari situ, beliau diangkat menjadi pelakon terkenal dan membintangi filem pertamanya, Castello arahan Bade Hj. Azmi, lakonan Rosyam Nor yang ditayangkan pada 5 Januari 2006. Drama pertama lakonan Fizz ialah Dua Hati yang dibintangi oleh Linda Rafar dan Jue Aziz.[7]

Orang Minyak arahan Jamal Maarif dan CK Karan, menyaksikan Fizz menjayakan watak sebagai Munir. Filem ini ditayangkan pada 25 November 2007, dan merupakan satu kegagalan komersial.[8] Fizz kemudiannya memegang watak sebagai Lut dalam filem drama aksi Anak Halal arahan Osman Ali lakonan Farid Kamil, Maya Karin dan Fasha Sandha yang ditayangkan pada 13 Disember 2007. [9]

Sepanjang 2008, Fizz tidak berlakon filem, sebaliknya lebih fokus kepada drama dan telefilem. Beliau berlakon bersama Emelda Rosmila yang melakonkan dua watak dalam drama Kekasihku Seru. Dalam drama ini, beliau menjayakan watak sebagai Rashad yang baru sahaja kehilangan isteri dan anaknya dalam kemalangan jalan raya.[10][11] Selepas Kekasihku Seru, Fizz menjayakan watak sebagai Umar dalam drama Akukah Tanggang? lakonan Adi Putra yang memulakan tayangan perdana di Slot Lagenda TV3 pada 28 Julai 2008. Ia turut dibintangi oleh Fasha Sandha, Aida Radzwill, Jalaluddin Hassan, Wan Hanafi Su, Almy Nadia dan Fauziah Nawi.[12]

Satu-satunya filem lakonan Fizz dalam tahun 2009 ialah Syurga Cinta arahan Ahmad Idham lakonan Awal Ashaari dan Heliza. Sepanjang 2009, beliau lebih banyak berlakon drama dan telefilem.

Beliau kembali bekerja di bawah arahan Idham menerusi filem Niyang Rapik yang turut dibintangi oleh Kamal Adli dan Liyana Jasmay; Fizz menjayakan watak sebagai Zack.[13] Beliau mencapai kejayaan berganda menerusi drama Nur Kasih arahan Kabir Bhatia.[14] Dalam drama ini, Fizz memegang watak Aidil, seorang lelaki yang menjadi impian setiap gadis untuk menjadi isterinya dan mempunyai keperibadian yang tinggi dan sangat bertanggungjawab. Aidil juga adalah seorang anak dan abang yang sangat mengutamakan keluarga dan sanggup mengetepikan kebahagiaan diri sendiri demi untuk keluarganya.[15] Beliau kembali menjayakan watak lakonannya dalam filem Nur Kasih The Movie yang ditayangkan pada 19 Mei 2011.[16]

Kejayaan awal (2011–2014)

Pada 19 Jun 2011, Fizz menjadi pelakon utama bersama Fathia Latiff yang memegang watak Amni Sorfina dalam drama adaptasi novel karya Nurull Halawati, Stanza Cinta. Beliau menjayakan watak sebagai Taufiq.[17] Sepanjang 2011, Fizz berlakon dalam lima telefilem, antaranya ialah Mencari Bidadari dan Langkah Bendul.

Tahun 2012 menjadi tahun kecemerlangan Fizz dalam kerjaya filemnya, dengan keluaran lima filem cereka yang ditayangkan. Yang pertama daripada kelima-lima filem ini ialah drama komedi romantik Cinta Kura-Kura lakonan bersama Tiz Zaqyah, Aeril Zafrel dan lakonan suara Zizan Razak. Fizz memegang watak sebagai Fadzly, seorang pemilik kedai haiwan peliharaan.[18] Persembahan beliau dalam filem ini melayakkan Fizz menerima pencalonan kategori Anugerah Penjahat Terhebat di Anugerah Blokbuster 2013. Di dalam filem drama aksi Jiwa Taiko arahan Osman Ali, Fizz memegang watak sebagai Freez, rakan karib Firman lakonan Remy Ishak. Filem yang pada asalnya menggunakan tajuk Bara Jiwa sebelum bertukar tajuk kepada Jiwa Taiko ditayangkan pada 14 Jun 2012.[19] Beliau seterusnya menjayakan watak Johan dalam filem drama fantasi biografi 29 Februari arahan Edry Abdul Halim lakonan Remy Ishak yang mengisahkan tentang Budi yang lahir pada tarikh keramat tahun lompat 29 Februari. Mohd al-Qayum Azizi dari mStar Online memuji penerapan filem-filem arkib dalam filem ini walaupun tidak sempurna.[20]

