Kreta Ayer
Kreta Ayer
| |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pusat Warisan Chinatown di Jalan Pagoda menduduki tiga buah rumah kedai di Kreta Ayer, yang diubahsuai untuk menempatkan bahan kenangan dan kisah-kisah pendatang awal Singapura yang selama ini belum terbongkar. | |||||||||||
Nama Cina | |||||||||||
Cina Tradisional: | 牛車水 | ||||||||||
Cina Ringkas: | 牛车水 | ||||||||||
Maksud harfiah: | "air kereta lembu" | ||||||||||
| |||||||||||
Nama Tamil | |||||||||||
Bahasa Tamil: | சைனா டவுன் |
Kreta Ayer atau Chinatown ialah sebuah petempatan etnik yang bercirikan unsur-unsur kebudayaan Cina yang menonjol serta tumpuan penduduk etnik Cina bersejarah. Kreta Ayer terletak dalam lingkungan daerah Outram.
Oleh sebab orang Cina adalah kelompok etnik terbesar di Singapura, iaitu kira-kira 75% keseluruhan penduduk, Kreta Ayer tidak kelihatan seperti suatu enklaf etnik seperti dahulu. Namun begitu, daerah ini masih mengekalkan peninggalan sejarah dan kebudayaan yang penting. Kebanyakan kawasannya telah diisytiharkan secara rasmi sebagai tapak warisan yang ditandakan untuk pemuliharaan oleh pihak Penguasa Pembangunan Semula Bandar.
Galeri[sunting | sunting sumber]
Jalan Smith kini ada lorong makanan alfresco.
Jalan Trengganu telah diubahsuai menjadi kawasan pejalan kaki yang dilengkapi kedai di kedua-dua belah jalan, dan menjadi pasar malam selepas waktu senja.
Duxton Plain Park terbentang dari Jalan New Bridge di Kreta Ayer hingga bekas Kompleks Renang Yan Kit di Tanjong Pagar.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kreta Ayer. |
![]() |
Wikivoyage memiliki panduan pelancongan bagi Singapore. |