Engku Aleesya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Engku Aleesya
Errabirthday7.jpg
Engku Aleesya, Februari 2010
Latar belakang
Nama lahirEngku Aleesya binti Engku Emran
Berasal dariMalaysia Petaling Jaya, Malaysia
Tahun aktif2009 – sekarang

Engku Aleesya binti Engku Emran (lahir pada 30 Mac 2009 jam 11.40 pagi di Hospital Pakar Damansara, Damansara, Kuala Lumpur) adalah anak kepada "Primadona Filem Melayu Alaf Baru" Erra Fazira. Aleesya dilahirkan seberat 4.04 kilogram merupakan anak sulung Erra hasil perkahwinannya dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Aleesya, anak primadona[sunting | sunting sumber]

Dalam kandungan[sunting | sunting sumber]

Ketika masih dalam kandungan Aleesya telah dilamar untuk muncul sebagai pelakon dalam drama Mertua vs Menantu musim kedua bersama Erra, namun ibunya itu menolak tawaran yang dibuat oleh penerbit terkenal, David Teo itu. Kelibat Erra mengandung boleh dilihat dalam siri TV tersebut.

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

Pun begitu, kelahiran Aleesya lebih membawa kepada episod yang menarik. Tindakan ibu bapanya menghalang wartawan dan media daripada merakam gambar Aleesya menjadi spekulasi media sepanjang tempoh 44 hari Erra berpantang. Orang ramai terutama peminat begitu teruja untuk melihat anak sulung Erra itu sehinggakan timbul kisah penyebaran gambar palsu Aleesya. Tidak kurang juga media yang menawarkan wang tunai untuk menjadi yang pertama menyiarkan gambar Aleesya, namun atas dasar profesionalisme Erra berlaku adil kepada semua media untuk mengadakan satu majlis khas memperkenalkan anak sulungnya itu.

Kemunculan pertama[sunting | sunting sumber]

Aleesya muncul buat pertama kali di hadapan media ketika majlis aqiqah & cukur jambulnya, yang diadakan di Restoran Puteri, Sungai Penchala pada 23 Mei 2009. Majlis sungguh meriah dengan kumpulan wanita yang sedang marhaban dan berzanji sebelum majlis dimulakan. Keadaan agak sesak dengan kehadiran puluhan wakil media dan jurufoto serta jurukamera dari dalam dan serantau Nusantara.

Gugu Gaga Erra[sunting | sunting sumber]

Erra mengumumkan beliau bersama suami serta Aleesya sendiri akan muncul dalam siri TV realiti, Gugu Gaga Erra terbitan Box Lite Film. Program sebanyak 10 episod yang ditayangkan di Astro Ria (104) bermula Selasa 9 Jun lalu pada jam 9 malam dan ulangannya setiap Ahad jam 1.30 petang itu mencapai rating purata 2 juta penonton seminggu.

Erra semasa majlis cukur jambul anaknya, pernah memberitahu media bahawa seboleh-bolehnya beliau tidak ingin anaknya mengikut jejak langkahnya sebagai selebriti. Malah katanya kebebasannya seperti tergadai dek kerana memberi laluan kepada penggambaran dilakukan.

Masa depan[sunting | sunting sumber]

Pada September 2009, Erra mengumumkan bahawa beliau akan menghantar Aleesya ke sekolah permainan kanak-kanak serta kelas seni apabila Aleesya berusia 1 tahun kelak.[1]

TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Rancangan TV Peranan Nota Saluran
2009 Gugu Gaga Erra sebagai Engku Aleesya 10 episod (TV realiti) bersama ibu Erra Fazira dan bapa Engku Emran Astro RIA
Cinta Lelong Bayi Astro RIA

Rujukan[sunting | sunting sumber]