Fizz kemudian berlakon bersama Zizan Razak dan Remy Ishak dalam filem aksi komedi arahan Ghaz Abu Bakar, Hantu Kapcai yang mana beliau memegang watak sebagai Ibrahim, rakan karib Ajib lakonan Zizan. Filem ini merupakan kejayaan komersial.[21][22]

Selain itu, Fizz menjayakan peranan pembantu dalam filem arahan V. Nagaraj lakonan Hairul Azreen dan Faralyna Idris, Gila-Gila Remaja 2, kesinambungan dari filem 1985, Gila-Gila Remaja arahan Allahyarham Hussein Abu Hassan lakonan Faizal Hussein. Beliau memegang watak Haikal, abang sulung Lisa.[23] Filem ini turut dibintangi oleh Taiyuddin Bakar, dan Bella Dally.

Beliau kemudian muncul dalam filem Mat Tudung arahan Waan Hafiz yang dibintangi oleh Nelydia Senrose dan Izzue Islam, Fizz melakonkan watak Johari/Johana, ia mengisahkan seorang mat rempit bernama Johari yang telah jatuh cinta kepada gadis bertudung yang sukar didekati bernama Zizie lakonan Nelydia.[24][25] Filem ini ditayangkan pada 28 Julai 2014, diterbitkan oleh Showbiz Productions.[26]

Bersama pelakon berbakat, Lisa Surihani, beliau membintangi filem seram suspens-thriller arahan Jason Chong, Dendam Orang Mati, memegang watak sebagai Shahrul.[27] Filem ini menerima ulasan positif dari pengkririk filem.

Pengiktirafan meluas (2015–kini)

Fizz menjayakan dua watak, iaitu Inspektor Adam dan SuperBro dalam filem aksi komedi adiwira Cicakman 3[28] arahan bersama Yusry KRU dan Ghaz Abu Bakar, menemui penonton di pawagam pada 12 Mac 2015, ia turut dibintangi oleh Zizan Razak dan Lisa Surihani. Fizz berkata mengenai watak lakonannya: "Saya memang sudah lama idamkan untuk terlibat dalam filem adiwira seperti ini. Watak saya terlibat dalam banyak konflik yang melibatkan perasaan. Apa yang boleh saya cakap memang agak meletihkan tetapi saya seronok kerana saya telah melepaskan beberapa tawaran lakonan demi watak Inspektor Adam,"[29]

Bekerja di bawah arahan Syamsul Yusof, Fizz memegang watak Ustaz Azman, rakan karib Ustaz Adam lakonan Syamsul dalam filem seram pecah panggung Munafik yang ditayangkan pada 25 Februari 2016.[30] Filem ini menyaksikan beliau digandingkan bersama Nabila Huda selepas berlakon bersama dalam filem Bisikan Syaitan (2013).[31] Selain itu, beliau juga berlakon dalam dua drama televisyen, Inikah Cinta lakonan Niezam Zaidi dan Farah Nabilah[32] serta Singgahsana Cinta lakonan Ana Dahlia dan Dazrin Kamarudin.[33]

Fizz berlakon di samping Ayda Jebat dan Redza Rosli dalam drama Ku Kirim Cinta arahan Raja Ahmad Alauddin. Dalam filem seram psikologi Hospital arahan Azaromi Ghozali, Fizz melakonkan watak doktor pakar bernama Farid. Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online melihat filem ini tidak diperkuat seperti mana sepatutnya ia dilakukan.[34] Beliau dikhabarkan bakal menghasilkan semula filem Nur Kasih The Movie sebagai karya sulungnya.[35]

Fizz memegang watak sebagai Raizal dalam drama adaptasi Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina lakonan Addy Ashraf dan Nelydia Senrose. Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[36] Beliau kembali menjayakan peranannya sebagai Azman dalam kesinambungan filem Munafik, Munafik 2 yang ditayangkan pada 30 Ogos 2018.[37]

