Krisis air Lembah Klang 2009

From Wikipedia
Jump to navigation Jump to search

Krisis air Lembah Klang 2008 dijangka berlaku jika cuaca panas dan kering berterusan dari Mei hingga September 2009 berterusan. Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan cuaca panas dan kering akan berterusan sehingga September 2009.

Kualiti udara di kebanyakan kawasan di Malaysia terutama Lembah Kelang merosot dan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan ialah 51 hingga 100 iaitu ditahap sederhana.Beberapa kawasan di Semenanjung dilanda jerebu. Jarak penglihatan pada di Seberang Perai, Bayan Lepas, Subang, Petaling Jaya, Melaka dan Kuantan merosot iaitu antara 6 hingga 9 kilometer (km).[1]

Laporan Pusat Mereorologi ASEAN (ASMC) sehingga 7 Jun 2009 juga menunjukkan terdapat 125 titik panas ketika ini dikesan di Malaysia selain terdapat peningkatan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.[2]

Indeks Pencemaran Udara (IPU)[edit | edit source]

Berikut ialah catatan IPU yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia(DOE). [3]

Lokasi IPU 13 Jun
Pelabuhan Klang 89
Cheras 76
Batu Muda 75
Petaling Jaya 74
Shah Alam 74
Kuala Selangor 74
Kangar 23
Limbang 26
Sri Aman 31
Langkawi 30
Kemaman 51
Sandakan 46

Punca[edit | edit source]

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas menyatakan bahawa Malaysia khususnya Lembah Kelang akan berdepan fenomena El Nino jika cuaca kering dan kemarau berterusan sehingga September 2009. Setakat ini julat pemanasan masih terkawal.Kementerian akan melakukan pemantauan melalui udara dengan kerjasama unit udara polis dan syarikat penerbangan swasta bagi mengesan pembakaran terbuka terutama di kawasan paya gambut serta tapak pelupusan sampah.

Keadaan empangan[edit | edit source]

Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail menyatakan bekalan air di enam empangan sedia ada sekarang telah mengalami penyusutan 10 peratus ekoran cuaca kering. Kawasan tadahan berhampiran empagan dan tasik yang menjadi sumber bekalan air menyusut beransur-ansur akibat cuaca kering.[4] Empangan di Selangor termasuklah Empangan Semenyih, Empangan Batu, Empangan Ulu Selangor, Empangan Ulu Langat dan Empangan Ulu Kelang.

Syabas akan mengawal atau mengurangkan pelepasan bekalan air kepada pengguna secara sistematik jika bekalan susut secara mendadak.Pengguna hendaklah berjimat-cermat menggunakan air di samping mengurangkan aktiviti menggunakan air seperti membasuh kereta.

Tiga empangan di Negeri Sembilan iaitu Empangan Talang, Empangan Kelinchi dan Empangan Terip akan mencukupi bagi tempoh lima tahun akan datang.[5]

Rujukan[edit | edit source]