Seri Kembangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Seri Kembangan
史里肯邦安
سري كمبڠن
ஸ்ரீ கெம்பாங்கான்
Kedudukan Seri Kembangan jika dilihat dari Malaysia
Seri Kembangan
Seri Kembangan
Lokasi Dalam Malaysia
Koordinat: 3°02′N 101°43′E / 3.033°N 101.717°E / 3.033; 101.717
Negara  Malaysia
Negeri  Selangor
Kerajaan
 - Pentadbir Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
 - Yang Di-Pertua Y.B. Dato' Nor Hisham Ahmad Dahlan
 - Ahli Parlimen Y.B. Gobind Singh Deo (DAP) - Puchong
 - ADUN Y.B Ean Yong Hian Wah (DAP) - Seri Kembangan
Kepadatan (2018)
 - Jumlah 43,611
Zon masa MST (UTC+8)
Seri Kembangan
Bahasa Cina: 史里肯邦安

Seri Kembangan ialah sebuah bandar baharu yang pesat membangun di Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Seri Kembangan merangkumi kawasan dari Balakong, Taman Lestari Perdana dan Taman Serdang Raya hingga ke Bandar Putra Permai, Taman Equine dan Taman Lestari Putra. Seri Kembangan terletak berdekatan dengan Putrajaya, Sungai Besi dan Puchong. Majoriti penduduk di sini berbangsa Cina pada asalnya, namun kini semakin ramai bangsa India dan Melayu yang tinggal di sini. Kebanyakkan penduduk Cina di sini berketurunan Hakka.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Seri Kembangan tertubuh sebagai Kampung Baru Serdang pada tahun 1952 apabila pihak British memindahkan penduduk kampung berketurunan Cina sekitar Sungai Besi ke satu lokasi tertumpu disebabkan ancaman Komunis semasa Darurat Tanah Melayu sebagai sebahagian daripada Rancangan Briggs.

Pada mulanya, kampung ini hanya memiliki 50 rumah dan ke semuanya dibina dengan tangan kerana pihak British hanya menyediakan tanah kosong. Kawasan ini berdekatan dengan estet pokok getah dan hutan di mana bahaya boleh datang tanpa diduga. Kebanyakkan penduduk di sini merupakan orang yang bergaji rendah dan bekerja di lombong atau sebagai penoreh getah.[2]

Pada tahun 1980-an Seri Kembangan mula membina nama apabila menjadi pusat industri kasut terbesar di negara ini. Lebih 60 peratus pengeluaran kasut kulit berjenama terkemuka di negara  ini dibuat di lebih 200 kilang kasut di Seri Kembangan. Bagaimanapun, industri itu mula merosot pada tahun 1990-an, hingga kini hanya tinggal kurang 50 kilang pembuatan kasut di Seri Kembangan. Pengusaha tempatan tidak dapat bersaing dengan kasut import dari negara China yang lebih murah harganya.[3]

Selepas Sukan Komanwel 1998, lebih banyak pembangunan telah diadakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini telah mentransformasikan bandar yang dahulunya tidak dikenali sebagai satu hab perniagaan yang terunggul di Selangor.

Cuaca[sunting | sunting sumber]

Dilindungi oleh Banjaran Titiwangsa di bahagian timur dan Pulau Sumatera di barat, Seri Kembangan mempunyai iklim hutan hujan tropika (Pengelasan Iklim Köppen Af) iaitu panas dan lembab, terutamanya ketika musim Monsun Timur Laut dari Oktober ke Mac. Suhu di Seri Kembangan dijangka tetap sepanjang tahun. Suhu maksimum berukuran di antara 31 hingga 33 darjah Celcius namun begitu suhu di sini belum pernah mencecah lebih daripada 39 darjah Celcius, manakala suhu minimum dapat menjangkau di antara 22 hingga 24 darjah Celcius dan tidak pernah jatuh sehingga bawah daripada 14 darjah Celcius. Secara normal, Seri Kembangan menerima sebanyak 2,600 m (100 inci) hujan setahun di mana bulan Jun dan Julai selalunya paling kering.

