Elfaeza Ul Haq

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Elfaeza Ul Haq
Kelahiran
Siti Elfaeza binti Mohmed Ehsan Ul Haq

(1985-09-21) 21 September 1985 (umur 38)
PendidikanBukit Panjang Government High School
PekerjaanPelakon, pengacara, model
Tahun aktif2003–kini

Siti Elfaeza Mohmed Ehsan Ul Haq (lahir 21 September 1985) merupakan seorang pelakon wanita Singapura yang aktif berlakon di Singapura dan Malaysia.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Jurong, Singapura dan merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang seni pada usia 18 tahun dengan menyertai pertandingan nyanyian di Singapura iaitu Anugerah anjuran MediaCorp Suria pada tahun 2003 dan selepas itu, beliau terjun ke bidang lakonan. Beliau mula menjejak kaki ke Malaysia ketika berumur 23 tahun dengan membintangi drama Impak Maksima the Series dan KL Menjerit The Series pada tahun 2008 walaupun hanya memegang watak kecil sahaja. Nama Elfaeza mula dikenali kerana membintangi drama Adam & Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa pada tahun 2012.[2] Pada tahun yang sama, beliau berlakon bersama Tiz Zaqyah dalam telefilem Biarlah Rahsia.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Elfaeza mula memakai tudung pada 2015 ketika diundang sebagai penyampai trofi Anugerah Planet Muzik 2015 bersama artis senegaranya, Suhaimi Yusof. Beliau hadir mengenakan busana songket rekaan Adila Long dan mengenakan tudung biru.[4] Beliau sebelum ini mendedahkan keputusan untuk menanggalkan tudung bagi menjayakan sebuah drama Singapura, Tanglin.[5][6][7]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

  • Kompas (Indonesia) (2006)
  • Life Story - Lt. Adnan (Singapore) (2006)
  • Incredible Tales – The Protective Father (Singapore) (2007)
  • Impak Maksima the Series (2008)
  • KL Menjerit The Series (2008)
  • Behind Closed Doors - Incest (Singapore) (2008)
  • Yazid Pakai Lampin (Singapore) (2008)
  • Jeritan Sepi – Memburu Kasih (Singapore) (2008)
  • Purnama - Peluang (Singapore) (2008)
  • Otak Alfi Berdengung (Singapore) (2009)
  • Nora Wedding Concepts (Singapore) (2009)
  • Fajar Ramadhan Season 1 (Singapore) (2009)
  • Sewa - Carpet (Singapore) (2009)
  • The Pupil Season 1 (Singapore) (2009)
  • Art Dan El (Singapore) (2010)
  • Mr Pakar Season 1 (Singapore) (2010)
  • Fajar Ramadhan Season 2 (Singapore) (2010)
  • Mr Pakar Season 2 (Singapore) (2010)
  • The Pupil Season 2 (Singapore) (2011)
  • Adam & Hawa (2012)
  • Tiara (2012)
  • Cinta Qaseh (2013)
  • Dalam Setiap Sujud (2013)
  • Iman Nabila (2013)
  • Tanah Kubur 6 (2013)
  • Janji Adam (2013)
  • Mukhlis (2014)
  • OMG (2014)
  • Danny The Series (2014)
  • Seharum Rindu (2015)
  • Keluarga Karaoke (2015)
  • Tanglin (Singapore) (2015)
  • Kelas 3 Cempaka (2017)
  • Fiesta Komedi 3 (Singapore) (2021)
  • Bidadari (Singapore) (2022)

Telefilem[sunting | sunting sumber]

  • Biarlah Rahsia (2012)
  • Jambatan Ke Syurga (2012)
  • Anugerah Dendam Yang Terindah (2013)
  • Siapa Di Hatimu (2013)
  • Kompang Abang Zabidi (2013)
  • Common Space (Singapore) (2013)
  • Potret Duka (2014)
  • Persis Bidadari (2014)
  • Bukan Salah Kami (2014)
  • Rumah Untuk Ibu (2014)
  • Ustaz Sebelah Rumah (2016)
  • Rise (Singapore) (2016)
  • Psikopat (2017)
  • Tempahan Eid (Singapore) (2020)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2015 Pesta Perdana Singapura Pelakon Wanita Terbaik Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Siti Athirah Dzulkifly (1 Februari 2015). Elfaeza Ul Haq seksa diri Utusan Malaysia. Dicapai pada 27 April 2015.
  2. ^ Elfaeza mulakan langkah Utusan Malaysia (31 Januari 2015). Dicapai pada 17 Ogos 2015.
  3. ^ Kamaruddin Razal (15 November 2019). "Saya datang dari Singapura, tak kenal sesiapa dan dia" - Elfaeza buka mulut pasal Tiz! Astro Gempak. Dicapai pada 15 November 2019.
  4. ^ Zaidi Mohamad (14 Oktober 2015). Elfaeza Ul Haq juga sudah bertudung Berita Harian. Dicapai pada 23 November 2015.
  5. ^ Fatin Farhana Ariffin (27 Januari 2016). Elfaeza buka tudung penuhi kontrak Berita Harian. Dicapai pada 23 November 2016.
  6. ^ Zaidi Mohamad (29 Disember 2016). Insiden buka hijab beri pengajaran besar kepada Elfaeza Ul Haq Berita Harian. Dicapai pada 1 Januari 2017.
  7. ^ Farhana Ab Rahman (6 Januari 2016). Elfaeza Ul Haq jawab isu buka hijab Berita Harian. Dicapai pada 23 November 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]