Aktiviti

Selain kerjaya lakonan, Fizz juga mempromosikan kebudayaan di negeri kelahirannya, Pahang Darul Makmur. Beliau juga menganjurkan acara dan konsert menerusi syarikat miliknya, Rain Maker Creations Sdn. Bhd. bagi mempromosikan semuanya berkaitan dengan Pahang.[38] Ditanya mengenai hasil kerja keras beliau bagi mempromosikan Pahang hingga menerima gelaran Datuk, Fizz berkata: "Saya berasal dari Raub, mungkin orang tidak menyedari hal ini tetapi saya telah melakukan banyak kerja untuk mempromosikan pelancongan dan budaya Pahang selain menjadi ikon JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Pahang. Saya harap masyarakat memahami mengapa saya diberi pengiktirafan ini."[4]

Kehidupan peribadi

Fizz mendirikan rumah tangga bersama isterinya yang juga pelakon iaitu Almy Nadia pada 26 April 2014 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Afrina Arianna.[39][40]

Majlis akad nikah yang diadakan dalam majlis sederhana tetapi meriah itu berlangsung di Masjid Balik Pulau, Kampung Pondok Upeh.[41] Pasangan merpati dua sejoli itu selamat bergelar suami isteri setelah dinikahkan dengan sekali lafaz oleh Pendaftar Kanan Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Negeri Pulau Pinang, Norzli Mat kira-kira jam 5 petang.[42]

Fizz juga mempunyai hobi bermain bola sepak. Ketika berusia 17 tahun pada tahun 1996, Fizz pernah mengalami kecederaan di lutut semasa latihan bagi pemilihan pemain di Sukan Malaysia (SUKMA).[43]

Sekitar 2015, namanya dikaitkan dengan seorang pelakon baru, Fara Mendoza.[44] Fizz bagaimanapun menjelaskan beliau tidak mengenali atau pernah bertemu dengan Fara berhubung namanya dikaitkan dengan paparan skrin mesej perbualan menerusi laman sosial WeChat.[45][46]

Filemografi

Kunci
Filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2006 Castello Bade Hj. Azmi Filem pertama
2007 Anak Halal Lut Osman Ali
Orang Minyak Munir Jamal Maarif
C.K. Karan
2009 Syurga Cinta Zainal Ahmad Idham
2010 Niyang Rapik Zack
2011 Nur Kasih The Movie Ustaz Aidil Kabir Bhatia
2012 Cinta Kura Kura Fadzly Nizam Zakaria
Jiwa Taiko Freez Osman Ali
29 Februari Johan Edry Abdul Halim
Hantu Kapcai Ibrahim Ghaz Abu Bakar
Kahwin 5 Rahim Nizam Zakaria
2013 Bisikan Syaitan Kamil Faizul A. Rashid
Gila-Gila Remaja 2 Haikal V. Nagaraj
Pecah Inspektor Haikal Asrul Hisham Ahmad
Tanda Putera Arshad Ayub Shuhaimi Baba Pelakon undangan
2014 Mat Tudung Johari Waan Hafiz
2015 Cicakman 3 Inspektor Adam/Super-Bro Yusry Abdul Halim
Ghaz Abu Bakar
2016 Munafik Ustaz Azman Syamsul Yusof
2017 Hospital Dr. Farid Azaromi Ghozali
2018 Munafik 2 Ustaz Azman Syamsul Yusof

