New York Mets

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
New York Mets
Musim 2024 New York Mets
Ditubuhkan pada 1962
Fail:New York Mets.svg
Logo pasukanLencana topi
Gabungan liga utama
Seragam terkini
Fail:MLB-NLE-NYM-Uniform.png
Nombor tidak digunakan
Warna
  • Biru, jingga, putih[1][2][3]
                  
Nama
  • New York Mets (1962–kini)
Gelaran lain
  • The Metropolitans
  • The Amazins
  • The Metsies[4]
  • The Miracle Mets (1969)[5]
  • The Amazin' Mets (1969)[5]
  • The Bad Guys (1986)[6]
Ballpark
Kejuaraan Liga Utama
Kejuaraan Siri Dunia (2)
NL Pennant (5)
NL East Kejuaraan Divisyen (6)
Kemunculan Wild card (4)
Pejabat pengurusan
PemilikSteve Cohen
PengurusBuck Showalter
Pengurus BesarBilly Eppler

New York Mets merupakan sebuah pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Queens, New York City. Mets bertanding di Major League Baseball (MLB) sebagai pasukan divisyen East National League (NL). Selain Mets, pasukan New York Yankees juga merupakan dua pasukan besbol utama yang berpangkalan di New York City. Mets telah ditubuhkan pada tahun 1962 bagi menggantikan pasukan New York yang menarik diri, Brooklyn Dodgers dan New York Giants.[7] Oleh sebab itu, Mets telah mengguna pakai warna biru yang mewakili pasukan Dodgers manakala warna jingga pula diambil daripada pasukan Giants.

Bagi musim 1962 dan 1963, Mets telah beraksi di gelanggang sendiri di Polo Grounds, Manhattan sebelum berpindah ke Queens. Sejak tahun 1964 hingga 2008, Mets menggunakan Stadium Shea untuk aksi-aksi perlawanan pasukan.[8] Semenjak tahun 2009 pula, Mets kini bermain di Citi Field yang terletak di bersebelahan tapak Stadium Shea pernah beroperasi.

Pada musim sulungnya, Mets merekodkan 40-120 sekali gus mencatatkan rekod terburuk sejak MLB memperkenalkan jadual aksi sebanyak 162 perlawanan. Mets tidak pernah menamatkan musim lebih daripada dua pasukan tercorot pada 1960-an sehinggalah berlakunya peristiwa "Miracle Mets" apabila mereka menumpaskan Baltimore Orioles dalam Siri Dunia 1969. Peristiwa tersebut juga dianggap sebagai salah satu kekecewaan terbesar dalam sejarah Siri Dunia walaupun Mets hanya menghasilkan 100 kemenangan pada musim itu.[9] Mets telah layak ke postseason sebanyak sepuluh kali, menjuarai Siri Dunia dua kali (1969 dan 1986) serta memenangi lima pennant National League (terkini pada tahun 2000 dan 2015) serta enam gelaran divisyen National League East.

Semenjak tahun 2020, Mets telah dimiliki oleh bilionaire, Steve Cohen yang membeli pasukan ini bernilai 2.4 bilion dolar Amerika.[10] Sehingga tahun 2022, Forbes meletakkan Mets sebagai pasukan MLB keenam paling berharga iaitu bernilai $2.650 bilion.[11]

Sehingga penghujung musim 2022, rekod menang-kalah secara keseluruhan pasukan ini ialah 4,652–4,988 (Templat:Winning percentage).[12]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Mets dapat diselusuri pada cadangan Continental League yang diusulkan oleh William Shea pada 1959. Beliau ingin kedua-dua pasukan New York menjadi anggota liga. Liga tersebut telah dimansuhkan pada 1960 apabila pasukan besbol yang berpusat di New York menjadi anggota bagi American League (AL) dan National League (NL) masing-masing. Hal ini telah dipersetujui dan diumumkan pada 1961. Kemudian, pasukan ini memilih nama Mets berbanding nama-nama pilihan lain oleh kerana nama yang mudah dan ringkas serta sama dengan nama korporat (New York Metropolitan Baseball Club Inc.). Nama tersebut juga diterima baik oleh penyokong serta mengingatkan pasukan besbol New York lama, Metropolitans yang wujud pada kurun ke-19. Mets yang juga dikenali sebagai ’ Mets atau Amazins mula beraksi pada 1962 di Polo Grounds; setelah dua musim, mereka berpindah ke Stadium Shea yang baharu. (Pada 2009, Mets mula bermain di gelanggang baru di Citi Field.)

