Enggang sangkakala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Enggang sangkakala
Jantan di Zoo Taman Lowry di Florida, AS
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Bucerotiformes
Keluarga: Bucerotidae
Genus: Bycanistes
Spesies:
B. bucinator
Nama binomial
Bycanistes bucinator
(Temminck, 1824)
Sinonim

Ceratogymna bucinator

Enggang sangkakala (Bycanistes bucinator) ialah spesies enggang dalam keluarga Bucerotidae. Ia dijumpai di Burundi, Mozambik, Botswana, Konggo, Pergunungan Pare Utara Tanzania, Kenya, jalur Kaprivi di Namibia, dan timur Afrika Selatan. Habitat semulajadinya ialah hutan malar hijau tropika.

Pemerihalan[sunting | sunting sumber]

Ia bersaiz sederhana, dengan panjang antara 58 dan 65 cm (23 dan 26 in), dicirikan oleh cula kelabu yang besar pada paruhnya, lebih kecil pada betina. Matanya perang atau merah, dengan kulit sekelilingnya jambu. Jisim badannya ialah antara 0.45 dan 1 kg (0.99 dan 2.20 lb).[2] Ia mirip enggang pipi perak. Ciri yang membezakannya termasuklah belakang serba hitam, perut dan bulu susup sayap bawah putih (dalam penerbangan, sayap menunjukkan hujung putih), dan kulit muka merah.

Tingkah laku[sunting | sunting sumber]

Ia ialah burung yang suka berkawan, biasanya hidup dalam kumpulan dua hingga lima individu, walaupun kadang-kadang sebanyak lima puluh ekor.

Habitat dan taburan[sunting | sunting sumber]

Ia penetap biasa tempatan di hutan malar hijau tropika Burundi, Mozambique, Botswana, Congo, Pergunungan Pare Utara Tanzania, Kenya, jalur Caprivi Namibia dan timur Afrika Selatan.

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Ia memakan buah-buahan dan serangga besar.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Seperti enggang lain, betina mengeram empat hingga lima biji telur putih sambil berkurung di dalam petak sarang.

Status pemuliharaan[sunting | sunting sumber]

Ia dinilai sebagai Kurang Membimbangkan dalam Senarai Merah Spesies Terancam IUCN kerana ia tersebar luas di seluruh julat besarnya.[1]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b BirdLife International (2018). "Bycanistes bucinator". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T22682548A130081383. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-2.RLTS.T22682548A130081383.en. Dicapai pada 13 November 2021.
  2. ^ CRC Handbook of Avian Body Masses by John B. Dunning Jr. (Editor).