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2006 Dua Hati Feroz TV3 Slot Lestary
2007 Kaizer Zack TV3 Slot Samarinda
2008 Kekasihku Seru Rashad TV3 Slot Seram
Akukah Tanggang? Umar TV3 Slot Lagenda
2009 A.D.A.M. Akmal TV2
Anum Khir TV2
Anak Betong Jagat TV3 Slot Lagenda
Cucu Betong
2010 Gerak Khas TV2 Episod: "Parti Liar" (Bhg. 1&2)
Jangan Bunuh Matahariku Amar TV2 Slot Sutera
Nur Kasih Aidil TV3 Slot Zehra
Ayoub Wan Aidil TV3 Slot Samarinda
Pasukan Gerakan Marin DSP Haikal TV9
2011 Karma Ustaz Haikal TV9 Slot Ratu
Stanza Cinta Taufiq TV3
2012 Hotel Hasanah Omar TV AlHijrah
Waris Rashad TV3 Slot Seram
2013 Cinta Kau Dan Aku Farish Hakimi TV1 Slot Arca
Sedetik Cinta Iskandar TV3 Slot Akasia
Nur Kasih Di Jabal Rahmah Ustaz Fikri TV1 Slot Arca
2014 Mencari Cinta Razlan TV1 Slot Arca
Menantu Sepuluh Ribu Ikhwan TV3 Slot Azalea
Tanah Kubur (Musim 9) Samad Astro Oasis Episod: "Isteri Mithali"
2015 Kasih Jasmin Zamir TV1 Slot Bidadari
Kasih Malisa Adib TV1 Slot Bidadari
Janda Muslimah Ustaz Raikal TV2
2016 Inikah Cinta Mizan TV3 Slot Dahlia
Singgahsana Cinta Taufiq TV1 Slot Arca
2017 Ku Kirim Cinta Nordin TV3 Slot Akasia
2018 Kekasih Paksa Rela Yusman TV3 Slot Akasia
Kamar Kamariah Murad TV3 Slot Zehra
Cinta Tiada Ganti Raizal Astro Prima Adaptasi drama Filipina
2019 Jodoh-Jodoh Anisa Filem dan drama yang belum dikeluarkan Raikal Astro Prima

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2006 Kenangan Semalam Izwan Astro Prima
2007 Kasih Tania Azmi TV1
2008 Demi Masa Zahid TV3
2009 Sonata Labu dan Labi Labi Astro Prima
Tak Serupa Tapi Sama Nusri TV3
Restu Mentua Asri TV3
Mabuk Estrogen Awang Astro Ria
Kontrak Cinta Rashid TV3
Tuntutan Maut Inspektor Razlan TV3
2010 Selamat Datang Anak-anak Suamiku Elyas TV3
Kebun Getah Tok Ayah Joey TV2
Donut Syakir Astro Ria
Cinta D'Butt Badrul TV3
Ranjau Berduri Johan TV2
Dunia Batinku Zainal TV3
Serapuh Arang Farid TV3
Semua Nak A Je Meor TV3
Rawan Seorang Perempuan Bakhtiar TV3
2011 Mencari Bidadari Hakim TV1
Mesej Terakhir Adam TV3
Harapan Azman Astro Prima
Langkah Bendul Nash Astro Warna
Banyak Songeh Nik Astro Warna
2012 Sejadah Putih Musa Astro Oasis
Menantu B+ Anas TV9
Tiga Jumaat Terakhir Aril TV3
Perempuan Neraka Hashim TV3
Pelita Buluh Tok Wan Azman TV3
Kasih Andak Shah Astro Prima
2013 Takbur Mama Sani TV3
Artis Pun Bertuhan TV9
Mulut Murai Tempayan Farid Astro Prima
2014 Pintu Lain Ke Syurga Nasir TV3
Luth Mahfuz Haziq TV3
Baju Raya Yaya Omar TV3
Insaf TV1
2015 Firdaus Kamarul TV3
Along Taufiq TV3
Hantu Mertuaku Halim Astro Ria
Khilaf Seorang Isteri Jimmy TV9
Kecoh Kecoh Raya Hisham TV1
Mama Zoomba Zack Astro Ria
2016 Kulit Fadhil Astro Citra
Anak Arman TV2
Antara Dua Hari Raya Rafidi TV1
Karlisa Tuan Bahrin TV3
2017 Musafir Lalu Chon TV9
Anak Kerak ASP Ashraf Astro Citra
Selimut Merdeka Mohd Merdeka Muda TV3
2018 Rumah Hantu Sakit Jiwa Johan Astro First Eksklusif
Bebaskan Anak Kita Sidek TV3

Iklan

Tahun Tajuk
2010 Hentikan Panggilan Palsu

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2009 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 Pelakon TV Lelaki Popular Dicalonkan
Anugerah Skrin 2009 Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Dicalonkan
2010 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 Pelakon TV Lelaki Popular Dicalonkan
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Pelakon TV Lelaki Popular Menang
2014 Festival Filem Malaysia ke-27 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Dicalonkan

Darjah kebesaran

Pada 27 Januari 2018, Fizz menjadi antara 197 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena istiadat Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar yang dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.[47][48]