Pasukan tahun 1969 yang dibarisi oleh pelempar Tom Seaver dan Nolan Ryan menjuarai kejuaraan Siri Dunia selepas mereka mengecewakan pasukan pilihan, Baltimore Orioles dalam peristiwa menakjubkan yang dikenali sebagai “Miracle Mets”. Selepas pemain ternama Willie Mays menyertai Mets pada 1972, pasukan ini kembali ke cabaran Siri Dunia pada 1973 tetapi mereka tewas kepada Oakland Athletics dalam tujuh perlawanan. Saki-baki dekad kemudiannya memperlihatkan pasukan ini mempamerkan rekod teruk.

Pada tahun 1980-an, Mets diperkuatkan oleh kumpulan pemain pelempar muda termasuklah Dwight (“Doc”) Gooden, Jesse Orosco dan Sid Fernandez serta diperkukuhkan oleh pemukul hebat seperti Darryl Strawberry dan Gary Carter. Pada tahun 1986, pasukan ini merekodkan 108 kemenangan dan meraih kejuaraan Siri Dunia kedua selepas mengetepikan cabaran Boston Red Sox dalam aksi penuh debaran. Detik-detik yang diingati ialah kesilapan penjaga tapak pertama, Bill Buckner pada pusingan ke-10 perlawanan keenam sekali gus memberi peluang cerah kepada Mets untuk merebut kemenangan. Mets kemudiannya merangkul kemenangan apabila bangkit dari ketinggalan pada aksi terakhir.

Penyalahgunaan bahan yang dilakukan oleh pemain muda berbakat Mets (termasuk Gooden dan Strawberry) telah menjejaskan reputasi pasukan. Namun begitu, pasukan ini telah memenangi NL East pada 1988 meskipun ia kemudiannya gagal melangkah ke Siri Dunia pada saki-baki 1980-an dan 1990-an. Pada awal 1990-an, Mets menempuh detik-detik sukar apabila mencatatkan 103 kekalahan pada 1993 sekali gus menjadikannya ia musim terburuk sejak tahun 1965. Walau bagaimanapun, pasukan ini menjadi semakin kuat pada penghujung 1990-an. Pada tahun 2000, Mets berjaya melangkah ke Siri Dunia yang mana ia dipimpin oleh bintang Mike Piazza. Akan tetapi, Mets tumpas kepada pesaing sekota, Yankees dalam aksi “Subway Series.” Mets sekali lagi mara ke playoff pada 2006 tetapi pada tahun berikutnya, Mets terlepas aksi postseason selepas kalah dalam tujuh perlawanan dengan berbaki 17 perlawanan musim. Pada 2008, Mets sekali lagi kehilangan tempat pada aksi playoff. Dengan itu, Mets menjadi pasukan pertama dalam sejarah MLB untuk tersingkir dari cabaran postseason pada dua tahun berturut-turut setelah tewas dalam aksi terakhir musim di gelanggang sendiri. Berikutan kekecewaan itu, Mets kembali kepada tempoh kekalahan berlarutan dan menamatkan musim di tangga tercorot NL East.

Mets keluar daripada kemelut prestasi dengan aksi bergaya pada 2015 apabila mereka memenangi divisyen dan mara ke Siri Dunia. Namun begitu, Mets berdepan kekalahan kepada Kansas City Royals dalam lima perlawanan penentu. Mets kembali ke playoff pada musim berikutnya (tewas dalam aksi NL Wild Card), tetapi dengan masalah kecederaan pemain dan persembahan buruk pasukan telah menjadikan musim 2017 menerima 92 kekalahan. Kemarau Mets bagi postseason terus berlanjutan sehingga 2020-an.

