Eunos, Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Eunos
Bahasa InggerisEunos
Bahasa Cina友诺士
– PinyinYǒunuòshì
Bahasa MelayuEunos
Bahasa Tamilயூனுஸ்
Kawasan perumahan di Eunos

Eunos ialah sebuah kawasan kejiranan di bahagian timur Singapura yang terangkum dalam kawasan perancangan bandar Paya Lebar.

Etimologi dan sejarah[sunting | sunting sumber]

Kawasan Eunos pada asalnya dipanggil Kampong Melayu, sebuah perkampungan Melayu yang besar yang juga merangkumi kawasan Kampong Ubi dan Kaki Bukit. Perkampungan ini kemudian dinamakan semula sebagai Kampong Eunos untuk memperingati pengasasnya, Encik Muhammad Eunos Abdullah.

Eunos Abdullah merupakan pengerusi dan salah seorang pengasas Kesatuan Melayu Singapura. Beliau juga menjadi orang Melayu pertama di dalam Majlis Undangan Singapura yang pada masa itu bertanggungjawab mentadbir Singapura. Pada tahun 1927, Eunos Abdullah telah memohon daripada pemerintah kolonial bantuan kewangan sebanyak $700,000 yang kesatuannya boleh gunakan untuk membeli tanah sebesar 240 hektar dengan tujuan mendirikan sebuah perkampungan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan daripada tapak web Infopedia, kelolaan Perpustakaan Nasional Singapura