Penghargaan Malaysia

Rujukan

  1. ^ Marina Sahabudin (26 Mei 2016). Fizz Fairuz fokus perniagaan Sinar Harian. Dicapai pada 25 September 2016.
  2. ^ Zaidi Mohamad (16 April 2016). Fizz Fairuz akur putaran hidup Berita Harian. Dicapai pada 25 September 2018.
  3. ^ Fizz Fairuz akui susah nak dapat watak utama Astro Awani (27 Julai 2018). Dicapai pada 25 September 2018.
  4. ^ a b Tourism efforts by actor Fizz Fairuz lead to Datukship New Straits Times. Dicapai pada 27 September 2018.
  5. ^ "Sibuk urus syarikat". Berita Harian. 21 Januari 2016. Dicapai 22 Jun 2017 – melalui Pressreader. 
  6. ^ Syanty Octavia Amry (21 Januari 2016). "Fizz luah rasa kecewa". Harian Metro. Dicapai 22 Jun 2017. 
  7. ^ 2 Hati duga kesetiaan persahabatan Utusan Malaysia (22 Julai 2006). Diperoleh pada 28 September 2017.
  8. ^ Orang Minyak: The Oily Man haunt Malaysian cinemas again after decades Screen Anarchy (22 Oktober 2007). Diperoleh pada 28 September 2010.
  9. ^ Wanda Idris (17 Julai 2006). Anak Halal papar gejala sosial masyarakat Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 Mac 2014.
  10. ^ "Seramnya Kekasihku Seru". Utusan Malaysia. 27 Ogos 2008. Dicapai 22 Jun 2015. 
  11. ^ Kamarulzaman, K. (20 Julai 2008). "Kekasihku Seru dalam slot Seram TV3". Berita Harian. Dicapai 2008-09-27. 
  12. ^ Akukah Tanggang & Mahsuri bakal ditayangkan di TV3 Sensasi Selebriti (22 Julai 2008). Diperoleh pada 17 Ogos 2015.
  13. ^ Pengalaman tiga pelakon Niyang Rapik Utusan Malaysia (22 Februari 2010). Dicapai pada 22 Februari 2010.
  14. ^ Drama Nur Kasih Ditonton 5 Juta Orang. mStar Online. December 1, 2009. Retrieved 5 Disember 2009.
  15. ^ "5 juta dijangka tonton episod akhir Nur Kasih". Utusan Malaysia. 27 November 2009. Dicapai 27 November 2009. 3.9 juta penonton mewakili 53.9 peratus penonton televisyen di Malaysia memilih untuk menonton Nur Kasih setiap kali ia ditayangkan pada hari Jumaat pukul 9 malam 
  16. ^ Trailer pertama Nur Kasih The Movie. rotikaya. 17 December 2010. Retrieved 27 January 2011.
  17. ^ Poise and polish The Star Online (12 Julai 2011). Diperoleh pada 16 Oktober 2011.
  18. ^ (Melayu) Teknologi CGI 3D Dalam Filem Cinta Kura Kura. Murai. 11 November 2011. Retrieved 19 November 2011.
  19. ^ Budiey (4 Mei 2012). "Dulu Bara Jiwa Kini Jiwa Taiko". Sensasi Selebriti. Dicapai 21 Oktober 2012. 
  20. ^ '29 Februari' Tiada Kaitan Dengan Patriotik, mStar Online, 29 Ogos 2012. Dicapai pada 3 Sep 2012.
  21. ^ "Hantu Kapcai cerita selepas mati". Kosmo!. 7 Oktober 2012. Dicapai 5 Mac 2013. 
  22. ^ Feride Hikmet Atak (17 Jun 2013). "Nilai Seni & Komersial Resipi Kejayaan 'Hantu Kapcai'". mSTAR Online. Dicapai 5 Julai 2013. 
  23. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (23 Mac 2013). Gila-Gila Remaja 2 ala Bollywood Sinar Harian. Diperoleh pada 10 April 2018.
  24. ^ Mohd Al Qayum Azizi (16 Julai 2014). "Fizz Fairuz Bertengkar Kerana Filem 'Mat Tudung'". mStar Online. Dicapai 14 Mei 2015. 
