Dōjin
Dōjin (Jepun: 同人, Hepburn: dōjin), seringkali ditulis dalam huruf-huruf Roman sebagai doujin, merupakan istilah umum dalam bahasa Jepun yang merujuk kepada sekumpulan orang atau rakan-rakan yang berkongsi minat, aktiviti, hobi atau objektif yang sama. Perkataan ini kadang-kala diterjemah dalam bahasa Inggeris sebagai clique (klik), coterie (kelompok), society (masyarakat) atau circle (misalnya, sewing circle (peminat menjahit).
Di Jepun, istilah ini digunakan untuk merujuk kepada karya-karya terbitan amatur, termasuklah (namun tidak terhad kepada) manga, novel-novel, panduan peminat, keloksi seni, muzik dan permainan video. Sesetengah artis profesional mengambil bahagian sebagai suatu kaedah untuk menerbitkan bahan-bahan yang diluar skop industri terbitan biasa.
Jenis-jenis[sunting | sunting sumber]
- Dōjinshi: manga. Sebuah sub-kategori dinamakan lebih tepat lagi sebagai dōjin CG (Jepun: 同人CG, Hepburn: dōjin shiijii) untuk seni-seni CG.
- Dōjin soft / permainan video dōjin (Jepun: 同人ソフト / 同人ゲーム, Hepburn: dōjin sofuto / dōjin geimu): judul-judul permainan video, perisian
- Dōjin muzik (Jepun: 同人音楽, Hepburn: dōjin ongaku): muzik
- H dōjin (Jepun: エッチ同人, Hepburn: ecchi dōjin), atau "hentai", merupakan sejenis dōjin yang berunsurkan seks.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- (Inggeris) Doujinshi Online: laman web rujukan, menyenaraikan artis-artis berkumpulan
- (Inggeris) Passion: Laman senarai peminat dōjinshi terkenal
- (Inggeris) Doujinshi DB: pangkalan sumbangan pengguna untuk artis/buku/kumpulan dōjinshi, termasuklah penterjemahan nama-nama mereka