Ekonomi Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sarawak adalah negeri kedua terkaya dalam hasil sumber ekonominya di Malaysia dengan hasil sumber gas asli, petroleum, balak dan kelapa sawit. Selain itu, terdapat juga sumber ekonomi yang baru seperti sektor perkilangan elektronik dan bioteknologi.

Dengan kawasan yang luas terbentang, Sarawak mempunyai banyak kawasan yang sesuai untuk perkembangan pertanian, Lebih kurang 32% atau kira-kira 40,000 km² luas kawasan telah dikenalpasti sesuai untuk pertanian. Walau bagaimanapun, tidak sampai 9% yang ditanam dengan tanaman kekal, manakala selebihnya masih dalam proses penanaman padi huma iaitu seluas 16,000 km² lebih. Selain kelapa sawit, tanaman komersil lain adalah sagu dan lada hitam.

Sejak 1980-an, Sarawak telah mula mempelbagai dan mengubah ekonominya kepada bentuk industri. Taktik ini telah berjaya, dan kini industri perkilangan dan teknologi memainkan peranan penting dalam membentuk pengembangan ekonomi negeri.

Walaupun merupakan negeri yang terbesar di Malaysia, Sarawak mampu untuk membangunkan semua bahagian dan daerah negeri tersebut untuk mengejar status negeri maju pada tahun 2020. Sarawak bersamaan dengan Selangor mempunyai dua bandar raya iaitu Bandaraya Kuching dan Miri.

Dengan adanya kawasan yang luas dan kaya dengan sumber alam, Sarawak telah menjadi antara pilihan menarik bagi para pelabur.