  25. ^ Dennis Chua (25 Julai 2014). "Fizz sizzles as Johanna". New Straits Times. Dicapai 14 Mei 2015. 
  26. ^ Nurfarhana Mohamed (15 Julai 2014). "Mat Tudung, buat pecah perut". Utusan Malaysia. Dicapai 22 Jun 2015. 
  27. ^ Dendam Orang Mati : Lisa Surihani Atau Fizz Fairuz Yang Psycho? Oh Bulan!. 8 Oktober 2014.
  28. ^ "Pertaruhan bakat Zizan, Lisa, Fizz". KOSMO!. Dicapai 29 November 2015. 
  29. ^ Haryati Karim (22 Februari 2014). Cicakman 3 penuh konflik Kosmo!. Diperoleh pada 28 Oktober 2014.
  30. ^ Nor Akmar Samudin (10 Oktober 2016). "Munafik atasi penonton filem baru". Harian Metro. Dicapai 14 Oktober 2016. 
  31. ^ Zaidi Mohamad (18 Ogos 2018). "Nabila 'heroin' terbaik Malaysia - Fizz Fairuz". Harian Metro. Dicapai 18 September 2018. 
  32. ^ Drama INIKAH CINTA Lakonan Farah Nabila & Niezam Zaidi Sensasi Selebriti (12 Februari 2016). Dicapai pada 12 Februari 2016.
  33. ^ Dugaan Bermadu Dalam Drama Bersiri “Singgahsana Cinta”, di TV1 RTM (5 Januari 2017). Dicapai pada 5 Januari 2017.
  34. ^ Shazryn Mohd Faizal (17 April 2017). Kelemahan Lakon Layar Punca Kekeliruan 'Hospital' - Wayang. mStar Online. Diperoleh pada 1 Mei 2017.
  35. ^ Hanisah Selamat (8 Februari 2018). "Fizz Fairuz mahu hasilkan semula Nur Kasih". Berita Harian. Dicapai 7 Oktober 2018. 
  36. ^ (12 Julai 2018). Cubaan cetus fenomena Harian Metro. Diperoleh pada 27 Julai 2018.
  37. ^ Ramlah Zainal (12 Ogos 2018). "Munafik 2 lebih seram". Harian Metro. Dicapai 16 Ogos 2018. 
  38. ^ Farhana Ab Rahman (25 Julai 2016). "Fizz mahu berbakti di negeri kelahiran". Berita Harian. Dicapai 25 September 2018. 
  39. ^ Budiey (26 April 2014). "Fizz Fairuz & Almy Nadia Selamat Nikah". Sensasi Selebriti. Dicapai 12 Ogos 2014. 
  40. ^ Ana Ghoib (26 April 2014). "Fizz Fairuz & Almy Nadia selamat disatukan". Malaysian Review. Dicapai 12 Ogos 2014. 
  41. ^ Aida Sue (22 April 2014). "Fizz Fairuz & Almy Nadia bakal berkahwin sabtu depan". Wanista. Dicapai 12 Ogos 2014. 
  42. ^ Mohd Rosli, Syajaratulhuda (6 Jun 2016). "Fizz Fairuz, Almy Nadia selamat disatukan". Sinar Harian. Dicapai 6 Jun 2016. 
  43. ^ "'Munafik 2' star Fizz Fairuz is not interested in just being popular". 21 September 2018. Dicapai 25 September 2018. 
  44. ^ Zaidi Mohamad (11 Ogos 2015). "Kenapa Fizz cakap tak kenal saya - Fara Mendoza". Berita Harian. Dicapai 25 September 2015. 
  45. ^ Zaidi Mohamad (11 Ogos 2015). "Saya tak kenal wanita itu - Fizz Fairuz". Berita Harian. Dicapai 25 September 2015. 
  46. ^ Farhana Ab Rahman (19 Februari 2016). "Fizz Fairuz tekad mahu bebas kontroversi". Berita Harian. Dicapai 19 Februari 2016. 
  47. ^ Nurul Nadira Shaari (27 Januari 2018). "Fizz Fairuz dapat Datuk". Berita Harian. Dicapai 2018-04-22. 
  48. ^ Nor Fatihah Ismail (27 Januari 2018). Fizz Fairuz dapat gelaran Dato' Kosmo!. Dicapai pada 28 Januari 2018.
  49. ^ Wawann Mohd (27 Januari 2018). "Fizz Fairuz dapat Datuk". Sinar Harian. Dicapai 2018-04-22. 
  50. ^ "Fizz Fairuz kini bergelar Datuk". Oh! Bulan. 27 Januari 2018. Dicapai 2018-04-22. 

Pautan luar