Budaya[sunting | sunting sumber]

Sokongan peminat[sunting | sunting sumber]

Pada 1998, Pejabat Bajet Independent Bandaraya New York menerbitkan kajian terhadap kesan ekonomi dua pasukan Major League Baseball di bandaraya berkenaan. Kajian mendapati bahawa sebanyak 43% penyokong Mets tinggal di satu daripada lima borough yang terdapat di New York, 39% di kwasan metropolitan New York manakala 12% pula di mana-mana tempat. Penyokong-penyokong Mets boleh dikesan bertaburan di Queens, Brooklyn dan Long Island serta mukim Nassau dan Suffolk. Peminat Mets, Yankees dan Toronto Blue Jays pula berkongsi tempat di Western New York.[13] Antara peminat Mets yang ternama ialah Jerry Seinfeld, Kevin James, Julia Stiles, Ty Burrell, Bill Maher, Ben Stiller, Jimmy Kimmel, Hank Azaria, Jim Breuer, Jon Stewart, Chris Rock, Matthew Broderick, Dylan O'Brien, Glenn Close, Billy Joel, Ad-Rock, MCA, Nas, 50 Cent, Nicki Minaj, Chris Christie, Patrick Mahomes dan Donovan Mitchell.[14]

The 7 Line Army[sunting | sunting sumber]

"7 Line Army" ialah sebuah kumpulan yang terdiri daripada peminat utama Mets yang memenuhi Ruang Big Apple Section di Citi Field ketika aksi tuan rumah bagi Mets. Kumpulan ini dibentuk pada tahun 2012 oleh Darren Meenan sebagai pemilik The 7 Line, sebuah syarikat pakaian yang menghasilkan baju bertemakan Mets.[15][16][17]

Maskot[sunting | sunting sumber]

Mr. Met ialah maskot rasmi bagi New York Mets. Maskot ini diperkenalkan ketika rangkuman program aksi perlawanan pada 1963, iaitu semasa Mets masih menggunakan arena Polo Grounds di utara Manhattan.[18] Apabila Mets berpindah ke Stadium Shea pada 1964, peminat diperkenalkan kepada versi nyata. Mr Met dipercayai merupakan maskot pertama di Major League Baseball untuk wujud dalam rupa manusia.

Mrs. Met (dahulunya Lady Met) ialah versi wanita sebagai pasangan kepada Mr. Met serta mereka didatangkan oleh 2–3 "kanak-kanak" kecil.[19]

Mets juga mempunyai dua maskot lain selain daripada Mr. dan Mrs. Met. Maskot rasmi asal ialah Homer, beagle yang dilatih oleh Rudd Weatherwax dan ditaja oleh Rheingold Beer serta mempunyai platform sendiri di belakang plat tuan rumah di Polo Grounds. Anjing tersebut tidak disertakan ke dalam transisi kelab ke Stadium Shea.[20][21] Selanjutnya, idea anak kepada pemilik pasukan Lorinda de Roulet, Mettle seekor mule melambangkan Mets hanya untuk musim 1979. Nama tersebut digunakan sebagai pemenang kepada pertandingan pemilihan nama yang dimenangi oleh Dolores Mapps. Mapps menjelaskan bahawa ia mencerminkan "semangat, kasih, stamina dan kesungguhan, semua yang Mets miliki". Mettle tidak dikekalkan selepas pasukan Mets telah dijual kepada Nelson Doubleday Jr. dan Fred Wilpon pada tahun berikutnya.[22]

Lagu tema[sunting | sunting sumber]

"Meet the Mets" merupakan lagu utama Mets yang ditulis oleh Bill Katz dan Ruth Roberts pada 1961, iaitu satu tahun sebelum musim sulungnya. Lagu tersebut diputarkan di radio ketika siaran televisyen dan aksi tuan rumah Mets.[23][24] Lagu-lagu lain yang pernah dipasang di aksi tuan rumah Mets termasuklah "Take Me Out to the Ball Game" dan lagu Sicily, "C'è la luna mezzo mare" ketika tujuh pusingan perlawanan dan lagu "Piano Man" di pertengahan pusingan kelapan.

Meme "Let's go Mets"[sunting | sunting sumber]

