Dylan O'Brien

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Dylan O'Brien
Dylan O'Brien by Gage Skidmore 2.jpg
Kelahiran (1991-08-26) 26 Ogos 1991 (umur 30)
Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat
PendidikanSMA Mira Costa
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2011-kini
Kampung asalSpringfield Township, New Jersey, A.S.

Dylan O'Brien (lahir 26 Ogos 1991) ialah seorang pelakon lelaki Amerika Syarikat. Beliau terkenal menerusi watak utamanya sebagai Thomas dalam trilogi filem pengembaraan cereka sains The Maze Runner (2014), The Maze Runner: Scorch Trials (2015), Maze Runner: The Death Cure (2018) dan untuk peranannya sebagai Stiles Stilinski dalam siri televisyen MTV, Teen Wolf. Beliau juga membintangi filem sebagai pemeran utama seperti The First Time dan American Assassin, dan peranan pembantu dalam filem The Internship dan Deepwater Horizon.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

O'Brien dilahirkan di Bandar Raya New York, anak lelaki Lisa (née Rhodes), bekas pelakon yang juga mengendalikan kelas lakonan, dan Patrick O'Brien, operator kamera.[2][3] Beliau dibesarkan di Springfield Township, New Jersey, sehingga usia dua belas tahun, ketika beliau dan keluarganya berpindah ke Hermosa Beach, California.[4][5][6] Bapanya berketurunan Ireland, dan ibunya berketurunan Itali, Inggeris dan Sepanyol.[7] Selepas tamat belajar di Sekolah Tinggi Mira Costa pada tahun 2009, beliau bekerja untuk New York Mets.[8] Pada usia 14 tahun, O'Brien mulai memuatnaik video ke saluran YouTube beliau. Penerbit dan pengarah mendekati beliau untuk melakukan pekerjaan untuk siri web semasa tahun seniornya di sekolah menengah.[3] Sewaktu terlibat dalam siri web, O'Brien bertemu dengan seorang pelakon yang menemukannya dengan seorang pengurus. Beliau berhasrat untuk melanjutkan pendidikan di Universiti Syracuse[9] di dalam bidang sukan, tetapi memutuskan untuk aktif dalam kerjaya lakonan.[10]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

O'Brien menjalin hubungan dengan pelakon Britt Robertson, yang dikenalinya pada tahun 2011 semasa penggambaran The First Time.[11][12][13][14][15]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2011 Charlie Brown: Blockhead's Revenge Charlie Brown Filem pendek[16]
2011 High Road Jimmy
2012 The First Time Dave Hodgman
2013 The Internship Stuart Twombly
2014 The Maze Runner Thomas
2015 The Maze Runner: Scorch Trials
2016 Deepwater Horizon Caleb Holloway
2017 American Assassin Mitch Rapp
2018 Maze Runner: The Death Cure Thomas

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2011–2017 Teen Wolf "Stiles" Stilinski Pelakon utama: 83 episod
Pelakon undangan: 2 episod
2013 First Dates with Toby Harris Peter Siri web pendek
Episod: "Roommates"[17]
2013 New Girl The Guy Episod: "Virgins"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Peterson, Jennifer; Burns, Meghann; Bear, Emily. "Deepwater Horizon Mini Press Notes". Lionsgate Publicity. m/s. 14. Dicapai pada February 6, 2017.CS1 maint: multiple names: authors list (link)[pautan putus]
  2. ^ Stuzin, Anne Chorske. "Skidmore Scope Fall 2009". Skidmore Scope. Dicapai pada March 23, 2014.
  3. ^ a b Barker, Lynn (July 27, 2011). "Teen Wolf's Dylan O'Brien 'In real life, I'm the werewolf.'". Teen Television. Diarkibkan daripada yang asal pada August 2, 2011. Dicapai pada July 27, 2011.
  4. ^ "Biography". Dylan O'Brien Online. Retrieved February 6, 2017.
  5. ^ Hixon, Michael (April 22, 2014). "Former Hermosa Beach resident stars in potential blockbuster: Dylan O'Brien got his break on MTV's 'Teen Wolf' but will star in the feature film 'The Maze Runner' in September". The Beach Reporter.
  6. ^ Jacobs, Jay S. (October 19, 2012). "Dylan O'Brien interview about 'The First Time' and 'Teen Wolf.'". PopEntertainment.com. Dicapai pada September 4, 2013.
  7. ^ Johnson, Jason (June 4, 2012). "Sidekick supreme". AsiaOne. Dicapai pada June 4, 2012.
  8. ^ Mathews, Dana (2013). "Up Close and Personal with Dylan O'Brien: The 'Maze Runner' Star Talks Movies, Making It, and More". Teen Vogue. Dicapai pada September 8, 2014.
  9. ^ Stark, Stephanie (July 6, 2011). "One to Watch: Teen Wolf's Dylan O'Brien". Gotham.
  10. ^ Callaway, Tyler (October 10, 2015). "Dylan O'Brien Is on the Rise in Hollywood. Here's Why He Will Be the Next Big Star" Diarkibkan 2016-10-25 di Wayback Machine. Moviepilot. October 10, 2015.
  11. ^ Stephanie Webber (September 25, 2014). "Dylan O'Brien: 5 Things to Know About The Maze Runner Star". Us Weekly. Dicapai pada April 7, 2015.
  12. ^ Shamindri De Sayrah (March 8, 2015). "Maze Runner Married!". Moviepilot. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-13. Dicapai pada April 7, 2015.
  13. ^ Georgette Eva (August 23, 2014). "Who Is Dylan O'Brien Dating? The 'Teen Wolf' Star Has a Supernatural Love Connection". Bustle. Dicapai pada April 7, 2015.
  14. ^ "Actress Britt Robertson is live to answer your questions about her new role in 'Mr. Church' starring Eddie Murphy!". The Hollywood Reporter/Facebook. August 22, 2016. Dicapai pada December 18, 2016.
  15. ^ "Dylan O'Brien Talks Tough Recovery after Maze Runner Set Injury: 'It Was the Worst Experience of My Life'". People. September 13, 2017. Dicapai pada September 17, 2016.
  16. ^ "Charlie Brown: Blockhead's Revenge". Funny or Die. October 27, 2011. Dicapai pada June 6, 2017.
  17. ^ "First Dates with Toby Harris". Vimeo Pro. Dicapai pada June 6, 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]