Data iklim untuk Subang Jaya (Jarak kira-kira 5 km dari Seri Kembangan)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tertinggi °C (°F) 36
(97)
37
(99)
37
(99)
36
(97)
36
(97)
36
(97)
36
(97)
36
(97)
35
(95)
35
(95)
35
(95)
35
(95)
37
(99)
Purata tinggi °C (°F) 32.1
(89.8)
32.9
(91.2)
33.2
(91.8)
33.1
(91.6)
32.9
(91.2)
32.7
(90.9)
32.3
(90.1)
32.3
(90.1)
32.1
(89.8)
32.1
(89.8)
31.6
(88.9)
31.5
(88.7)
32.4
(90.3)
Purata rendah °C (°F) 22.5
(72.5)
22.8
(73)
23.2
(73.8)
23.7
(74.7)
23.9
(75)
23.6
(74.5)
23.2
(73.8)
23.1
(73.6)
23.2
(73.8)
23.2
(73.8)
23.2
(73.8)
22.9
(73.2)
23.2
(73.8)
Rekod terendah °C (°F) 18
(64)
20
(68)
20
(68)
21
(70)
21
(70)
20
(68)
19
(66)
20
(68)
20
(68)
21
(70)
21
(70)
19
(66)
18
(64)
Curahan hujan mm (inci) 192
(7.56)
181
(7.13)
251
(9.88)
292
(11.5)
191
(7.52)
133
(5.24)
136
(5.35)
155
(6.1)
197
(7.76)
258.5
(10.177)
297
(11.69)
246.9
(9.72)
2,530.4
(99.622)
Purata hari hujan (≥ 1.0 mm) 11 12 14 16 13 9 10 11 13 16 18 15 158
Jam cahaya matahari 186.0 194.9 207.7 198.0 207.7 195.0 201.5 189.1 165.0 170.5 153.0 161.2 2,229.6
Sumber #1: Jabatan Meteorologi Malaysia – Subang 1961–2010
Sumber #2: Organisasi Meteorologi Dunia (PBB, 1971–2000) — Sumber #3: Observatori Hong Kong (dapatan matahari sahaja, 1961–1990)[4]

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Seri Kembangan dijadikan pusat perniagaan kerana terdapat pelbagai kompleks beli-belah seperti Mines Shopping Fair, Aeon Taman Equine, Giant Seri Kembangan dan South City Plaza. Selain itu, Seri Kembangan menjadi hab pendidikan dengan tertubuhnya Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Sekolah Alice Smith yang juga terletak di sini. Saban tahun, penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah menarik ramai pengunjung dari serata negeri dan negara sekali gus mempopularkan Seri Kembangan.[5] Terdapat juga Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), satu pertubuhan yang menjalankan penyelidikan asas dan gunaan dalam sektor air seperti sumber air dan perubahan iklim, lembangan sungai, pantai dan oseanografi, hidrogeologi serta kualiti air dan alam sekitar.

Kemudahan awam[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai kemudahan awam yang ada di sini. Antaranya ialah melalui bas Rapid KL di mana bas ini juga berhenti di Stesen Komuter Serdang. Menaiki bas adalah bagus untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas yang seri berlaku ketika waktu puncak.[6] Pembinaan lebuh raya dapat mempercepatkan pejalanan ke sini di samping dapat menghubungkan ke bandar-bandar lain seperti Puchong, Kajang dan Putrajaya. Kedudukannya ialah kira-kira 25 kilometer dari Kuala Lumpur manakala perjalanan dengan menggunakan komuter KTM dari Stesen Kereta Api Serdang ke Stesen Kereta Api KL Sentral mengambil masa 30 minit dengan bayaran RM 1.80 bagi dewasa manakala kanak-kanak pula ialah 90 sen.

Seri Kembangan dihubungkan dengan lebuh-lebuh raya seperti Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Maju (MEX), Lebuh Raya BESRAYA, Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Beberapa stesen MRT dalam pembinaan di sini di bawah projek Aliran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dan dijangka untuk siap sepenuhnya pada tahun 2022.[7]

Tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "双语路牌有亲切感.沙登村民好开心" (dalam bahasa Cina). Sin Chew Jit Poh (星洲日报). 29 Julai 2017. Dicapai 30 Julai 2017. 
  2. ^ "Seri Kembangan - from village of 50 houses in 1952 to 2,500 now" (dalam bahasa Inggeris). The Star. 18 April 2008. Diarkibkan daripada asal pada 21 April 2008. 
  3. ^ "Seri Kembangan bermula dengan industri kasut". Sinar Harian. 20 Mei 2015. Dicapai 17 Mei 2018. 
  4. ^ "Climatological Information for Kuala Lumpur, Malaysia". Observatori Hong Kong. Dicapai 28 Oktober 2010. 
  5. ^ "MAHA 2016 terima 3.7 juta pengunjung". Berita Harian. 11 Disember 2016. Dicapai 17 Mei 2018. 
  6. ^ "Move to address traffic issues in Seri Kembangan" (dalam bahasa Inggeris). The Star. 15 Februari 2018. Dicapai 26 Mei 2018. 
  7. ^ "欧阳捍华:完善公交系统-捷运第二线沙登设7站" (dalam bahasa Cina). Nanyang Siang Pau. 15 Jun 2015. Dicapai 30 Mei 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]