Lok-U

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Faizal Uzir)
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Loke Yew.
Lok-U
Nama lahirFaizal bin Uzir
Kelahiran1974
Kuala Lumpur, Malaysia
Meninggal dunia22 Januari 2020 (umur 46)
Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
Pekerjaanpemuzik, komposer, konduktor, pengarah muzik, penerbit rakaman
Instrumengitar, keyboard
Tahun aktif1994–2020

Faizal Uzir (1974–22 Januari 2020) atau lebih terkenal sebagai Lok-U merupakan seorang pemuzik, komposer, konduktor, pengarah muzik dan penerbit rakaman Malaysia.[1] Beliau ialah antara pemuzik disegani dalam kalangan penggiat muzik tanah air.

Dilahirkan di Kuala Lumpur, Lok-U memulakan kerjayanya sebagai pemuzik di syarikat minyak dan gas Petronas dan menimba pengalaman dengan mengiringi persembahan ramai penyanyi terkenal termasuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Aishah dan ramai lagi. Beliau pernah menjadi pengarah muzik untuk pelbagai rancangan realiti seperti Mentor dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).[2]

Merupakan lulusan dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Faizal menguruskan syarikat penerbitan muziknya L Que Entertainment dan pernah berkhidmat sebagai pengarah muzik di Karnival Jom Heboh dari 2009 hingga 2012 dan juri di Anugerah Industri Muzik (AIM).[3] Lok-U merupakan antara juri profesional yang mengadili separuh akhir Muzik Muzik ke-34 pada November 2019.[4]

Beliau berkahwin dengan Jamariah Yusof dan dikurniakan empat anak—tiga anak lelaki Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial dan seorang anak perempuan Yasmin Damia.[5] Beliau meninggal dunia pada 22 Januari 2020 pada usia 46 tahun selepas pulang dari bersenam akibat sesak nafas di kediamannya di Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor.[6] Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya selepas solat Asar.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ridzuan Abd Rahman (22 Januari 2020). Lok-U meninggal dunia Harian Metro. Dicapai pada 23 Januari 2020.
  2. ^ Farihad Shalla Mahmud (22 Januari 2020). Lok-U meninggal dunia Berita Harian. Dicapai pada 23 Januari 2020.
  3. ^ Dennis Chua (22 Januari 2020). #Showbiz: Musician Faizal Uzir a.k.a Lok U dies New Straits Times. Dicapai pada 23 Januari 2020.
  4. ^ Pemuzik terkenal Lok-U meninggal dunia selepas balik joging mStar Online (22 Januari 2020). Dicapai pada 23 Januari 2020.
  5. ^ Ridzuan Abd Rahman (23 Januari 2020). Impian Lok U buat anak-anak Harian Metro. Dicapai pada 23 Januari 2020.
  6. ^ Pemuzik ternama Lok-U meninggal dunia Astro Awani (22 Januari 2020). Dicapai pada 23 Januari 2020.
  7. ^ Pengarah muzik terkenal Lok U meninggal dunia akibat sesak nafas Free Malaysia Today (22 Januari 2020). Dicapai pada 23 Jnauari 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]