Kawasan Tadahan Air Tengah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai kawasan tadahan air yang terletak di Daerah Utara, Singapura. Untuk hutan simpan yang berada di dalamnya, sila lihat Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah.
Kawasan Tadahan Air Tengah
كاوسن تادهن أير تڠه
  • Central Water Catchment
  • 中央集水区
  • மத்திய நீர் நீர்ப்பிடிப்பு
Kawasan berwarna hijau menunjukkan lokasi Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah di Singapura
Lokasi hutan simpanan berada di dalam Kawasan Tadahan Air Tengah
Lokasi Singapura
Koordinat01°22′N 103°48′E / 1.367°N 103.800°E / 1.367; 103.800Koordinat: 01°22′N 103°48′E / 1.367°N 103.800°E / 1.367; 103.800
Jenis Kawasan tadahan air
Luas permukaan37.1 kilometer persegi (14.3 bt2)

Kawasan Tadahan Air Tengah adalah sebuah kawasan perancangan yang ditetapkan dan salah satu daripada dua kawasan tadahan air di Singapura. Takungan air utama negara seperti MacRitchie, Upper Seletar, Upper Peirce dan Lower Peirce terletak di kawasan ini.[1]

Kawasan tadahan air ini terletak tengah-tengah negara pulau Singapura, dan kawasan ini sebahagian besarnya menempatkan Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah, yang turut juga menempatkan beberapa tempat riadah seperti Taman Haiwan Singapura, Safari Malam dan Safari Sungai.

Hidupan liar[sunting | sunting sumber]

Takungan MacRitchie mempunyai beberapa haiwan yang bermastautin di situ seperti burung, monyet dan biawak. Malahan pula, HSCB Treetop Walk, sebuah jambatan gantung yang berada di kawasan itu menjadi tempat tumpuan bagi para pemerhati burung dan pelancong.

Burung-burung seperti lang siput (Haliaeetus leucogaster) boleh ditemui di Takungan Upper Seletar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bukit Timah Nature Reserve" (dalam bahasa Inggeris). Lembaga Taman Negara. Diarkib daripada yang asal pada 5 Ogos 2012. Dicapai pada 4 Jun 2009.