Pada 2019, satu meme internet yang melibatkan sorakan peminat "let's go, Mets" tersebar di media sosial terutamanya Twitter dan TikTok. Meme itu berdasarkan karakter-karakter fiksyen yang tidak dijangka menunjukkan sokongan kepada pasukan seperti Kingpin dari Spider-Man: Into The Spider-Verse dan karakter-karakter dari permainan video Genshin Impact.[25][26]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Mets Franchise Timeline: 1960s". Mets.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada April 18, 2018.
  2. ^ Casella, Paul (July 12, 2013). "Empire State Building to don Mets colors". MLB.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada July 5, 2021. The historic Empire State Building will glow in Mets blue and orange on Friday night to mark the start of Major League Baseball's All-Star Week in New York City.
  3. ^ "Cap and Uniform History" (PDF). 2020 New York Mets Media Guide (PDF). MLB Advanced Media. March 9, 2020. Dicapai pada July 5, 2021. The colors chosen were "Dodgers Blue" and "Giants Orange," and the NY monogram on the cap was a resurrection of the Giants’ logo.
  4. ^ Golenbock, Peter, penyunting (2002). Amazin': The Miraculous History of New York's Most Beloved Baseball Team. Macmillan. m/s. 108. ISBN 0312309929. Dicapai pada October 24, 2015.
  5. ^ a b Blum, Ronald (October 22, 2015). "Mets' return to World Series evokes legends of star-studded teams from the past". The Washington Times. Dicapai pada October 24, 2015.
  6. ^ Worth, Richard, penyunting (2013). Baseball Team Names: A Worldwide Dictionary, 1869–2011. m/s. 201–208, 361, 368. ISBN 9780786468447. Dicapai pada October 25, 2015.
  7. ^ DiComo, Anthony (December 1, 2021). "5 reasons that led to naming of the Mets". MLB.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada August 21, 2022.
  8. ^ Shapiro, Michael (July 23, 2009). "Memorabilia From the What-If Drawer (Published 2009)". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada February 18, 2021.
  9. ^ "Greatest Upsets In Sports History". Sports Illustrated. June 24, 2013. Dicapai pada October 25, 2015.
  10. ^ Wagner, James (October 30, 2020). "Steven Cohen Is Approved as Mets Owner After Clearing 2 More Hurdles". The New York Times. Dicapai pada January 11, 2021.
  11. ^ "MLB Team Valuations". Forbes. Dicapai pada August 21, 2022.
  12. ^ "New York Mets Team History & Encyclopedia". Baseball-reference.com. Baseball Info Solutions. Dicapai pada October 6, 2022.
  13. ^ "Home Base for Mets and Yankees Fans". ibo.nyc.ny.us. September 28, 1998. Dicapai pada August 21, 2022.
  14. ^ "A look at some of the Mets' famous fans". MLB.com. MLB Advanced Media. January 22, 2021. Dicapai pada August 21, 2022.
  15. ^ Cacase, Matthew (September 11, 2019). "Sitting with the 7 Line Army is an experience like no other". RisingApple.com. Dicapai pada April 6, 2022.
  16. ^ Bondy, Filip (October 28, 2015). "Move Over, Bleacher Creatures: It's The 7 Line Army's Turn". The New York Times. Dicapai pada April 6, 2022.
  17. ^ Sheetz, Michael (October 31, 2015). "The 7 Line hits it big with its Army of Mets fans". CNBC. Dicapai pada August 2, 2022.
  18. ^ McGuire, Stephen; Goff, Liz (April 25, 2002). "He's In The Army Now: The Life And Times Of Mr. Met". Queens Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada June 15, 2011. Dicapai pada October 4, 2009.
  19. ^ Chandler, Rick, penyunting (July 5, 2013). "Mrs. Met Is Back, And Apparently She's Into Some Pretty Kinky Stuff". Sports Grid. Dicapai pada October 24, 2015.
  20. ^ Rushin, Steve. "Bad Beyond Belief," Sports Illustrated, May 25, 1992. Retrieved September 4, 2019
  21. ^ Silverman, Matthew. New York Mets: The Complete Illustrated History. Minneapolis, MN: MVP Books, 2011. Retrieved September 4, 2019
  22. ^ Belson, Ken. "When the Mets Had Mettle," The New York Times, Friday, February 26, 2010. Retrieved September 4, 2019
  23. ^ Keepnews, Peter (July 4, 2011). "Ruth Roberts, 'Meet the Mets' Songwriter, Dies at 84". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada May 17, 2013. Dicapai pada July 7, 2011.
  24. ^ Varvaro, Matt (May 9, 2016). "The many versions of "Meet the Mets"". Amazin' Avenue. Dicapai pada January 13, 2022.
  25. ^ "Let's Go Mets". Know Your Meme. Dicapai pada 26 June 2023.
  26. ^ Haasch, Palmer. "A meme about Genshin Impact video game characters loving the New York Mets is going viral on TikTok". Insider. Dicapai pada 26 June 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]